
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| G110 - sem dua 13/14
![]()
nampak ka apa yang cek tulis ? ink pon tarakkk .. hehe
first of all , lets start with bismillah. hanya nak bercerita.. lama tak ceghita kenn, asyik dok meluah perasaan yang entah melayang ke mana dah ni , so apa cer sekarang kita hang out minum kopi starbucks , update blog, chill , sambil dengaq lagu blog cek. ngee.. mengada la hampa semua nii ..
semalam , yakni hari selasa , kawan-kawan cek ngan den sekali lah , berniat bernawaitu nak buat jamuan kelas , al-maklumlah esok (khamis) dah nak final exam. so doa-doa ken la kite nii yekk. bio lepas ler sem 2 ni ha dengan lapang dada serta dapat meneruskan cabaran pada sem tiga akan datang dan menjelma tak lama lagi , insyaAllah :) . so memula bajed nak makan itu ini last-last delivery kfc jer jawapannya , but its okay. as long as makan berjemaah cek on ja. no hal no probs. hilman yang balik rumah tu pon sanggup datang balik uia ni semata-mata nak join kami semua.. what the good spirit as a class wrep. *sampai la ni aku tak reti nak eja wrep tu . sebab kat u tak panggil monitor, panggil wrep. so aku hentam saja -,-
then, mula lah conversation group kami di whatsapp , cadang pukul lapan tepat. on time, harus ditepati dan mohon itu semua janji Cina okey bukan janji melayu.
tapi bila tiba masanya , saat aku and nik melangkah masuk ke dalam kelas , kelas itu gelap gelita. tiada orang der wa cakap lu.. rasa macam nak lompat kegirangan. lihat jam di tangan , sudah jam lapan.. orang seketul pon takde ni ha.. nak oder kfc kang jadi payah pulak. dah la abah tengah otw masa tu nak mai amik tidoq kat rumah sebab rabu cuti kerismas.. haisshh nak marah.. but, still calm.. main subway surf sambil tunggu engkorang semua..
jam 8.15 syauqi Ben and the geng sampai la dekat kelas then diorang minta maaf sebab diorang lambat.. its okay lah, kami maafkan. nak buat macam mana, tugas aku memang menunggu orang dan ayat tulah aku guna sampai habis jamuan.. bhahaha -,- . baru tau rasa sih kalian. hmm, n then dekat pukul sembilan baru lah balance geng perempuan tu sampai , then tambah oder and dalam lima belas minit delivery sampai..
lepas tu amik lah makanan and makan.. saat tu tengah gelabah sebab abah dah sampai. kesian abah pulak duk terpacak depan mahallah zainab tu ha menunggu den, jadi den makan cheesy wedges dulu dengan nik kfc pulak bagi kat bebudak bilik.. makan tu je dah buat perut kenyang.. maklumlah, orang diet kate kau.. haha.. no laugh and be serius. :)
naik bilik angkut semua beg yang nak tinggal dalam bilik abah tu ha , sebab nanti balik cuti sem takada lah nak kena bawak balik banyak sangat beg tu kan, so boleh lah jimat kan tenaga kita ye wahai anak muda.. bila lagi nak penuhkan bilik daddyku melainkan diriku.. ngee..
sebelum beredar, nik hantar sampai bawah and salam. tak nak lepas tangan kite kau.. hehe... terharu, padahal nak pegi kejap je.. ada je minah tu ha duduk sebelah meja sana, duk mengadap laptop jugak, tak kaba ingat esok nak exam.. puihh. sama ja dua kali lima kami ni.. even kami banyak persamaan. itu lain kali aku cerita okey.. then babai je dari jauh sempat kasi senyuman ikhlas dan mengharap dia tunggu kepulanganku. haha, kau , gedik tak ayat tuu.
okey, abah ajak teman dia makan, singgah kedai mamak, makan kenyang-kenyang . balik rumah solat isyak semua terus ngadap laptop nak tengok running man episod seterusnya, tapi alangkah kuciwa nya diriku ini bila line sangat lembab persis siput seduttt.. aishh.. nak tengok je tersekat-sekat. sabau je la teman wess.. alangkah menguji keimanan, sampai tertidur depan laptop ni ha..
harini (rabu) dating ngan abah sampai lima shopping kompleks pegi kau. haha.. semua area shah alam and subang je. nak bawa anak dia pegi jenjalan katenye, siap ajak nengok bola januari nanti masa liga S and liga M. aku no hal, takut kelas je, tapi kalau esok cuti memang aku on.. muehehehe.. so terserempak dengan farah asyikin yang bertudung litup cantik manis dekat kompleks pkns tadi.. tak dan nak p ambik gambaq ngan dia sebab duk bz cari barang.. lagipun dia tengah ceramah pasal jalanraya, suruh kita hati-hati.. oke semua.. ingat pesanan kak farah tu yee.. :)
oke lah den sudah mengantuk nii. mau bobok dulu.. hehe.. so doakan saya and semua sahabat saya berjaya dalam peperiksaan esok, mula jam 9 sampai jam 12 .. 3 jam kau jawab paper duduk dalam dewan serba serbi sejuk ketaq kepala lutut tu.. :) babai semuaa.. assalamualaikum.
p/s : Rindu aku hanya terluah dalam doa. Tangisan aku hanya Allah yang tahu. Aku mohon, jangan la menghukum aku Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat, cfs IIUM, my besties, my happiest |