
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| :: masih mencari....
Assalamualaikum dan selamat malam.. hurm2.. dah lama rasanya tak mengadap kat blog ni.. rasa sungguh merindui.. sungguh.. tak pernah rasa nak tinggal 'diari' yang makin jadi kegilaan aku sekarang ni.. harap aku dapat menulisnya lagi yee..![]() 26042012 hari khamis, minggu budak-budak asrama balik.. memang hari yang ditunggu-tunggu lah kan.. huhu.. oke, sampai sekolah naik kelas dan meletakkan bag di tempat yang sepatutnya kerana terlalu berat.. :) berat untuk memikul dengan segala beban masalah yang terjadi dan segala isi kandungan buku yang ada.. oke.. tutup cerita yang menyedihkan.. sungguh.. tak terkata sedihnya sehinggakan tak mampu diucap dengan kata-kata.. pagi-pagi masa Qs, oke, belajar sambil ketawa, itu memang wajib terjadi bila nak sangat belajar Pqs k.. tak kan kering gusi dibuatnya.. ustazah sentiasa menghiburkan walaupun hati sudah menjadi gundah gulana bagai dehempap seketul batu dan dijemur di padang yang begitu terik sinaran mentarinya.. sangat sakit, pedih dan panas.. sungguh aku sangat sakit hati buat masa ini.. tapi aku sedar, ia sampai bila.. aku tak nak gara-gara dia, aku hadapi penyakit hepatitis B, oh mintak jauhkan daripada aku.. aku nak hidup dengan selesa tanpa sebarang penyakit, InsyaAllah. :) masa Si, belajar bab2 hukum syarak, Zina.. oke.. seronok belajar bab-bab hukum macam ni.. buka pandangan, buka minda, buka hati, dan buka keinsafan.. masa yang cikgu tak masuk, aku gunakan untuk menjawab semua persoalan yang ada kat kepala aku ni.. aku nak selesaikannya secepat yang mungkin.. tak nak lagi ada sebarang keraguan.. sudahlah aku menanggung keperitan ni.. sampai bila ?? bila aku mohon penjelasan daripada mereka, mereka diam seribu bahasa.. lain aku tanya, lain mereka jawab.. aku tak faham sepenuhnya, apa sebab mereka buat macam ni, kalau ada salah aku, aku minta mereka jelaskan, tapi kenapa diam ?? dengan diam dapat selesai masalah ke ? tolonglah.. aku tak nak bergaduh hanya semata-mata sebab perkara remeh macam ni.. saat aku memerlukan jawapan itu, aku ditinggalkan persis kayu di kaki lima.. sungguh menjengkelkan sikap mereka.. aku bukan boneka, bukan kayu yang tak punya perasaan.. aku perlukan penjelasan.. hanya itu.. tak perlu berkias.. dengan sang jejaka boleh pulak g jumpa kat tangga tanpa segan silu, tapi dengan aku ? malu ke hah? sama jantina kowt.. aku tahu, tak semua benda yang kita buat disukai.. dan sebab itu aku tanya apa yang aku dah buat sampai mereka bertiga buat aku macam ni.. bila aku tanya tak nak jawab, lepas tu mula la nak bercerita bukan-bukan dekat aku.. oke, aku malas nak heret benda ni berpanjangan, tapi hati aku tak kuat.. hanya sahabat-sahabat yang setia menemani aku disisi tatkala aku sunyi dan sepi.. terima kasih sahabat.. itulah pentingnya sahabat daripada kekasih.. kekasih boleh datang dan pergi, tapi sahabat tiada nilai gantinya.. sahabat aku sekarang adalah sahabat aku hingga akhirat kelak, InsyaAllah.. :) p/s : Saya TIDAK SEMPURNA, terkadang tersalah kata..atau juga tersalah meluahkan rasa, atau mana-mana sikap yang TIDAK SUKA..MAAFKAN saya sahabat, terimalah diri ini seadanya..kerana saya sedang CUBA DAN BERUSAHA menjadi yang terbaik. Labels: liku-liku kehidupan, my happiest, my hope, my life |