Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
pantang aku

ada quote dekat twitter yang tulis,

'aku diam bila bersama dengan orang yang aku tak kenal'
'aku gila-gila bila bersama dengan kawan aku'
'itulah beza kawan dengan orang lain'

tak, dia masalah dia sekarang, aku tak ada masalah dengan sape-sape melainkan dia cari pasal dulu dengan aku. aku tak cari pasal lagi dengan orang setakat ni, yelah banyak makan hati, banyak telan je apa orang luah, macam kutip sampah daripada manusia.

aku diam tak bermakna aku dungu, tak bermakna boleh buat aku macam bibik, tak bermakna aku takda perasaan, tak bermakna aku ni bahan kau untuk kau sembur. tak, aku takkan pernah bagi dan izinkan orang buat macam tu dekat aku.

tapi masalah dia sekarang, the moment bila kau tak bercakap dengan aku, aku takkan tegur tau. cukup sekali aku tegur pada awal tu, then kau balas acuh tak acuh, memang aku simpan dendam tahap nak mati ah aku cakap kat kau.. well, aku boleh je sembur kau depan-depan, tapi aku fikirkan perasaan kau, walaupon kau lempar taik dekat muka aku.

eh, aku tak pernah kesah dengan manusia lain sebenarnya, sebab aku ni dah biasa kena tinggal sensorang tau. walaupon kekadang rasa lonely, tapi aku biasa je, sebab tu hati aku ni keras nak mati, kalah batu. aku takkan mengalah. tapi aku tak suka dan paling pantang kalau lawan mulut, kalau cakap belakang. doo, kau tak puas hati kau cakap depan-depan aku la sengal, takda guna Allah jadikan jasad aku sebegini rupa, kalau kau nak cakap dibelakang aku. aku jenis yang terima, walaupon aku akan rasa sakit, sebab apa? sebab aku tahu semua manusia ada side baik dan  buruk. dan begitu jugak aku.. aku tak terkecuali.

better, kau cakap depan aku, kau bagitau aku masalah kau apa dengan aku, daripada kau simpan, dan aku kena hadap muka pekasam kau hari-hari dalam bilik. argh, hati pendam mulut berbicara jugak, kau ingat aku tak sedar ke ?

dan aku paling pantang orang judge opinion aku. hallooow, kita dekat Malaysia, have human right, have right of speech. kau pehal nak challenge aku punya opinion. kau punya opinion ada aku kacau ke pompuan ? ada aku bash ? ada ? aku paling pantang manusia macam ni. aku rasa nak bagi penumbuk je kalau iku hati tau. tapi aku sabar. mulut kau tu makin lama dah macam puaka, makin kurang ajar, pehal ? sakit hati dengan orang lain, lempar dekat orang lain, oh nice. memang muka aku untuk orang lempar taik je.

dah ah, aku nak hadap muka kau seminggu je lagi. lepasni, aku pon tak kebulur. nasib la dah hujung sem kau buat perangai. kalau daripada awal, aku tak tau la nak hadap muka kau macam mana. mau aku kena datang tido bilik abah aku tiap minggu rasanya.

cakap depan-depan jangan sorok-sorok. tak semua orang suka cakap depan sebenarnya. tapi kena la terima dan aku terima. tak puas hati cakap.. aku bila orang diam dengan aku, so aku balas la diam. kalau kau cakap, kau cerita, aku jawab, aku cakap dengan kau. ni tak, sakit hati ke sentap ke terus diam.. haa, memang aku boleh baca hati kau yang berulat tu. puihh





Labels: , ,


seronok ke idok ?


Assalamualaikum,

oh yaa. pedehal tiba-tiba cakap pasal seronok ke tidak ni kan, almaklumlah, tiba-tiba je seronok ni.. yelah, nak tahu la jugak, kawan-kawan yang aku bawa lari keluar masa hari sabtu haritu, seronok ke idok. daripada pagi keluar sampai lah ke tengah malam kan. tak tahu lah, kalau korang tak seronok lagi, diriku yang tak berapa sihat ni pon ku gagahi jua untuk bersama kalian, lepaskan segalanya.

oh ya, by-the-way , haritu aku bawa si aini dan si syifa ni pegi mandi air terjun,. dah beria bebenor si syifa ni nak mandi air terjun, nak menyelam katanya, so aku google and then dapat lah cari port best untuk bawa diorang. perjalanan yang sangat jauh tapi sangat best la. for the first time, merantau ke rawang dengan ktm yang hanya sebelum ni pk dapat pegi ke sana dengan kereta. so, wadaheck yau, asalkan sampai dah cukup. harg teksi pon kira ok la and lebih kurang harga isi minyak and tol kalau nak ke sana dengan kereta, lol

so before sampai dekat sana, kami singgah la sat beli kuih 2-3 hengget, untuk jamu and alas perut dekat sana nanti. dan setibanya kami disana, kami disambut baik oleh siberuk-beruk yang bergayut atas pokok sana tu haa. so, korang rasa ? kami yang tak tahu apa-apa ni, boleh la pulak dengan badaknya, bawa makanan pegang dekat tangan sedangkan beruk-beruk itu ikut kami sebab nak makanan dekat tangan weolls u.. ahai, si aini, campak karipap 2 hengget and si syifa selamatkan donut 1 hengget. dan aku ? of kos la aku menyorok belakang diorang semua. haha. berpusing si aini tu aku halang dia. and yang paling untung nasi lemak kami tak diambil oleh makhluk tersebut.



ye, kitorang hanya mampu naik sampai stage yang ke tiga daripada stage yang ke tujuh. ketujuh tu lah yang paling puncak, masa nak naik stage ke empat tu ha, nengokkan tangga dia yang curam ke atas, memang idok ler teman nak naik kan. nak turun apatah lagi. 

bermandi manda sampai lah jam empat lebih then decide nak balik and sebelum tu abah mesej ajak pegi tengok bola dekat stadium malaysia lawan yaman. so, semua nak pegi, and ok lah. semua gerak sekali, abah yang ambil. pergi ktm balik, stop dekat mid valley, pegi maknan dekat subway and menggila pulak dalam mid. dan kali ni bersama cik oti kita, yang baru nak join kitorang semata nak tengok bola. oyeah. 




dan begitulah, ada lagi sebenarnya gambo, tapi takkan la nak kena upload semua kan. kasi bau sikit-sikit sudah. haha. 

ok, next proceed ke stadium. alangkah indahnya hidup ini, lalalalala, sampai-sampai stadium, stadium gelap. haa kau rasa ? bakar hati mak nak oii, jauh-jauh datang gelap stadium eh. ada yang kata dah main, ada yang kata tengah main, ah, tak pedulu tu semua, terus pegi makan, hilangkan lapar buat kali kedua. hehe. tapi deria rasa tu hilang, sebab selsema. 4 hari dah ni hidung macam katak, bengkak dengan kembangnya, haha sebab selsema . tapi takpe, maintain cantik and comel. :P

lepas makan, abah bawa jalan-jalan pegi ict pulak, kat sana, main fun-fair tu. buaian pusing-pusing lelaju tu haa, lepastu naik ferris wheel. kejadah apa naik menatang tu pon nak menjerit kan, tapi tu lah orang panggil kalau dah berkawan dengan yang satu kepala, semua benda yang kita buat jadi gila kan.. sampai kat puncak makin deras jeritan suara batinku oii. ahaakks. ingat lagi nama mamat yang jaga pintu tu nama dia fathy, pakai baju bola. ha kau, agak-agak kalau dia tahu kami yang menjerit dekat atas tu, aku rasa mau dia reject kitorang semua. kihkihkih. 




rasanya daripada gambar pon boleh nilai tahap kegilaan kami berempat. haha. oke lah, panjang nau-nau dah ni menaip. ok babai . muahh

Labels: , , ,


bye


mahu exam jam 2.30 petang ni, mahu balik ke rumah,. mahu makan macam-macam.. mahu tidur atas katil kesayangan gua.. mahu buat semuanya.. oyeahhhh

bye cfs IIUM... :)

Labels: ,


G110 - sem dua 13/14



nampak ka apa yang cek tulis ? ink pon tarakkk .. hehe

first of all , lets start with bismillah. hanya nak bercerita.. lama tak ceghita kenn, asyik dok meluah perasaan yang entah melayang ke mana dah ni , so apa cer sekarang kita hang out minum kopi starbucks , update blog, chill , sambil dengaq lagu blog cek. ngee.. mengada la hampa semua nii .. 

semalam , yakni hari selasa , kawan-kawan cek ngan den sekali lah , berniat bernawaitu nak buat jamuan kelas , al-maklumlah esok (khamis) dah nak final exam. so doa-doa ken la kite nii yekk. bio lepas ler sem 2 ni ha dengan lapang dada serta dapat meneruskan cabaran pada sem tiga akan datang dan menjelma tak lama lagi , insyaAllah :) . so memula bajed nak makan itu ini last-last delivery kfc jer jawapannya , but its okay. as long as makan berjemaah cek on ja. no hal no probs. hilman yang balik rumah tu pon sanggup datang balik uia ni semata-mata nak join kami semua.. what the good spirit as a class wrep. *sampai la ni aku tak reti nak eja wrep tu . sebab kat u tak panggil monitor, panggil wrep. so aku hentam saja -,-

then, mula lah conversation group kami di whatsapp , cadang pukul lapan tepat. on time, harus ditepati dan mohon itu semua janji Cina okey bukan janji melayu. 

tapi bila tiba masanya , saat aku and nik melangkah masuk ke dalam kelas , kelas itu gelap gelita. tiada orang der wa cakap lu.. rasa macam nak lompat kegirangan. lihat jam di tangan , sudah jam lapan.. orang seketul pon takde ni ha.. nak oder kfc kang jadi payah pulak. dah la abah tengah otw masa tu nak mai amik tidoq kat rumah sebab rabu cuti kerismas.. haisshh nak marah.. but, still calm.. main subway surf sambil tunggu engkorang semua.. 

jam 8.15 syauqi Ben and the geng sampai la dekat kelas then diorang minta maaf sebab diorang lambat.. its okay lah, kami maafkan. nak buat macam mana, tugas aku memang menunggu orang dan ayat tulah aku guna sampai habis jamuan.. bhahaha -,- . baru tau rasa sih kalian. hmm, n then dekat pukul sembilan baru lah balance geng perempuan tu sampai , then tambah oder and dalam lima belas minit delivery sampai.. 

lepas tu amik lah makanan and makan.. saat tu tengah gelabah sebab abah dah sampai. kesian abah pulak duk terpacak depan mahallah zainab tu ha menunggu den, jadi den makan cheesy wedges dulu dengan nik kfc pulak bagi kat bebudak bilik.. makan tu je dah buat perut kenyang.. maklumlah, orang diet kate kau.. haha.. no laugh and be serius. :)

naik bilik angkut semua beg yang nak tinggal dalam bilik abah tu ha , sebab nanti balik cuti sem takada lah nak kena bawak balik banyak sangat beg tu kan, so boleh lah jimat kan tenaga kita ye wahai anak muda.. bila lagi nak penuhkan bilik daddyku melainkan diriku.. ngee.. 

sebelum beredar, nik hantar sampai bawah and salam. tak nak lepas tangan kite kau.. hehe... terharu, padahal nak pegi kejap je.. ada je minah tu ha duduk sebelah meja sana, duk mengadap laptop jugak, tak kaba ingat esok nak exam.. puihh. sama ja dua kali lima kami ni.. even kami banyak persamaan. itu lain kali aku cerita okey.. then babai je dari jauh sempat kasi senyuman ikhlas dan mengharap dia tunggu kepulanganku. haha, kau , gedik tak ayat tuu. 

okey, abah ajak teman dia makan, singgah kedai mamak, makan kenyang-kenyang . balik rumah solat isyak semua terus ngadap laptop nak tengok running man episod seterusnya, tapi alangkah kuciwa nya diriku ini bila line sangat lembab persis siput seduttt.. aishh.. nak tengok je tersekat-sekat. sabau je la teman wess.. alangkah menguji keimanan, sampai tertidur depan laptop ni ha.. 

harini (rabu) dating ngan abah sampai lima shopping kompleks pegi kau. haha.. semua area shah alam and subang je. nak bawa anak dia pegi jenjalan katenye, siap ajak nengok bola januari nanti masa liga S and liga M. aku no hal, takut kelas je, tapi kalau esok cuti memang aku on.. muehehehe.. so terserempak dengan farah asyikin yang bertudung litup cantik manis dekat kompleks pkns tadi.. tak dan nak p ambik gambaq ngan dia sebab duk bz cari barang.. lagipun dia tengah ceramah pasal jalanraya, suruh kita hati-hati.. oke semua.. ingat pesanan kak farah tu yee.. :)

oke lah den sudah mengantuk nii. mau bobok dulu.. hehe.. so doakan saya and semua sahabat saya berjaya dalam peperiksaan esok, mula jam 9 sampai jam 12 .. 3 jam kau jawab paper duduk dalam dewan serba serbi sejuk ketaq kepala lutut tu.. :) babai semuaa.. assalamualaikum. 

p/s : Rindu aku hanya terluah dalam doa. Tangisan aku hanya Allah yang tahu. Aku mohon, jangan la menghukum aku

Labels: , , , ,


* ketam konfius

Assalamualaikum,

I dont know, right now
where is my journey in my education level,
is account or law ?

just now i ger a phone call from INTI college,
for A-Level in account that i had apply before,
i want to go there,
BUT
i dont know which is better for me

in Account,
i can see my life,
my career,
but in law,
i cant see anything . T.T

why ?
actually what is deserve to me ?

cek betoi-betoi konpius ni haa. nak p belah mana.
tapi betoi-betoi nak bidang account ni.. hmm , entah la kan. pening den. :) tsk.tsk.tsk
7 Disember nak kena p Penang nak dengar taklimat pasal A-Level ni macam mana,
dan mudah-mudahan masa tu aku dapat lah buat keputusan yang terbaik :) insyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan dan melancarkannya.

****

dah 3 hari berturut-turut aku terperap dalam bilik 111 mahallah Aisyah tersayang ni
tak pegi mana-mana, keluar pagar mahallah pon tak melainkan semalam pegi amf ja.
so, apa function aku amik short sem sekarang ni ha,
rasa macam nak cabut lari balik rumah ja,
orang lain dalam bilik dah mula study btq, law bagai
and yang paling untung syiqin dah boleh balik rumah sebab subjek rim tak ditawarkan masa short sem ni,
so selamat jalan sahabat, i lebiu, lebiu much much.. ngeee :)

dan sepanjang tiga hari ni jugak dah berapa banyak RM aku ulang dan tengok korea lagi dan lagi..
sampai dah boleh ingat cerita satu-satu.
tak cukup movie ni, sambung movie lain pulak. hmm apa nak jadi anak dara oiii.. orang masuk minang lari.
tapi yang paling best, aku dah berkecimpung sikit demi sikit dalam dunia parodi. haha.
agak melucukan sebab first time aku buat parodi dengan kengkawan dalam bilik aku
perlu ke upload kat utube ? hahahaha. tu sumpah kurang ajar, sebab memang tak ingin ehh nak upload. geli geleman je rasa.. macam comel je.. macam cantik je.. emmm.. *bibir tu penting k.* haha :P

so, sampai sini je lah nak menaip..


bai.goodnite


p/s : atas tu boyfie saya, jangan amik tau.,. saya dah tak ada orang lain. dia ja nak teman saya malam-malam. OTL la katakan, haha. 
: dia suka saya juga.. tadi saya panggil dia oppa :P 
: nak keluaq p tengok movie aihh rasa , tapi taktau cita ap. 
: babaiiiiii :-*

Labels: ,


yesterday :*


Assalamualaikum untuk kesekelian kalinya sahabat :)



Bertemankan dengan suasana kehujanan macam ni aku rasa macam sayu je. Dan dalam masa yang sama aku juga sedang menunggu untuk ke kelas.. Lambat lagi lah nak mula.. so amik kesempatan ni survey youtube, google, facebook, twitter and so on untuk menambahkan sedikit pengetahuan lah :) . hujan makin lebat kat luar sana.. menemani aku yang sedang mencari idea untuk menaip hikayat disini.. Ya, Allah menurunkan rahmatNya buat kita, buat hambaNya.. masa macam ni lah nak cari pendekatan yang terbaik untuk menuntut sesuatu ilmu pengetahuan.. bagi aku benda ni kita kena cari sebab ada Hadith yang berbunyi, Ilmu itu hendaklah dicari bukanlah mencari. ilmu ada di mana-mana.. :D



cukuplah muqaddimah di situ..
masuklah ke topiknya yang sebenar dah jauh sangat dah tu tersasar dari jalan yang sebenar .. hehe.




semalam pergi dekat FSCC and BSC launching and branding. sepatutnya mula pukul 8 kerana kami menerima mesej tu dan isinya ditulis jam 8 start.. yahh.. dengan makan tak kenyangnya berlari-lari anak untuk ke AMF Hall, sampai-sampai je sangat bez tengok kat dalam dewan tu.. dipenuhi dengan beberapa orang je.. boleh kira lah dengan tangan ni haa.. and then aku n qin ambik la tempat depan *second saf .lama jugak lah nak tunggu.. tapi sementara nak tunggu semua hadir, dihiburkan dengan lagu-lagu yang menyeronokkan jugak la.. menyentuh kalbu pon ada.. lagu Mahallah aku pon turut didendangkan. bergema la satu Hall tu.. so aku bebas jugak la nak join nyanyi same :D

pukul 9 macam tu la program mula.. masuknya komiti FSCC and the geng semua, lepas tu ucapan  ketua FSCC ni, and then apa entah.. jamuan ringan kot.. ada lah ditayangkan video FSCC n BSC . tapi tak ada pon video untuk ahli-ahli FSCC .. :( sedih der.. aku pegi juz nak tengok yang tu je kot.. haha.. sengal je, tapi its true la babe, aku siap suruh budak bilik aku datang segala semata-mata nak tnjuk kat diorang aku ada dalam video tu.. yang sampai balik meeting 12 lebih.. and last hampeh..!



bila semua nya dah selesai tiba pulak ucapan daripada Dean maybe.. bagi ucapan yang terlalu lama dan ada la beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada speech dia tu.. even dia sendiri tak tahu nak stop dekat mana.. can you see that ? we are awesome right ? :P


tamatnya program tu aku balik bilik beriringan dengan nik,qin,and sahabat-sahabat nik lah.. tak berapa ingat nama.. :) sampai je bilik aku terus cerita dekat nurin.. apa yang jadi dekat AMF tu.. hehe.. kami budak yang talkative amat.. al maklumlah budak Law.. kena la cakap banyak.. kalau tak dah kena hentam la dengan lawyer lawan tu.. lepas tu ngadap pulak laptop ni padahal dah tahu dah yang esok (harini) ada presentation untuk ICT.. omg.. minggu ni adalah minggu sent assignment. memang dah macam musang semua budak bilik aku.. pagi tido.. malam pulak berjaga.. haa.. nampak tak permainan dia :P


sambil-sambil tengah walkie-talkie tu, sambil selak la jugak kan buku ICT tu.. memang mati lah kalau tak leh nak present sebaik mungkin nanti.. and at last tertido macam tu ja.. :D . memang tu lumrah hidup aku kalau buka buku yang penuh dengan ayat... cuba lah hias dengan lejar am ke, jurnal belian atau jualan ke, buku tunai ke, apa ke.. tak da la den lena kat situ..

oh yeaahh.. before the end, I would like to say, that aku rindu nak balik rumah :( .. dah 2 minggu tak balik.. hope mama dapat datang hujung minggu ni okey :D kita p skating nak ? sayang mama and abah and semua.. :)



p/s :Our Lord, let not our hearts deviate after You have guided us and grant us from Yourself mercy. Indeed you are the Bestower.

Labels: , ,


them :)


This is an old Hikayat.. 

Hikayat that i build with them. Only them..

whenever I go i'll need them. i'll meet them. i'll be with them..

We believe that we can get through of this together.. we need each other. 

Who am I without them as friends. They shine my day brightly. They make my day more happy than before. without them I can never walk through this part. so heavy for me to get part in the situation. It's really hard. Only from God I hope, that He will continue our relationship here ever after. But I know in every meeting will have its end .. It's because everything happened with Allah's reason. 

We can't never find friend that can share all thing together. But it's enough if they are willing to hear that 'all things' :D . I really appreciate them also my loveliest, craziest, sweetest roommate.. Love them veri tight.. 


I know live in school are totally differents with university.. I also still try to adapt with the environment. More higher place we go or more higher our level, more people we will meet and more attitude we will know. Every student have their own ability, attitude.. Just be the way you are. Not easily persued by others. We are Law student group 331 :)





p/s : IGA will happen earlier in the morning. Pray for me.. Presentation ILH n LawSoc make me don't have enough sleep until i become sleepy in the class and can't concentrate better :( . Pray for Me and all my friends. Hope Allah will give the best way and may God simplify everything :)

Labels: , , , ,


* cinta, sayang, suka



Assalamualaikum.. salam malam salam bahagia dan salam satu Malaysia.. 

hari ni dah jadi hari kedua aku bebas daripada belenggu examination Laws.. so, aku sangat mengalami kejutan budaya apabila buat kali pertama dalam sejarah, aku ambil exam malam hari.. pukul 8 sampai la 9.30.. dua-dua paper satu setengah jam. so disitu agak cuak sebab jawapan dalam bentuk essay dan aku tak tahu apa yang aku karangkan dalam jawapan tu.. yang pasti hairarki court dekat Malaysia ni semua aku boleh jawab la kan.. :) *poyo di situ

pada malam exam ILH aku dan kawan-kawan seangkatanku pegi la dekat AMF Hall untuk berkumpul.. semata-mata nak ambik tempat awal ni haa.. nak duduk depan la konon kan.. and yang padan mukanya dapat duduk depan sekali.. yess.. hebat permainan dia.. dan kami ingat lelaki and perempuan asing tau.. tapi campur.. dan bila aku tengok ramai mamat-mamat law duk jalan kat depan aku cuak doe.. macam nak lari satu AMF.. entahlah.. disini aku diajar untuk kurang komunikasi dengan lelaki.. lagipon budak laki kelas aku tu dua orang aje.. Amzar and Akmal.. so macam tak ada yang boleh buat geng gitu.. :) 

so, aku duduk lah belakang Haziq.. dan dia siap suruh kami kongsi jawapan bagai.. :) so aku macam ok ok je semua tu.. then bila exam dah mula , aku jawab dengan redha dan pasrah.. study dah, ulangkaji pon dah, explanation pon dah. semua dah.. sampai bersengkang mata sangat-sangat.. memang duduk dekat U ni takkan cukup tidurnya.. sungguh .. hari cuti pon busy dengan assignment jugak.. hantar satu, satu lagi menyusul.. hurmm.. memang tak menang tangan la kan nak menaip bagai.. :D

and then, paper LawSoc pulak, memang tawakal sangat-sangat.. sebab aku memang tak paham mana untuk tajuk ni.. yang aku  buat untuk exam just hafal je.. hmm.. sedih apabila tengok orang lain jawab bermuka-muka kertas akupulak berapa muka ja.. :(

***

tutup cerita exam.. kembali cerita tentang aku.. aku mesej abah and mama.. bertanya tentang keputusan KPT.. abah cakap dalam senarai tapisan.. dan insyaAllah minggu depan abah nak kol KPT. jadi, aku berdoa pada Allah agar aku dapat ke sana.. abah tak sabar nak hantar aku ke sana.. jadi aku nak buat dia bahagia dan itulah harapan aku.. aku menaruh harapan yang tinggi di situ.. 

conclusionnya jangan main bedil :) .. 

aku sayang roommate 435..

aku sayang group 331

aku sayang hisbah S.R

aku sayang semua yang aku kenali di sini.. 

aku sayang juga kepada Pai Epal .. 

aku sayang kepada Sahabat Till Jannah :)

Allah, jagakan mereka. mereka adalah sebahagian dari nyawa aku, sebahagian dari kehidupan aku, sebahagian dari keperluan dan anugerah kau untuk aku.. 


p/s : Allah aku titipkan mereka dalam jagaan Mu.. hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk hambaMu dan untuk Kami.. Allah, aku sayang mereka semua :D


Labels: , , , ,



Older Post