
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| Hanya secebis sisa
Assalamualaikum,Untuk kesekian kalinya aku kembali bercerita disini, sungguh medium in sangat hebat untuk aku meluah selain daripadaNYA. Sungguh aku seorang yang sangat memendam rasa, yang tak suka bercerita, kalau boleh kesemua benda aku nak simpan seorang diri, kerana aku tak pasti orang yang aku bercerita itu dapat mendengar dengan baik atau tidak. Yes kita tak boleh judge seseorang, tapi bila kita sendiri memilih untuk memendam, apakah lagi ada jalan yang terbaik untuk aku ?? Kalian tahu apa masalah kita sebagai seorang manusia, suka sangat berkata dan bercerita tentang hal orang lain, kalau boleh nak jaja satu dunia konon dia tahu cerita seseorang especially kalau orang tu adalah musuh dia atau orang yang dia tak suka. Well, its happened a lot nowadays. Bila kita seronok membuat kejahatan, kita lupa yang akan ada musibah atau kifarah yang akan kembali kepada diri kita semula, ianya cepat atau lambat sahaja. Mungkin sebab itu Allah sangat suruh kita untuk menjaga lisan, mulut. Sedangkan ada juga hadis yang meriwayatkan golongan perempuan paling ramai adalah di neraka. Tapi kita siapa nak menghukum kan, semua manusia ada buat silap, semua manusia tak lari dari tu, sebabtu adanya pintu taubat yang dibuka seluasnya oleh Allah. Dulu selalu bercakap hal orang, kalau boleh nak aje bercerita pasal orang tu orang ni nak nak kalau melibatkan orang yang aku tak suka, nahh sekrang semuanya balik kepada diri sendiri. Allah nak bagi sekelip mata, kita tak minta pun benda yang jadi dekat orang lain patah balik dekat kita, tapi nak buat macam mana, aturanNya dah begitu. Satu jari tunjuk dekat orang, nahh empat jari berpatah balik dekat kita. Dulu tak sekalipun aku berhenti bercerita pasal orang. Mesti ada ja tajuk yang aku nak hurai, kadang dengar dari orang, kadang nampak dengan mata kasar, tak bertanya pada empunya badan, main tembak ja, ya la dah tak suka kan so apa pun dia buat jadi isu dan berbulu dekat mata aku. Dulu aku teramatlah jahil, aku hanya fikir keseronokan dunia, fikir nak ada kawan ramai. One day bila benda tu terpalit balik dekat aku, aku jadi makin benci dekat orang tu, aku tak pernah fikir sikit pun yang benda jadi sebab mulut aku, sebab salah aku. Takk, bagi aku, diri aku sangatlah betul, tak ada salah masa tu. Jadi bila orang mula bercakap jahat pasal aku, aku marah, benda tak betul kenapa aku perlu cakna dan kenapa aku perlu kena tempias kau. Kau yang pilih jalan hidup kau macam tu, kenapa nak heret aku sama. Aku merayu dengan majikan untuk tukar tempat kerja, sebab aku tak tahan dengan fitnah dan mulut orang mengata, still aku tak sedar semua jadi sebab apa yang aku pernah berkata dekat dia. Tapi aku tak kena tukar, aku biar, masatu aku fikir, kalau aku diam, lelama orang pun penat lah tu nak mengata. So aku just buat kerja aku, tak fikir pun hal orang lain walaupun still berbunyi benda tak elok tu dan masih berbunyi sampai sekarang. Aku masih tak sedar juga, masih cakna hal orang sebab orang tu sibuk nak cakna pasal aku. Hal dia yang aku tahu aku cerita kat si A si B sampai la si Z. Semua jadi sebab aku tak suka dia, sangat tak suka, apa dia buat pun berbulu ja aku tengok. Mungkin tanpa sedar aku ada fitnah dia yang melampau dalam hati aku, aku pernah berkata seorang diri mungkin yang dia ni blablablabla, nak tahu betapa besarnya kuasa Allah, maka semua itu kembali semula kepada aku. Sungguh lagi besar daripada apa yang aku pernah cakap kat dia dulu. Dan masa tu sekelip mata hidup aku berubah, aku hidup dalam ketakutan, dalam penuh kegelapan, aku cuba bangkit tapi aku tak mampu, aku cuba melupakan tapi aku tak mampu, aku mula mencari Tuhan, aku mula mencari hidayah dan petunjuk dari Allah, sedangkan Dia dah bagi sangat awal pada aku, cuma aku yang tak perasan, aku yang terlalu leka. Sekarang, aku masih berusaha mencari petunjuk dan hidayah, aku serah kesemuanya pada Allah, aku tahu Dia tahu yang terbaik untuk aku, dan sungguh segalanya amat rahsia. Kau tak boleh hentikan masa tu walaupun sesaat, bila ia dah ditentukan, kau sendiri tak mampu nak berpatah balik. Sekarang juga, kau hadaplah segala hentaman dan kebencian manusia yang dulunya pernah kau canang satu dunia tentang baik buruk orang. Satu lagi kuasa Allah, dia menutup aib kau rapat gila. Sebabtu aku pilih untuk simpan keaiban aku sendiri masa tu, tapi aku tetap salah dengan setiap keputusan yang aku buat. Hina, benci, jijik manusia kepada aku, tak pernah lari walau seinci , malah makin bertambah mungkin perasaan itu pada manusia. Aku leka, aku lalai, aku tak diterima, aku tak diberi peluang, aku dihentam, segala apa yang aku buat digali dan diungkit semahunya. Masa berkasih segalanya tersimpan rapi, tapi bila diambang perpisahan, segalanya terluah, segalanya kau sahaja buruk. Sudah tiada baiknya kau pada manusia sekarang ini. |