
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| + 1 month before trial
ohhh hari.. begitu pantas kau berlalu.. pejam celik pejam celik dah tinggal sebulan lagi yang tinggal untuk aku menghadapi trial Spm.. oh tidaakk.. adakah aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan ? mungkin ya, dan mungkin tidak.. aku juga tak pasti dengan diri aku.. semua yang aku buat semuanya sangkut paut dengan pelajaran. kalau ada aku buat mesti benda yang aku ingat ialah pelajaran aku.. aku tak sanggup nak bayangkan apa akan jadi pada aku nanti.. selalu sahaja igauan aku untuk melangkah ke UK.. aku nak sangat melangkah ke sana. aku tak pernah merasa. mak ayah aku juga tak pernah merasa.. apa salahnya aku merasa untuk ke sana, demi menyambung pelajaran aku di sana.. aku tau ia akan sukar kalau kita tak berusaha.. tetapi di mana ada kemahuan pasti akan ada jalannya.. jalan yang terbentang luas untuk umatNya yang sentiasa berusaha.. oleh itu aku akan selalu berusaha demi melangkah ke sana.. tiada lagi angan-angan kosong seperti dulu. aku tetap akan kejar 11A+ walaupun ia sukar.. orang lain boleh buat.. kenapa aku tak boleh buat.. ustazah Azila cakap, memang kita tak kan dapat IQ yang sama macam orang lain.. tapi kalau kita berusaha, InsyaAllah.. ia takkan ke mana.. Dr. Fakhrul ada cakap juga, Allah takkan ubah nasib hambanya kecuali hambanya yang ubah. teruskan mengepam minyak kalau tak nak ia habis macam tu sahaja.. jadi, tak ada benda yang mudah dalam dunia ini.. segala yang kita buat akan ada kesusahannya.. bukannya orang lahir terus jadi pandai.. taakk. Allah Maha Adil pada hambanya.. jadi, aku akan terus mencari tanpa henti.. mencari untuk kejayaan aku.. takkan henti walaupun ada yang halang.. ilmu takkan datang bergolek.. aku tau aku mampu.. di sini, aku mendapat semangat aku untuk belajar dan terus belajar..pedulikan segala tomahan orang ramai.. pedulikan orang lain kalau diorang tak peduli tentang baki-baki akhir yang tinggal untuk hadapi Spm.. pedulikan segala durjana.. yang penting, aku perlu persiapkan diri aku, untuk hadapi segala kemungkinan.. tiada yang mustahil atas muka bumi ini.. p/s : A NEW POWER IS RISING, ITS VICTORY IS AT HAND ! Labels: my hope, my life, my spirit |