Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others: ♥ ♥ ♥
HOW I KNOW HIM
Asslamualaikum,

sebenarnya tak ada banyak sangat pun masa terluang walaupun bekerja secara office hour. dan bukannya bekerja hebat sangat tapi alhamdulillah bersyukur takat mana yang duk ada ni, selagi boleh ada duit untuk makan pakai hari-hari , benda tak jadi masalah bagi aku. since dah tiga tahun tinggalkan dunia universiti, bukan taknak tapi tidak berkesempatan , mungkin kerja dulu ni adalah yang terbaik maka saya bebas daripada hutang piutang si ptptn yg durhaka itu. HAHA


okay, rasa nak bercerita mengenai si Lalan pulak time-time cenggini.

mula kenal dari buka tempat kerja ni la, dulu masa kerja under petronas tak ada sangat bergaul dengan orang, mendap ja duduk kat office, banyak berurusan dengan komputer, dengan boss, kalau tak ada kerja sesi mengulat tu lama la sikit, ceq mengulat dalam surau naa, so tu nak panggil apa tu. haha :P . Awai-awai dulu macam biasa la, aku ni bila first jumpa orang memang memandang atas ke bawah macam dia buat sejuta benda dengan aku, padahal tak pernah berjumpa. wei aku payah nak berkawan dengan orang, sapa nak kawan dengan aku kena tegur aku dulu, kalau tak memang kita tak berkawan la even kerja satu company. kihkihkkih. tapi sekarang tak macam tu dah la, kami dah berubah dah, jadi budak yang peramah, SANGAT.

kenai-kenai rupanya dia under training nak naik supervisor la kot, cawangan company ni lagi satu dah nak buka, so training la dia pun. aku training staff biasa ja, tak mampu la teruih nak ada pangkat ni. ok pendekkan cerita sampai la kami ditransfer bekerja di company baru ni, aku still tak sembang cakap sepatah haram pun dengan staff dekat sini kecuali si Sally dengan beberapa ja budak perempuan yang lain, tu pun jenuh nak sembang, sebab saya pemalu orangnya. percayalah. hahaha.. sampai la hari nak buka tu dia accident kaki sangkut lif, haha. aku suruh p klinik sebelah padahal tu klinik panel yang tak amik kecederaan begini rupa, dalam setengah jam tu dia dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

nak dijadikan cerita, cerita kami ni bermula dekat bulan puasa, bulan suci tau. haha. tu aku la, yang mula berputiknya perasaan dekat dia. sebab duk asyik p bazar sesama, buka puasa sesama, mostly semua benda sesama. sapa ja tak ada timbul perasaan time tu en, so simpan punya simpan punya simpan, one day meletus jugak dekat mulut aku ni nak luah dekat dia tentang apa yang aku rasa dekat dia. confess la kononnya dekat dia ni, tapi at that time aku tak letak harapan yang tinggi but at the same time kalau dia reject aku malu dan sedih gila babengnya tu confirm. haha, weii sampai minta tolong beberapa orang untuk minta pendapat tau adakah apa yang aku buat ni betoi ka dak ka. haihh, memang cerita dia rasa tak berkesudahan.

then, malam tu decide nak jumpa sat, confess kat dia, haha dalam mahu tapi mahu tu weh, tapi aku agak berhati-hati sebabnya takut dengan perasaan ni sekejap atau apa kan. takmau la orang kata nanti kita ni time nak terhegeh beria bagai time takmau macam tu ja lempaq buang dia haaa. kena cop apa pulak kan nanti. before confess ayat yang aku ingat lagi sampai sekarang, ''adakah aku bertepuk sebelah tangan". and he answered that NO. and im a happy woman ever in this world that night. rasa nak marathon depan padang bola sana weh. haha. and then we follow the next day like usual, more to awkward pose, since before hanya kawan biasa but now we know each others feelings. so here we go, we continue our relationship happily. kadang ada la gaduh gaduh gedik tu well, we want to know each other more kan, biasalah, tapi kadang tu overreact pun ada. hahaha.


i will stop here, and will continue later, its lunch time, so yeah, will update more soon. daaaa :')


Older Post | Newer Post