Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others: ♥ ♥ ♥
G110 - sem dua 13/14



nampak ka apa yang cek tulis ? ink pon tarakkk .. hehe

first of all , lets start with bismillah. hanya nak bercerita.. lama tak ceghita kenn, asyik dok meluah perasaan yang entah melayang ke mana dah ni , so apa cer sekarang kita hang out minum kopi starbucks , update blog, chill , sambil dengaq lagu blog cek. ngee.. mengada la hampa semua nii .. 

semalam , yakni hari selasa , kawan-kawan cek ngan den sekali lah , berniat bernawaitu nak buat jamuan kelas , al-maklumlah esok (khamis) dah nak final exam. so doa-doa ken la kite nii yekk. bio lepas ler sem 2 ni ha dengan lapang dada serta dapat meneruskan cabaran pada sem tiga akan datang dan menjelma tak lama lagi , insyaAllah :) . so memula bajed nak makan itu ini last-last delivery kfc jer jawapannya , but its okay. as long as makan berjemaah cek on ja. no hal no probs. hilman yang balik rumah tu pon sanggup datang balik uia ni semata-mata nak join kami semua.. what the good spirit as a class wrep. *sampai la ni aku tak reti nak eja wrep tu . sebab kat u tak panggil monitor, panggil wrep. so aku hentam saja -,-

then, mula lah conversation group kami di whatsapp , cadang pukul lapan tepat. on time, harus ditepati dan mohon itu semua janji Cina okey bukan janji melayu. 

tapi bila tiba masanya , saat aku and nik melangkah masuk ke dalam kelas , kelas itu gelap gelita. tiada orang der wa cakap lu.. rasa macam nak lompat kegirangan. lihat jam di tangan , sudah jam lapan.. orang seketul pon takde ni ha.. nak oder kfc kang jadi payah pulak. dah la abah tengah otw masa tu nak mai amik tidoq kat rumah sebab rabu cuti kerismas.. haisshh nak marah.. but, still calm.. main subway surf sambil tunggu engkorang semua.. 

jam 8.15 syauqi Ben and the geng sampai la dekat kelas then diorang minta maaf sebab diorang lambat.. its okay lah, kami maafkan. nak buat macam mana, tugas aku memang menunggu orang dan ayat tulah aku guna sampai habis jamuan.. bhahaha -,- . baru tau rasa sih kalian. hmm, n then dekat pukul sembilan baru lah balance geng perempuan tu sampai , then tambah oder and dalam lima belas minit delivery sampai.. 

lepas tu amik lah makanan and makan.. saat tu tengah gelabah sebab abah dah sampai. kesian abah pulak duk terpacak depan mahallah zainab tu ha menunggu den, jadi den makan cheesy wedges dulu dengan nik kfc pulak bagi kat bebudak bilik.. makan tu je dah buat perut kenyang.. maklumlah, orang diet kate kau.. haha.. no laugh and be serius. :)

naik bilik angkut semua beg yang nak tinggal dalam bilik abah tu ha , sebab nanti balik cuti sem takada lah nak kena bawak balik banyak sangat beg tu kan, so boleh lah jimat kan tenaga kita ye wahai anak muda.. bila lagi nak penuhkan bilik daddyku melainkan diriku.. ngee.. 

sebelum beredar, nik hantar sampai bawah and salam. tak nak lepas tangan kite kau.. hehe... terharu, padahal nak pegi kejap je.. ada je minah tu ha duduk sebelah meja sana, duk mengadap laptop jugak, tak kaba ingat esok nak exam.. puihh. sama ja dua kali lima kami ni.. even kami banyak persamaan. itu lain kali aku cerita okey.. then babai je dari jauh sempat kasi senyuman ikhlas dan mengharap dia tunggu kepulanganku. haha, kau , gedik tak ayat tuu. 

okey, abah ajak teman dia makan, singgah kedai mamak, makan kenyang-kenyang . balik rumah solat isyak semua terus ngadap laptop nak tengok running man episod seterusnya, tapi alangkah kuciwa nya diriku ini bila line sangat lembab persis siput seduttt.. aishh.. nak tengok je tersekat-sekat. sabau je la teman wess.. alangkah menguji keimanan, sampai tertidur depan laptop ni ha.. 

harini (rabu) dating ngan abah sampai lima shopping kompleks pegi kau. haha.. semua area shah alam and subang je. nak bawa anak dia pegi jenjalan katenye, siap ajak nengok bola januari nanti masa liga S and liga M. aku no hal, takut kelas je, tapi kalau esok cuti memang aku on.. muehehehe.. so terserempak dengan farah asyikin yang bertudung litup cantik manis dekat kompleks pkns tadi.. tak dan nak p ambik gambaq ngan dia sebab duk bz cari barang.. lagipun dia tengah ceramah pasal jalanraya, suruh kita hati-hati.. oke semua.. ingat pesanan kak farah tu yee.. :)

oke lah den sudah mengantuk nii. mau bobok dulu.. hehe.. so doakan saya and semua sahabat saya berjaya dalam peperiksaan esok, mula jam 9 sampai jam 12 .. 3 jam kau jawab paper duduk dalam dewan serba serbi sejuk ketaq kepala lutut tu.. :) babai semuaa.. assalamualaikum. 

p/s : Rindu aku hanya terluah dalam doa. Tangisan aku hanya Allah yang tahu. Aku mohon, jangan la menghukum aku

Labels: , , , ,


RM time
ce tengok Oppa. sama macam Zuka tak.. haha.. 

masa ni aku rasa semua watak dalam RM ada dalam budak kelas aku. hehe.. 
aku dah memang tak boleh nak stop watching RM
daripada seminggu sebelum final exam lagi
aku dah melantak hard disk Qilah punya semata-mata nak tengok cerita ni

sekarang pulak tengah giat mencari episod-episod baru nak mendownload cerita ni
yang mama pulak asyik tanya kenapa dok gelak sengsorang depan laptop ni ha
sape la yang takkan ketawa tengok 7 serangkai ni bergabung
ditambah pulak dengan Idol-Idol jemputan

Ace pulak comel je. cute je
Monday couple katanya :P

tapi diorang sangat lah sweet 
adoyaiiii . aku lemah tengok diorang . 
sangat match ah. hehe ;')


bila mana kita tengah stress ,  
ini la yang aku akan buat , 

bila mana aku sedih ,
ini la yang aku cari ,

bila mana aku sunyi ,
ini la yang menghiburkan aku ,

TAPI

ini adalah jalan terakhir aku cari 
setelah aku bertemu ALLAH


Dia adalah yang pertama.
Al-Haq yang Satu 

yep . kesedihan itu akan dialami oleh semua orang . kau sape nak halang aku melayan perasaan aku
kau sape nak halang aku sedih

Allah bagi kita pelbagai perasaan untuk kita 
Allah sendiri tak cakap haram untuk menangis and sebagainya
sebab apa ?
sebab Dia yang jadikan semua ni 

:)

terlebih feeling pulak ler petang hari nih

wkwkwkwkw
okelah. sambung RM kembali. haha -,-

kbai :-*



p/s : Rindunya 435 , rindunya TLC , rindunya semua , tapi tak nak balik Uia ^-^
: Aku tak pernah mengharap yang Terbaik sebab aku sedar diri aku, tapi aku bersyukur . Alhamdulillah :)

Labels: , , ,


kehidupan itu ...




HIDUP ..

tak selalunya indah..

tak selalunya cerah..

tak selalunya suram..

tak selalunya tak berbintang..

pelbagai cabaran dalam kehidupan..

pelbagai onak dalam kehidupan yang perlu kta hadapi..




Allah sentiasa ada dengan kita.
Allah sentiasa dengar rintihan kita..
Allah sentiasa memberi rahmatNya buat kita..





hanya kita yang mampu mencorakkan jalan cerita kehidupan kita..

hanya kita yang mampu untuk mengatasi cabaran hidup kita..

yaaa, hanya kita.. :)


senyumlah.. senyumlah menghadapi ini semua.. Allah ada kan sayang :)




Labels: , ,


* eidul fitri 13




Assalamualaikum semua..


Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :) andai ada terumpat, terambil apa-apa, terbuat ssuatu yang menyakitkan hati, dan bermacam ter lagi lah.. so saya disini susun 10 jari tangan sahaja mohon kemaafan dari semua yang mengenali diri ini.. kepada sahabat-sahabat seperjuangan di cfs, b, nurin, shiqin, nik, asma n ainur hope korang maafkan aku yang terlebih manja semenjak dua menjak ni kan.. maklumlah.. orang baru lepas kehilangan tempat mengadu kasih.. huhu


so, facebook, instagram, wechat, whatsapp, twitter, memang dah penuh la dengan gambar berhari raya sakan ni kan.. sampai bz line henset teman... orang lain semua bising henset asyik bunyi je.. padahal, korang punya tweet la, moments la, status fb la.. grrrr

tapi tak apa kerana sharing is caring n caring is loving.. :)

pepagi hari dah bangun awal sebab nak kna merapikan diri, adik-adik tersayang.. so lepas semua dah wangi-wangi mulalah acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.. abah, mama.. lpas tu masa untuk membelit kepala dengan shawl pink.. haha.. menggedik pulak raya nak pakai shawl.. hmm..

sampa rumah mak and ayah, gambar 1 family.. aku suka gambar-gambar ni.. lupa pulak nak suruh amik guna henset aku jugak.. kalau tak, bolehlah aku instagram.. haha.. penuhkan gambar aku disitu.. :') lepas tu ayah bangun dari kerusinya dan mengeluarkan not-not warna hijau gitu.. makin rambang la mata aku niiii.. hehe.. so ayah panggil..

'along mana along ?'

'sini haaa..' *malu-malu gila la aku nii

'nah, ayah bagi zakat'

'jazak Allahu qhoiran kasiro' *sambil tersipu-sipu.. huhu..kan si

lpas tu giliran mak cik-mak cik pulak diserang untuk mandapatkan duit raya.. yeahhh.. ingat tak dapat dah bila dah besar.. tapi Alhamdulillah la kan.. rezeki.. haha..

so makan-makan yang banyak.. sampai kenyang.. sampai puas.. kmudian mulalah sesi syok sendiri.. ambil gambar dkat pokok la.. apa la... memalukan dengan mamat depan rumah tu haa.. :D nanti dia cari insta aku plak.. huhu..

menu utama dekat rumah ialah nasi daging.. so, kami balik rumah dan masak dan makngah sebagai masterchef di dapur dan aku sebagai bibik indon tu ha.. tapi tak apa la kan.. birthday girl dilayan begini rupa.. huhu.. and then acik, atam, aunty, uda, anjang semua datang rumah. so, riuh sekampung ni.. .. yang acik tak habis-habis nak sakat aku.. and frst time dalam hidup aku, aku tak malu dengan anjang aku.. dia suap kek batik dekat aku.. awalnya aku tak mau.. malu siakkk.. tapi bila acik suruh jugak, aku nganga and makan je kek batik tu.. hehe..

lepas slsai makan, kami beratur untuk dapat duit raya lagi.. hehe.. and aku rasa aku banyak sekali.. hadiah bifday lagi,, hadiah sebagai cucu sulung lagi.. hehe.. :) so conclusionnya, aku kaya kalau balik belah abah.. :) lepas tu, cik ana datang and geng2 mak saudara aku makan kat rumah jugak.. itu yang memenatkan sikit tu.

tapi tak apa.. demi silaturrahim yang ingin aku wujudkan di hari raya, so aku buat tak ksah ja.. ok...

then tadi baru balik dari rumah pak long yang nak sangat buat bbq kambing dengan ayam tu ha... so kami semua yang pulang ke kampung, kena lah pegi bila orang dah panggil kan.. macam tak manis plak kalau xpegi.. huhu.. so, aku makan gila babeng la... berapa cucuk dah aku makan tapi still xknyang2.. huhu




mamat ni la yang bawa kerta bagai nak jatuh and luruh jantung, limpa, and so oon... huhu.. geram akuuuu..!! so, kami gerak balik rumah.. :) 

the end... 


aku tidur.. berharap keesokan harinya ada keajaiban.. :)



selamat hari raya semua ... :D


Labels: , ,


* Playground IIUM


Assalamualaikum semuaaaaaa...

okey.. dekat IIUM, sepanjang bulan Ramadhan..

beberapa hari Ramadhan kami menjejakkan kaki ke bazar sebelah IIUM je.. bila menjejakkan kaki dekat sana, ada sebuah taman permainan dekat sana.. hehe.. dan kami tanpa segan silu bermain di sana sebagai tanda kebebasan kami untuk seketika.. kalau tak silap aku, ni waktu hari Jumaat.. Sabtu dah cuti, so berkesempatan yang terlalu lama lah nak spent dekat luar nii..

mula-mula pergi beli makanan dan minuman segala bagai dulu.. dengan keadaan yang beresak-esak.. berhimpit-himpit dah macam sardin aku rasa dalam bazar tu, and aku decide untuk beli secepat yang boleh la.. supaya tak terlalu lama dekat dalam tu.. kalau tak, mampus aku..

'Nik nak air gapo? '

'hm, tak tahu.. ikut nadia la '

'Nik nak nasi lauk gapo ?' 

'hm, tak tahu jugok, ikut nadia la'

semua makanan dan minuman dia aku aturkan.. :D . dia tak tahu nak makan apa, so aku bawa je lah kedai yang nampak menyelerakan sikit.. :) so, mungkin haritu kami beli Lychee Kang, nasi berlauk and macam-macam lagi la.. ada B, n Asma sekali..

dah beli makan segala, kami keluar secepat yang boleh untuk ke taman and then kami dapat buaian, gelongsor dan jongkang-jongket.. kami main bagai tak ingat dunia.. sungguh.. aku ingat aku sorang je yang kempunan nak main taman, rupanya diorang juga.. so ada chemistry di situ :D



 banyak makanan aku bawa.. :P

and masa ni Asma tak boleh main sangat sebab dia p pakai jubah.. so dia banyak memerhati dan mengambil gambar sahaja..huhu.. :) tapi takpe, boleh jugak dia try naik jongkang-jongket besar belakang tu ha..




masa main gelongsor, ada ja brother duk tengok pelik.. mungkin dah besar tongkang nak main gelongsor lagi.. tapi tak salah pon.. kami sendiri tau yang kanak-kanak baya kami tak leh main sangat sini.. tapi nak hilang puas ja kot.. choii laa.. and then, diorang still tunggu dekat bangku depan tu dan tengok kami semua main.. ok.. masa tu aku kira diorang semua ada 4 orang dan kami juga 4 orang.. cukup sorang satu.. haha.. gatall yang amat sihh.. tapi aku tak mau la law sama law.. macam tak ngam gitu..

so, bila dah nak maghrib kami semua beransur pulang dan diorang pon gerak jugak.. aku rasa aneh di situ.. oke fine diorang tunggu kami dekat depan sana.. hmm.. and si mamat berbaju melayu hijau tegur aku. :

'dah habis main cik adik ?'

'dah, kenapa? sakit hati ?'

kami lintas jalan je tanpa pedulikan mereka yang sakai tu.. ergghh...



conclusion is, jangan main bedil :P



p/s : Bulan 8, aku harapkan tuah dariNya :)

Labels: , , ,


malam perpisahan kami *Heza, Nadia, Ira, Ying*

Assalamualaikum di petang isnin yang penuh barakah ni..

Tak ada mende sangat pon nak cerita, tapi ada satu alkisah tentang kami berempat yang p ICT :P
petang tu heza mesej, tanya nak keluar tak jalan-jalan.. so aku on je.. sebab memang aku tau aku yang kena drive bawa 3 dara pingitan lagi ni.. hehe.. pukul 8 dah kena keluar.. tapi aku lewat sikit sebab jalan jem strawberri.. ada pasar malam hari sabtu.. maklumlahhh...

mula-mula p rumah amoi ying dulu.. lepas tu baru p rumah heza n then rumah ira.. decide nak p mana n just drive.. mula-mula p town dulu, lepas tu membosankan n then p pulak kat gerbang malam..

sambil aku mencari-cari hadiah untuk bonda tersayang.. jalan-jalan di sebalik manusia yang berduyun kat situ, akhirnya dalam setengah jam kami dah jumpa barang yang dicari and then terus ke kereta.. aku bawa diorang p makan bihun sup mak endah.. sedap baq hangg.. :-*

haa, lepas tu amoi nak tengok pameran kereta yang pasang alat muzik a.k.a. radio kuat giler dalam kereta tu haa.. p la tengok sat.. lagipon amoi ni bukan selalu keluar pon..

macam-macam kereta ada situ.. kancil, viva, myvi.. depa make over kreta n pasang alat muzik tu lepas tu buat bising tengah jalan raya.. hehe.. sebenaqnya, depa dah ada kebenaran.. cuma kereta macam tu tak boleh bawa p jalan ja.. mau pekak sape yang duduk kat belakang tu ha.. lagi pon seat belakang tak ada.. diorang dah buka tinggal seat depan yang 2 tu je ada.. ok??

lepas makan jalan-jalan kat ict.. amoi pon nak p sini jugak... punya lama nak cari parking.. memang memenatkan.. nasib kereta auto.. hahaha. choiii..

lepas parking terus p masuk kat kawasan dia n mula lah nak berposing bagai..



disebabkan tak ada orang yang sudi nak amik gambaq kami berempat, kami terpaksa menggunakan kamera depan tab ni.. so kami tetap dapat bergambar 4 orang.. hehe.. 


kami satu Malaysia..


suruh sorang perempuan tu tolong amik gambaq.. :P peaceee








p/s : aku tak kisah berkawan dengan sape pon.. itu dah takdir aku untuk berkawan dan berteman.. Allah yang pertemukan aku dengan mereka dan perpisahan kami ini juga kerana Allah.. biarlah sahabatku kurang menitik beratkan soal agama.. asalkan mereka belajar sedikit demi sedikit dan amalkannya.. mereka tak malu dan tak segan.. aku juga macam tu kerana pasti ada sebab Allah temukan aku dengan mereka :)

Labels: , , , , , ,


+ 15 Ogos 2012
helo-helo-helo.. hari ini hari terakhir persekolahan before cuti raya.. yeaayyy.. dah nak raya.. hampir sebulan berpuasa dan akhirnya, tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya.. hehe.. sangat hapy kan.. tapi masih lagi mencari 'itu' :) . hari ni datang sekolah begitu semangat, semangat macam 2-3 hari yang lalu.. hehe.. ada la kisah lucu.. mamat tu buat lucu depan kelas dia.. dengan kawan-kawan dia.. haha.. tapi tetap comel macam dulu :) .. sayang, hanya dia seorang kita berpisah. :P .. weekk..

pagi-pagi dah kena pegi perhimpunan.. jalan dengan mc sara n kembar.. yeahh.. happening je dengan diowg.. like tak da apa-apa masalah.. duduk depan sekali tu.. haa, mata nie tak lepas-lepas tengok pemandangan indah kat depan sana.. huhu.. tetap sama, tiada yang berubah.. oke, then ada dengar sorang budak pompuan cakap, 'dia buat dah.'... lepas tu, tengok la kat belakang, ooooo.. rupa-rupanya dia buat perangai lagi.. 'sakit' nya kembali..

lepas naik kelas, duduk cakap-cakap dengan kembar n anis, erk.. bebudak kelas sebelah lalu, bawa AlQuran.. waahh... berjurus kot.. nak p ngaji la tu.. huhu.. teacher masuk kelas, n sesi bagi duit raya, hehe.. pada awalnya malu, tapi bangun pegi amik jugak.. sape tak nak dapat duit raya kan.. dengar je duit, yang sakit pon jadi sihat.. huhu..

saling bermaafan dengan teacher, sambil membulatkan satu tekad dalam hati nak ulangkaji sungguh-sungguh raya nie.. apa-apa pon target kali ni kena capai jugak.. lepas teacher keluar, p la jumpa cikgu-cikgu nak raya.. jumpa cg rosmawati, yeaahhh.. dapat soalan akaun... nak study betol-betol.. tak nak kecewakan cikgu lagi.. :)

lepas tu g lepak kat meja ustazah jap.. haa.. membodek sakan la.. nak duit raya segala bagai.. hehe.. ustazah ketawa je.. menantu dia pon ada kat situ jugak. haa.. berpelukan lah kami semua di situ.. jumpa tc bi, ustazah si, n ustazah qs.. yeayy.. ustazah cakap, baca nadia ehhh.. jangan dk cbuk duit raya dengan mercun jah... amboii.. hehe.. saya tak maen mercun kot. *konon

jalan-jalan kat luar tu, jumpa plak dengan cg khairul.. yeayy.. dapat jemputan dari dia.. dia ajak p rumah dia nanti.. tapi tak tau tempat tu kat mana la... but nvm, aku akan cuba datang.. nak makan soto..haha.. tapi aku dah ada date dengan dia untuk tajuk Motion nanti haa.. :D.. jeles ke ?? wekk..

haa... tak lama kemudian anis ajak p surau laa.. sebelum tu beraya dengan kekawan kita.. muah kiri, kanan n kiri semula.. yeay.. maaf zahir n batin jika ada.. huhu.. seusai itu, nak pegi la surau, dengar la suara dari kelas sebelah tu haa.. dia wish selamat hari raya.. suara tak dikenali.. aaiik.. tapi rasa terharu.. hehe.. *gedik.

sampai kat surau tu, jumpa hani n mira.. then lepak jap sebelum p sick bay.. lepas tu, salam-salam.. muah kiri kanan kiri jugak.. p sick bay tu kan, duduk rehat 5minit jap.. kemudian umi suruh p letak buku rekod kat pejabat.. p la sana.. lepas p sana kan, turun bawah jumpa cg mahani... huhu.. cg mahani pon jemput p rumah jugak.. yeayy.. 2 jemputan dapat ni.. eh3.. 3 la.. ustazah sorang lagi.. tak rugi kan baik dengan cg.. :)

cg rosmini, cg zakiah, tc azhana, cg sumaiyah, cg khatijah, sempat juga bersalam dengan mereka.. yeaahh.. cg zakiah yang paling sweet.. pelukan dia begitu terasa... lama sangat dalam pelukan dia.. dulu dia bagai ibu kepada aku.. dia yang pahami aku dulu... sekarang pon sama.. sebab tu kami akrab.. segala masalah kami selesaikan bersama-sama.. aku sayng dia.. :) . cg su sempat tanya, tak balik perak ke ?? cg yang satu-satunya ingat aku asal mana.. ingat lagi, time salam dengan dia sebelum masuk exam Pmr, selalu je dia kasi semangat..  hehe.. sayang cg su jugak n semua kat bilik ert tadi...

hantar anis balik kat sick bay... naik kelas, jumpa dengan nana.. yeeaay.. nana ada lagi.. takot sangat kalau dia tinggal.. tak dan nak beraya dengan dia.. hehe.. then, teman dia p jumpa cg sebab nak hantar apa ntah.. jumpa cg azimah kat bilik guru.. haa... mc na cakap aku nak duit raya.. yaakk.. malu kot.. huhu.. cg pon tarik aku ajak p turun kat bawah.. malunyeee.. tapi mahu.. haha. :P .. will miss ubk a lot..

sampai kat tangga bawah tu, jumpa pqah qilah n wani.. salam-salam semua n masuk ubk..btw hazim pon kasi duit raya jugakk.. then, cg pon hulurkan duit raya..menjadikan semuanya RM10.. hooraay.. kalah budak-budak dapat duit raya ni.. eeiii.. sayang cg taw... :) .. lepas tu bergosip jap.. aisy.. ada budak fom5 dalam perhatian... mintak jauhla dari aku..

naik kelas semula n then balik jee... sayang mc na.. *thank you sebab teman saya sepanjang hari ni.. happy sesangat dengan awak sampai sekarang.. :)

ohh.. lupa nak kasi tau, semalam mamat tu masuk kelas 5Q.. haaa.. terkejut gila kot... pagi tadi ada dapat kad raya.. hehe.. tulisan sengetbenget.. krek betol la.. but still nice... *speaking kot.

oke lahh.. nak berhenti dulu.. nanti kita berceloteh lagi yaa... daaa...

* happy eid Mubarak frens. :) nnti kite koling awak-awak dua k. 

Labels: , , , , ,


+ Kem SPM (pkg)

Selamat pagi dan salam Satu Malaysia...

Selasa Rabu n Khamis..
Kem SPM yang diadakan di Pkg, sungguh menyeronokkan sebab yang pergi sana hanya yang terpilih.. huhu.. pada mulanya cuma fikir ittifaq n bkit puteri je yang pegi.. last-last maarif n kuala besut pon ada.. tpi kuala besut sikit je, juz dua orang.. one girl n one boy.. *xsempat berkenalan.. huhu..

Hari selasa, datang dengan mc na.. tak tau jalan kot.. huhu.. sambil-sambil mencari peta untuk dibuat rujukan untuk dua hari akan datang.. memandang kiri dan kanan supaya tak miss walaupun satu lorong.. nvm, kalau miss pon boleh kol orang kampung raja.. dia datang amex.. haha.. geli kot nak ngadu kat balak segala bagai..

lepas sampai sana, mira pon datang jugak.. so decide lepak bawah pokok mempelam tu ha.. nasib baik la bulan Ramadhan, kalau tak mau dimakan mempelam tu dengan pencicah... hehe.. act, tengah tunggu bebudak ittifaq yang akan datang dengan dugong tu haa.. lambat betol laa.. tunggu punya tunggu diorang pon sampai n bergerak seiringan masuk bilik untuk kumpulan 1. kumpulan 2 kat atas sana.. ohh, kat kumpulan 2 begitu banyak bebudak maarif.. kumpulan 1 plak banyak bebudak ittifaq.. even kami konker bilik tu, tapi maarif still menonjol.. what a great job from them... congrats.. :D

then, mula la kelas untuk prinsip akaun dengan cg Fauziah aka cg cemerlang maarif.. best betol.. pada mulanya dibahagikan kepada kumpulan.. ohh, masuk kumpulan fahmi n nije. so aku mengundurkan diri la.. tak nak aku sorang pompuan kat sana.. ceeehh.. mc na jauh nun di sana.. tak da jodoh la kan.. haha.

then belajar n belajar...

hari rabu kem untuk ekonomi pula... ekonomi pada mulanya cg tak ada, jadi kami terpaksa kongsi bilik dengan kumpulan 2.. mak aih, aku gila air cond time tu.. maklumla duduk dekat dengan air cond kan.. kejap tinggikan suhu, kejap rendahkan.. ada saja suara-suara sejuk laa. panas laa.. aku hanya ketawa. haha..

lepas abis sesi 1, tiba sesi 2 n sesi 3, belajar kat bilik 1 kembali.. sempat on9 kot nak download macam-macam.. wifi dia laju siott.. hehe.. tak yah jauh-jauh nak pegi sana, juz kat sini dah ada. kan ?? :p ..

hari khamis pula kem add math.. kali nie sampai balik gabung dengan kumpulan 2.. cg khairul handle.. yeaahh.. sungguh hebat n menarik.. huhu. bestt.. harap buat lagi la kan.. nak pegi sangat-sangat..

hari tu selisiih dengan cg, cg tanya pendapat pasal kem kat sana.. bila cakap oke, cg cakap 'oke sebab ada air cond je la kan?' hehe.. suruh cg buat lagii.. cg cakap lepas trial ni kot.. tapi trial ni kena bagi result yang bagus la.. takkan guna dah cara macam ni.. uhu.. insyaAllah.. akan diusahakan.. :D


p/s : ada orang nak kasi kad raya.. *konon.. :D

Labels: , , , ,


+ tersebutlah sebuah kisah
Assalamualaikum dan selamat petang semuanya.. rindu serindu-rindunya lah dengan blog ni.. ayoyo.. rindu jugak dengan komputer tersayang ni haa.. pagi-pagi dah meragam.. sound buat perangai plak.. terpaksa la aku mengadap pc ney dengan kosongnya.. tiada muzika langsung.. amat membosankan k.. dan sekarang, sudah menjadi.. install itu dan ini dengan cara aku tersendiri akhirnya bunyi itu kembali.. rindu jugak pada tetikus warna hitam bebulat ni haa.. haha.. pokoknya semua aku rindu.. balik semalam sampai rumah dalam pukul 12 lebih kowt.. balik terus meluru ke kamar, bajed abah dah kemas bilik kot, tapi hampeh.. masih kekal sama sebelum pulang ke kampung dulu.. huhu..

menatap gambar yang terpahat di kayu besar berdekatan almari.. yee. gambar si kembar aidil dan zaquan.. mungkin masih meminati aidil.. malam ni nak tengok dia main bola.. jadi pertahanan tuu.. huhu.. rambut dia cantik daripada safiq rahim kowt.. dah melalot sampai ke bola.. nasib baik tak keluar rajagopal ja.. haha...

masa balik kampung hari tu, ada pergi kat kedah. miss orang di sana semuanya.. semua.. ok.. aku pegi sana tak kasi tau sape-sape.. bajed nak buat suprise lah kononnya.. haha.. sebelum sampai kt restoran laka corner milik makngah aku tu, singgah sat kt surau depan petronas sana.. singgah untuk solat lah ney.. cari tandas dia.. oke jumpa sambil pimpin nenek.. tapi alangkah 'indahnya' dan 'harumnya' tandas itu.. huhu.. tak lalu kot nak masuk membuang segalanya.. jadi niat itu kembali terbantut.. rukhsah sebentar.. hehe..

seusai solat, terus ke restoran.. yeaayy.. dapat ke sana.. jumpa mereka.. rinddduu.. seriously... tapi Jepp xda.. p keja kt mna pon tak taw la.. bunyi-bunyi kat bukit kayu hitam.. tak pe lah.. dia digantikan dengan Azam.. haa.. baik orangnya.. makngah lah cakap.. solat tak tinggal.. pokoknya solat itu lekat lah dengan dirinya.. kalau ada catering pon tak kan hilang walaupun satu waktu.. bersyukur cara mak ayah dia membesarkan dia.. mungkin berkenan.. tapi sayang, dia merokok... huhu.. reject awal-awal.. berkenan dengan sikap di sahaja.. tak tinggal solat, n ramah.. mungkin aku tak kenal dia sebab dia tak kenal aku.. hehe.. tak pe.. cukup mereka yang dah ada.. tiba di sana tu, ada Apit, Zizi, Bonzer, Epoi.. haa.. makhluk Allah ni.. Zizi still dengan keja dia buat air.. air yang dia buat, perggghh.. memang sedaaapp.. cubalah .. :)

lepas tu, p makan nasi.. lapar laa... makan sikit je.. tapi epoi tak habis-habis kenakan aku.. memang aku sabar je kat situ.. hehe.. n last, aku mintak dia tolong topupkan.. tapi dia bz.. n kejap lagi dia tolong pegi.. saat tu, dia ajak aku, sekali pegi dengan dia p cari topup.. adooii.. aku dan dia naik moto? haha.. moto zizi plak tu.. ok fine.. amni kat tengah.. opss.. silap.. nanti cakap aku pompuan apa plak kan naik moto dengan laki.. act, epoi tu sepupu aku.. anak mak ngah aku.. tak percaya? cari kt fb, saiful dk.. haa.. cari laa.. kang tak pasal-pasal cakap aku gatal plak naik moto dengan lelaki.. huh.. aku masih waras kot.. huhu..

bagai nak terlentang ke belakang aku naik moto dengan mamat ni haa.. sikit punya laju dia bawa.. da la dia tu tak da lesen.. naik moto orang.. laju plak tu.. aiishh.. ak tawakal ja dk kat belakang sana.. memang redha yang teramat lah.. sekali beli topup 35 ringgit.. gila kepala otak.. bukan untuk ak.. untuk mak aku, tok ak. yang bakinya aku.. hehe.. 10ringgit ja.. buat mesej saja-saja.. kalau kawan mintak pon boleh share kan.. hehe.. tapi tetap jadi isu.. never mind..

sejak beberapa hari ni, asyik tido lewat jee.. untunglah ada orang nak teman.. dan sekarang, macam-macam penyakit daripada sebelah family mak n ayah aku sudah diketahui.. ada yang sakit jantung, sorang leukimia, mak ndak aku kanser rahim, tapi dah sembuh, maybe la.. buat kimoterapi selama 6 bulan.. aisshh.. abis gugur dia pnya rambut, sampai bulu kening pon habis gugur.. aduus.. gerun laa..

**

keluar topik jap.. sape pegi kat stadium darul aman hari tuu.. haa.. bez taw.. manusia segala jenis ada kat sana.. sampai tak nampak rumput yang hijau tu, sebab dipenuhi manusia. banyak jugak ye yang datang.. segala trompet yang macam bunyi kat stadium time bola sepak tu pon ada kedengaran tau. memang riuh rendah laa.. macam-macam gerai ada... ustaz azhar pon ada,, haa.. sape yang minat dengan dia tu, p lah k.. sebab dengar-dengar ada plak lepas ni.. diorang nak menjelajah satu Malaysia kowt.. kalau tak salah la.. lepas ni kat perak @ ipoh @ penang plak.. haa.. kalau 3 tempat tu, sure ak nak p lagi.. haha.. kalau kt penang, janji dengan kawan-kawan kat sana dulu, kalau jadi, amik bas, pegi sana.. kan layaaannn... jalan-jalan dengan kawan. bez apa..

oke lah.. nak sambung mengadap buat kerja kursus plak nie.. see u  sooonn.. :)


belajarlah untuk dunia dan akhirat, dan amalkan.. jangan jadi bodoh sombong .. :D

Labels: , , ,


: alangkah indahnya ..

alangkah indah punya sahabat yang begitu.. walau apa pun, ak tetap bersyukur dengan segala yang dikurniakan.. :). 

Ya Allah, ak mohon agar dikuniakan sahabat yang sebegini, dan mohon agar ak dan sahabatku bersama selamanya hingga ke syurgamu..  sampai ke titik noktahnye.. :)


nytezzzzz 

Labels: , , , ,


: tingkatkan usaha

Nites all.. wahai bayu malam yang sungguh mendinginkan.. menyebabkan aku malas nak menghadap buku-buku untuk diulangkaji.. biarkan sahaja buku itu diatas meja memanggil-manggil namaku.. sudah berat untuk aku bangun tatkala sudah menjengah dihadapan komputer.. 

since da ada depan sini, nak kasi cerita pasal exam.. target oti ni 8A.. insya-Allah aku boleh.. Alhamdulillah, exam kali ni suci daripada sebarang pertanyaan.. and bagus jugak kalau tak pedulikan dengan peruncingan.. baca semua dan senang jawab.. walaupun ada yang tersekat-sekat.. 

tinggal 2 minggu lagi nak tamat segala peperangan ni.. dalam 2 minggu itu lah aku perlu siapkan diri aku supaya target aku tercapai.. belajr,belajar, dan belajar.. itu tak kan pernah berhenti selagi aku digelar pelajar.. kadang-kadang aku nak sangat tamatkan sahaja fakta yang cakap aku ni masih pelajar sekolah.. sebab dah tak mampu untuk teruskan lagi perjuangan.. 

tapi, dengan ada sahabat-sahabat yang sedia berkongsi, cikgu-cikgu yang sentiasa beri nasihat, Alhamdulillah rasa itu kian terhakis dan tinggal hanyalah semangat yang tak akan runtuh.. 

11A+ SPM 2012, WAIT FOR ME.. I'M COMING TO GRAB YOU..

Labels: , ,


:: just for them
Husna Madiha

Syafiqah Manaf

Syahirah Satar

Afila

Amira Syahirah


Thanks for everything :)

Labels: , , ,


:: i need uuuuu





I WANNA BURN ALL THE PAIN ! :). 

LOVE U FRIENDSSS.. 



Thanks for being in my life n cheer me up.. :)

Labels: , , , ,


:: masih mencari....
Assalamualaikum dan selamat malam.. hurm2.. dah lama rasanya tak mengadap kat blog ni.. rasa sungguh merindui.. sungguh.. tak pernah rasa nak tinggal 'diari' yang makin jadi kegilaan aku sekarang ni.. harap aku dapat menulisnya lagi yee..


26042012
hari khamis, minggu budak-budak asrama balik.. memang hari yang ditunggu-tunggu lah kan.. huhu.. oke, sampai sekolah naik kelas dan meletakkan bag di tempat yang sepatutnya kerana terlalu berat.. :) berat untuk memikul dengan segala beban masalah yang terjadi dan segala isi kandungan buku yang ada.. oke.. tutup cerita yang menyedihkan.. sungguh.. tak terkata sedihnya sehinggakan tak mampu diucap dengan kata-kata..

pagi-pagi masa Qs, oke, belajar sambil ketawa, itu memang wajib terjadi bila nak sangat belajar Pqs k.. tak kan kering gusi dibuatnya.. ustazah sentiasa menghiburkan walaupun hati sudah menjadi gundah gulana bagai dehempap seketul batu dan dijemur di padang yang begitu terik sinaran mentarinya.. sangat sakit, pedih dan panas.. sungguh aku sangat sakit hati buat masa ini.. tapi aku sedar, ia sampai bila.. aku tak nak gara-gara dia, aku hadapi penyakit hepatitis B, oh mintak jauhkan daripada aku.. aku nak hidup dengan selesa tanpa sebarang penyakit, InsyaAllah. :)

masa Si, belajar bab2 hukum syarak, Zina.. oke.. seronok belajar bab-bab hukum macam ni.. buka pandangan, buka minda, buka hati, dan buka keinsafan..

masa yang cikgu tak masuk, aku gunakan untuk menjawab semua persoalan yang ada kat kepala aku ni.. aku nak selesaikannya secepat yang mungkin.. tak nak lagi ada sebarang keraguan.. sudahlah aku menanggung keperitan ni.. sampai bila ??

bila aku mohon penjelasan daripada mereka, mereka diam seribu bahasa.. lain aku tanya, lain mereka jawab.. aku tak faham sepenuhnya, apa sebab mereka buat macam ni, kalau ada salah aku, aku minta mereka jelaskan, tapi kenapa diam ?? dengan diam dapat selesai masalah ke ? tolonglah.. aku tak nak bergaduh hanya semata-mata sebab perkara remeh macam ni..

saat aku memerlukan jawapan itu, aku ditinggalkan persis kayu di kaki lima.. sungguh menjengkelkan sikap mereka.. aku bukan boneka, bukan kayu yang tak punya perasaan.. aku perlukan penjelasan.. hanya itu.. tak perlu berkias.. dengan sang jejaka boleh pulak g jumpa kat tangga tanpa segan silu, tapi dengan aku ? malu ke hah? sama jantina kowt..

aku tahu, tak semua benda yang kita buat disukai.. dan sebab itu aku tanya apa yang aku dah buat sampai mereka bertiga buat aku macam ni.. bila aku tanya tak nak jawab, lepas tu mula la nak bercerita bukan-bukan dekat aku.. oke, aku malas nak heret benda ni berpanjangan, tapi hati aku tak kuat..

hanya sahabat-sahabat yang setia menemani aku disisi tatkala aku sunyi dan sepi.. terima kasih sahabat.. itulah pentingnya sahabat daripada kekasih.. kekasih boleh datang dan pergi, tapi sahabat tiada nilai gantinya.. sahabat aku sekarang adalah sahabat aku hingga akhirat kelak, InsyaAllah.. :)


p/s : Saya TIDAK SEMPURNA, terkadang tersalah kata..atau juga tersalah meluahkan rasa, atau mana-mana sikap yang TIDAK SUKA..MAAFKAN saya sahabat, terimalah diri ini seadanya..kerana saya sedang CUBA DAN BERUSAHA menjadi yang terbaik.

Labels: , , ,


:: thanks

Assalamualaikum to all muslims n selamat petang to non-muslim.. lama sangat dah tak menghupdate blog ini.. tak tau nak story apa lah.. takut melalut kang orang cemuih plax baca kan.. so, kiv la dulu pasalm update blog and fokus ke study first.. banyak betol nak kena tackle balik.. macam-macam laa yang jadi pada zaman peperiksaan ni.. itu tak kena, ini tak kena.. hurm, seriously, now bulan 4, tapi dah terasa bahang Spm n terasa betapa tertekannya nak jawab exam.. mention je Spm, bedebar and terus pk kat masa depan, menangiskah atau tersenyumkah aku bila berhadapan dengan keputusan.. dari situ, aku mula mengorak langkah untuk berjaya.. bukan untuk sesiapa tapi untuk diriku jugak..

oke.. dah-dah cerita pasal exam untuk seketika.. 

haaa.. walaupun dah lama, tapi harap masih tak terlambat lagi lah nak wish Happy belated birthday to my friend, Aqilah Alias.. hoho.. dah besar, dah tua n dah cukup umo nak g amex lesen tuu.. huhu.. wish u the best for any exam you take especially in Spm 2012.. :)

thanks to sweety, Husna Madiha sebab bawa the delicious 'kek batik', walaupun tak specific untuk ak, cewaahh.. hehe.. sedaaapp.. korang rasa sure nak ag.. sungguh.. n thanks kat fahmi jgak sebab mapuh ak banyak.. sungguh mendalam kata-kata mu.. haha.. it's oke.. tak dimasukkan ke hati sebab itu hanya senda gurau kita sebagai sahabat n harap ia tak dilupakan.. :)  


Ya Allah aku serahkan diriku padaMU, Cukuplah hanya Engkau yang memeliharaku.....

Labels: , , ,



Older Post