
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| + setia hujung nyawa
salam petang di petang yang penuh hening di bawah lindungan arasy Allah s.w.t .. so, I grab this opportunity untuk meluahkan something yang tak dapat diganmbarkan lagi.. dah berapa lama aku menahan diri untuk menulis dekat blog aku yang sudah agak lama tak dimake over kan... hahaha. *jangan jadi minah over dah.. sebenarnya, jadual kerja aku masuk pukul 6.. tapi disebabkan kak ain cuti sakit, so aku dengan rela hatinya nak menggantikan tempat dia untuk kerja pada jam 8 malam dan balik pada jam 8 pagi.. OMG... suka-suka.. malam-malam pukul 2-3 pagi singgah ke toilet.. haha.. :P ada cctv weii act, gambar atas tu kononnya actors Setia Hujung Nyawa.. so, aku takkan melepaskan peluang walaupun sesaat untuk menonton cerita tu kalau aku tak kerja la.. so hari ni mungkin dapat tengok sat ja, sebab kena punch card awal.. nanti bos marah tak dak la ang pau aku.. hehehe.. semenjak aku tengok cerita ni lah, aku sangat tertarik dengan perwatakan si Zain ni ha.. Amar Asyraf.. entah kenapa, walaupun dia hanya berlakon tapi aku rasa itu bagaikan character dia yang sebenarnya.. aku suka tengok senyuman dia.. manis dan buat hatiku tertawan + cair .. huhu.. dan aku tertarik jugak dengan jalan cerita dia, yang penuh dengan romantis.. aku suka.. ia dipetik daripada novel.. so, nanti aku nak p tambah lagi koleksi novel aku yang kian bertimbun dan masih berbalut.. hehe.. tak sempat nak baca kot :) .
tidak ada insan suci yg tiada masa silam,dan tidak ada insan berdosa yg tiada masa depan.....
jadi, aku nak bertahan sampai Allah berikan masa yang sebenarnya untuk aku berjumpa dengan si dia yang telah ditakdirkan untuk aku.. huhu.. aku tak nak melibatkan diri dalam kancah percintaan lagi walaupun pelbagai kenangan wujud.. :) aku harap, aku sentiasa diberi kekuatan yang teramat sangat :D
***
masuk part kerja.. huhu.. semalam pon kerja malam.. punch card pukul 10 sebab dalam jadual masuk pukul 10 kan.. tetibe tengok balik kat jadual tak dak yang 10 malam tu.. mati la aku.. aku bagitau kak armit n then dia sakat aku bagai ah.. sementara tunggu customer yang datang sejam dan sejam dan sejam kemudian, aku menambah la stok yang kurang supaya customer dapat cari barang yang dia nak.. hehe.. :) so, tanpa segan silu bersila di lantai sambil melihat ke arah luar sana mana tahu ada customer datang.. so, bangun duduk je la aku.. and aku kurus la.. haha.. :P
berkat minum old town white coffee, aku tak tidur selama 12 jam.. gila wei.. balik tadi aku sambung la tido.. haha.. sampai zohor baru bangun :P. ada aku kesah nak cakap apa kat aku?? malas layan.. mulut orang tak pernah nak ditutup.. ada ja nak mengata... selagi tak jadi bisu, selagi tu akan bercakap kan. :D . oleh itu, aku melayan cerita setia hujung nyawa tu je lah dekat phone sambil tunggu nak punch card balik.. sejam duk layan video tu haa.. sabar je lah menunggu mata aku mengantuk.. so, babaii :D
|