Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
*batch 95



Assalamualaikum untuk kesekian kalinya mengadap blogger disini.. sempat jugak aku update sesuatu selepas 2 hari aku mendapat keputusan spm.. Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang aku dapat walaupun pada mulanya aku menangis teresak-esak bagai melawan takdir.. tapi aku redha kerana mungkin ada hikmah disebalik semuanya.. :)

aku tak kisah dengan semua itu.. yang pasti aku dapat menghadiahkan sesuatu buat bonda dan ayahanda tercinta aku yang telah bekerja keras untuk melihat kejayaan aku hingga ke hari ini.. aku akan melanjutkan pelajaran kepuncak yang lebih tinggi lagi InsyaAllah, dan di situ aku akan buktikan kemampuan aku lebih baik dari yang sebelum ni.. aminn ya Rabb..

buat sahabat-sahabat seperjuanganku, tahniah wa mabruk alaik atas kejayaan cemerlang kalian.. sebagai rakan yang ada disisi aku tumpang gembira dengan kemenangan kalian semua :) .. marilah kita sama-sama tempah tiket untuk belajar selagi mampu hingga ke liang lahad :)

**

aku tak sempat langsung nak bermah mesra dan berbual gembira dengan para sahabat baik aku.. husna, piqah M, syahirah, piqah Q, and semua warga 5ibq yang tercinta.. demi Allah yang menciptakan kita semua, aku sangat merindui kalian. di sini aku mencurahkan segala isi hati aku.. aku tak pernah jumpa sahabat sehebat kalian semua.. aku tak jumpa seperti kalian di sini.. walaupun begitu hatiku sarat dengan kerinduan buat sahabat-sahabatku yang tersayang.. andai panjang umur, ingin aku pergi mendakap kalian semua dan menatap kalian hingga tidak berkelip mataku walaupun sesaat.. :)

buat sahabatku yang merasakan diri jatuh dengan keputusan itu, tabahlah wahai hati kalian.. berdoalah kerana aku pasti Tuhan merancang sesuatu yang lebih indah untuk kita semua.. tak selamanya yang berada di atas akan terus di atas.. kerana hidup kita persis roda.. sering berputar.. takkan selamanya selesa melainkan dia benar-benar taqwa.. itulah yang membezakan antara manusia di muka bumi ni..

A tak banyak tak apa, asalkan kita ikhlas dan jujur.. :)

-,-

yaa.. sungguh indah perubahan itu.. perubahan yang dihadiahkan oleh tuhan buat kita.. aku tau ramai yang dah mula berubah kerana ingin mengejar akhirat,... tapi percayalah, dunia kita takkan terlepas dengan godaan syaitan.. tak perlulah kita berubah sebab nak ikut orang lain.. biarlah ia datang tulus ikhlas dari hati kita agar tak timbul riak wa takabbur.. perubahan tak perlu terlalu drastik *mungkin.. sebab itu boleh menimbulkan tanda tanya kan.. jadi, perubahan yang dianugerahkan itu peliharalah sebaik mungkin supaya tak dicemari dengan benda mazmumah.. :D

o_0

aku teringin nak sambung belajar luar negara.. jadi aku akan apply semuanya dan menunggu hingga aku diterima.. :) takkan putus asa walaupun sedikit.. itu tekad aku.. :D

okey lah.. sampai sini saja ulasan aku.. ada masa aku coretkan lagi kenangan indah untuk hiasan blog aku ni.. :)


USTAZAH AZILA
TEACHER SAODAH
TEACHER AZIZAN
USTAZAH AIZAN
USTAZAH ZUNAIDAH
CG ROSMAWATI
CG ROSMINI
SIR KHAIRUL
SIR RIDZUAN
CG MAHANI
CG ROSANITA
* ONE WORD*
 I LOVE YOU :)
p/s : congrats to all SMKANI'S student batch 95... 
     : tq so much untk semua pendidikku dari form 1 sampai form 5. semoga jasa kalian Allah yang balas kelak :)


Older Post | Newer Post