Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
G110 - sem dua 13/14



nampak ka apa yang cek tulis ? ink pon tarakkk .. hehe

first of all , lets start with bismillah. hanya nak bercerita.. lama tak ceghita kenn, asyik dok meluah perasaan yang entah melayang ke mana dah ni , so apa cer sekarang kita hang out minum kopi starbucks , update blog, chill , sambil dengaq lagu blog cek. ngee.. mengada la hampa semua nii .. 

semalam , yakni hari selasa , kawan-kawan cek ngan den sekali lah , berniat bernawaitu nak buat jamuan kelas , al-maklumlah esok (khamis) dah nak final exam. so doa-doa ken la kite nii yekk. bio lepas ler sem 2 ni ha dengan lapang dada serta dapat meneruskan cabaran pada sem tiga akan datang dan menjelma tak lama lagi , insyaAllah :) . so memula bajed nak makan itu ini last-last delivery kfc jer jawapannya , but its okay. as long as makan berjemaah cek on ja. no hal no probs. hilman yang balik rumah tu pon sanggup datang balik uia ni semata-mata nak join kami semua.. what the good spirit as a class wrep. *sampai la ni aku tak reti nak eja wrep tu . sebab kat u tak panggil monitor, panggil wrep. so aku hentam saja -,-

then, mula lah conversation group kami di whatsapp , cadang pukul lapan tepat. on time, harus ditepati dan mohon itu semua janji Cina okey bukan janji melayu. 

tapi bila tiba masanya , saat aku and nik melangkah masuk ke dalam kelas , kelas itu gelap gelita. tiada orang der wa cakap lu.. rasa macam nak lompat kegirangan. lihat jam di tangan , sudah jam lapan.. orang seketul pon takde ni ha.. nak oder kfc kang jadi payah pulak. dah la abah tengah otw masa tu nak mai amik tidoq kat rumah sebab rabu cuti kerismas.. haisshh nak marah.. but, still calm.. main subway surf sambil tunggu engkorang semua.. 

jam 8.15 syauqi Ben and the geng sampai la dekat kelas then diorang minta maaf sebab diorang lambat.. its okay lah, kami maafkan. nak buat macam mana, tugas aku memang menunggu orang dan ayat tulah aku guna sampai habis jamuan.. bhahaha -,- . baru tau rasa sih kalian. hmm, n then dekat pukul sembilan baru lah balance geng perempuan tu sampai , then tambah oder and dalam lima belas minit delivery sampai.. 

lepas tu amik lah makanan and makan.. saat tu tengah gelabah sebab abah dah sampai. kesian abah pulak duk terpacak depan mahallah zainab tu ha menunggu den, jadi den makan cheesy wedges dulu dengan nik kfc pulak bagi kat bebudak bilik.. makan tu je dah buat perut kenyang.. maklumlah, orang diet kate kau.. haha.. no laugh and be serius. :)

naik bilik angkut semua beg yang nak tinggal dalam bilik abah tu ha , sebab nanti balik cuti sem takada lah nak kena bawak balik banyak sangat beg tu kan, so boleh lah jimat kan tenaga kita ye wahai anak muda.. bila lagi nak penuhkan bilik daddyku melainkan diriku.. ngee.. 

sebelum beredar, nik hantar sampai bawah and salam. tak nak lepas tangan kite kau.. hehe... terharu, padahal nak pegi kejap je.. ada je minah tu ha duduk sebelah meja sana, duk mengadap laptop jugak, tak kaba ingat esok nak exam.. puihh. sama ja dua kali lima kami ni.. even kami banyak persamaan. itu lain kali aku cerita okey.. then babai je dari jauh sempat kasi senyuman ikhlas dan mengharap dia tunggu kepulanganku. haha, kau , gedik tak ayat tuu. 

okey, abah ajak teman dia makan, singgah kedai mamak, makan kenyang-kenyang . balik rumah solat isyak semua terus ngadap laptop nak tengok running man episod seterusnya, tapi alangkah kuciwa nya diriku ini bila line sangat lembab persis siput seduttt.. aishh.. nak tengok je tersekat-sekat. sabau je la teman wess.. alangkah menguji keimanan, sampai tertidur depan laptop ni ha.. 

harini (rabu) dating ngan abah sampai lima shopping kompleks pegi kau. haha.. semua area shah alam and subang je. nak bawa anak dia pegi jenjalan katenye, siap ajak nengok bola januari nanti masa liga S and liga M. aku no hal, takut kelas je, tapi kalau esok cuti memang aku on.. muehehehe.. so terserempak dengan farah asyikin yang bertudung litup cantik manis dekat kompleks pkns tadi.. tak dan nak p ambik gambaq ngan dia sebab duk bz cari barang.. lagipun dia tengah ceramah pasal jalanraya, suruh kita hati-hati.. oke semua.. ingat pesanan kak farah tu yee.. :)

oke lah den sudah mengantuk nii. mau bobok dulu.. hehe.. so doakan saya and semua sahabat saya berjaya dalam peperiksaan esok, mula jam 9 sampai jam 12 .. 3 jam kau jawab paper duduk dalam dewan serba serbi sejuk ketaq kepala lutut tu.. :) babai semuaa.. assalamualaikum. 

p/s : Rindu aku hanya terluah dalam doa. Tangisan aku hanya Allah yang tahu. Aku mohon, jangan la menghukum aku

Labels: , , , ,


malam perpisahan kami *Heza, Nadia, Ira, Ying*

Assalamualaikum di petang isnin yang penuh barakah ni..

Tak ada mende sangat pon nak cerita, tapi ada satu alkisah tentang kami berempat yang p ICT :P
petang tu heza mesej, tanya nak keluar tak jalan-jalan.. so aku on je.. sebab memang aku tau aku yang kena drive bawa 3 dara pingitan lagi ni.. hehe.. pukul 8 dah kena keluar.. tapi aku lewat sikit sebab jalan jem strawberri.. ada pasar malam hari sabtu.. maklumlahhh...

mula-mula p rumah amoi ying dulu.. lepas tu baru p rumah heza n then rumah ira.. decide nak p mana n just drive.. mula-mula p town dulu, lepas tu membosankan n then p pulak kat gerbang malam..

sambil aku mencari-cari hadiah untuk bonda tersayang.. jalan-jalan di sebalik manusia yang berduyun kat situ, akhirnya dalam setengah jam kami dah jumpa barang yang dicari and then terus ke kereta.. aku bawa diorang p makan bihun sup mak endah.. sedap baq hangg.. :-*

haa, lepas tu amoi nak tengok pameran kereta yang pasang alat muzik a.k.a. radio kuat giler dalam kereta tu haa.. p la tengok sat.. lagipon amoi ni bukan selalu keluar pon..

macam-macam kereta ada situ.. kancil, viva, myvi.. depa make over kreta n pasang alat muzik tu lepas tu buat bising tengah jalan raya.. hehe.. sebenaqnya, depa dah ada kebenaran.. cuma kereta macam tu tak boleh bawa p jalan ja.. mau pekak sape yang duduk kat belakang tu ha.. lagi pon seat belakang tak ada.. diorang dah buka tinggal seat depan yang 2 tu je ada.. ok??

lepas makan jalan-jalan kat ict.. amoi pon nak p sini jugak... punya lama nak cari parking.. memang memenatkan.. nasib kereta auto.. hahaha. choiii..

lepas parking terus p masuk kat kawasan dia n mula lah nak berposing bagai..



disebabkan tak ada orang yang sudi nak amik gambaq kami berempat, kami terpaksa menggunakan kamera depan tab ni.. so kami tetap dapat bergambar 4 orang.. hehe.. 


kami satu Malaysia..


suruh sorang perempuan tu tolong amik gambaq.. :P peaceee








p/s : aku tak kisah berkawan dengan sape pon.. itu dah takdir aku untuk berkawan dan berteman.. Allah yang pertemukan aku dengan mereka dan perpisahan kami ini juga kerana Allah.. biarlah sahabatku kurang menitik beratkan soal agama.. asalkan mereka belajar sedikit demi sedikit dan amalkannya.. mereka tak malu dan tak segan.. aku juga macam tu kerana pasti ada sebab Allah temukan aku dengan mereka :)

Labels: , , , , , ,


+ 15 Ogos 2012
helo-helo-helo.. hari ini hari terakhir persekolahan before cuti raya.. yeaayyy.. dah nak raya.. hampir sebulan berpuasa dan akhirnya, tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya.. hehe.. sangat hapy kan.. tapi masih lagi mencari 'itu' :) . hari ni datang sekolah begitu semangat, semangat macam 2-3 hari yang lalu.. hehe.. ada la kisah lucu.. mamat tu buat lucu depan kelas dia.. dengan kawan-kawan dia.. haha.. tapi tetap comel macam dulu :) .. sayang, hanya dia seorang kita berpisah. :P .. weekk..

pagi-pagi dah kena pegi perhimpunan.. jalan dengan mc sara n kembar.. yeahh.. happening je dengan diowg.. like tak da apa-apa masalah.. duduk depan sekali tu.. haa, mata nie tak lepas-lepas tengok pemandangan indah kat depan sana.. huhu.. tetap sama, tiada yang berubah.. oke, then ada dengar sorang budak pompuan cakap, 'dia buat dah.'... lepas tu, tengok la kat belakang, ooooo.. rupa-rupanya dia buat perangai lagi.. 'sakit' nya kembali..

lepas naik kelas, duduk cakap-cakap dengan kembar n anis, erk.. bebudak kelas sebelah lalu, bawa AlQuran.. waahh... berjurus kot.. nak p ngaji la tu.. huhu.. teacher masuk kelas, n sesi bagi duit raya, hehe.. pada awalnya malu, tapi bangun pegi amik jugak.. sape tak nak dapat duit raya kan.. dengar je duit, yang sakit pon jadi sihat.. huhu..

saling bermaafan dengan teacher, sambil membulatkan satu tekad dalam hati nak ulangkaji sungguh-sungguh raya nie.. apa-apa pon target kali ni kena capai jugak.. lepas teacher keluar, p la jumpa cikgu-cikgu nak raya.. jumpa cg rosmawati, yeaahhh.. dapat soalan akaun... nak study betol-betol.. tak nak kecewakan cikgu lagi.. :)

lepas tu g lepak kat meja ustazah jap.. haa.. membodek sakan la.. nak duit raya segala bagai.. hehe.. ustazah ketawa je.. menantu dia pon ada kat situ jugak. haa.. berpelukan lah kami semua di situ.. jumpa tc bi, ustazah si, n ustazah qs.. yeayy.. ustazah cakap, baca nadia ehhh.. jangan dk cbuk duit raya dengan mercun jah... amboii.. hehe.. saya tak maen mercun kot. *konon

jalan-jalan kat luar tu, jumpa plak dengan cg khairul.. yeayy.. dapat jemputan dari dia.. dia ajak p rumah dia nanti.. tapi tak tau tempat tu kat mana la... but nvm, aku akan cuba datang.. nak makan soto..haha.. tapi aku dah ada date dengan dia untuk tajuk Motion nanti haa.. :D.. jeles ke ?? wekk..

haa... tak lama kemudian anis ajak p surau laa.. sebelum tu beraya dengan kekawan kita.. muah kiri, kanan n kiri semula.. yeay.. maaf zahir n batin jika ada.. huhu.. seusai itu, nak pegi la surau, dengar la suara dari kelas sebelah tu haa.. dia wish selamat hari raya.. suara tak dikenali.. aaiik.. tapi rasa terharu.. hehe.. *gedik.

sampai kat surau tu, jumpa hani n mira.. then lepak jap sebelum p sick bay.. lepas tu, salam-salam.. muah kiri kanan kiri jugak.. p sick bay tu kan, duduk rehat 5minit jap.. kemudian umi suruh p letak buku rekod kat pejabat.. p la sana.. lepas p sana kan, turun bawah jumpa cg mahani... huhu.. cg mahani pon jemput p rumah jugak.. yeayy.. 2 jemputan dapat ni.. eh3.. 3 la.. ustazah sorang lagi.. tak rugi kan baik dengan cg.. :)

cg rosmini, cg zakiah, tc azhana, cg sumaiyah, cg khatijah, sempat juga bersalam dengan mereka.. yeaahh.. cg zakiah yang paling sweet.. pelukan dia begitu terasa... lama sangat dalam pelukan dia.. dulu dia bagai ibu kepada aku.. dia yang pahami aku dulu... sekarang pon sama.. sebab tu kami akrab.. segala masalah kami selesaikan bersama-sama.. aku sayng dia.. :) . cg su sempat tanya, tak balik perak ke ?? cg yang satu-satunya ingat aku asal mana.. ingat lagi, time salam dengan dia sebelum masuk exam Pmr, selalu je dia kasi semangat..  hehe.. sayang cg su jugak n semua kat bilik ert tadi...

hantar anis balik kat sick bay... naik kelas, jumpa dengan nana.. yeeaay.. nana ada lagi.. takot sangat kalau dia tinggal.. tak dan nak beraya dengan dia.. hehe.. then, teman dia p jumpa cg sebab nak hantar apa ntah.. jumpa cg azimah kat bilik guru.. haa... mc na cakap aku nak duit raya.. yaakk.. malu kot.. huhu.. cg pon tarik aku ajak p turun kat bawah.. malunyeee.. tapi mahu.. haha. :P .. will miss ubk a lot..

sampai kat tangga bawah tu, jumpa pqah qilah n wani.. salam-salam semua n masuk ubk..btw hazim pon kasi duit raya jugakk.. then, cg pon hulurkan duit raya..menjadikan semuanya RM10.. hooraay.. kalah budak-budak dapat duit raya ni.. eeiii.. sayang cg taw... :) .. lepas tu bergosip jap.. aisy.. ada budak fom5 dalam perhatian... mintak jauhla dari aku..

naik kelas semula n then balik jee... sayang mc na.. *thank you sebab teman saya sepanjang hari ni.. happy sesangat dengan awak sampai sekarang.. :)

ohh.. lupa nak kasi tau, semalam mamat tu masuk kelas 5Q.. haaa.. terkejut gila kot... pagi tadi ada dapat kad raya.. hehe.. tulisan sengetbenget.. krek betol la.. but still nice... *speaking kot.

oke lahh.. nak berhenti dulu.. nanti kita berceloteh lagi yaa... daaa...

* happy eid Mubarak frens. :) nnti kite koling awak-awak dua k. 

Labels: , , , , ,


+ kawan


entry terakhir.. untuk hari ini.. 

Selamat Malam.. 

Byeee..

Sahabat, semoga kamu dirahmati Allah.. Ingat aku di dalam doa kalian..

persahabatan kita sampai bila-bila. 

InsyaAllah, kita jumpa di syurga bersama-sama.

Labels:


: alangkah indahnya ..

alangkah indah punya sahabat yang begitu.. walau apa pun, ak tetap bersyukur dengan segala yang dikurniakan.. :). 

Ya Allah, ak mohon agar dikuniakan sahabat yang sebegini, dan mohon agar ak dan sahabatku bersama selamanya hingga ke syurgamu..  sampai ke titik noktahnye.. :)


nytezzzzz 

Labels: , , , ,


: sanah helwah TMSTS
* something to say *

Sanah helwah kepada sahabat sekelas, seperjuangan ku Tuan Muhamad Syahirudin Bin Tuan Saidi (haa, nama penuh ak kasi kt kau tuu), kamu dah tua... semoga panjang umo, murah rezeki, n wish you the best luck in ur life n especially the end of this year Spm.. *mak aii, english education ak*.. 

selamat hari lahir... 

nak tau tuan dye yang mana, ?? tu haaa,, dari kiri, yang pengawas lelaki tu, sebelah dye.. no 2 dari kiri la maksudnya.. haa.. hensem? ohhh, memang.. comey je.. tapi dah berpunya kowt.. huhu.. senyap je dye dalam kelas, tapi kekadang menghiburkan dan kekadang suka buat lucu jugak.. tak sangka kan.. orang senyap tapi pandai buat kelakar.. dye pandai, happy go lucky, go on wif others, sweet.. waahh.. banyak betol aku puji lelaki nie.. hehe.. ikhlas kowt ney.. ikhlas seikhlasnya.. :) sory, tak leh wish secara life, sebab saya tak pergi sekolah hari ney.. waahh.. saya.. haha.. :P gedik kowt.. 


Let the GOD decorate each GOLDEN RAY OF THE SUN reaching u with wishes of Success, Happiness and prosperity for U, Wish you a super duper Happy Birthday.

Labels: , , ,


:: Excellent

Good luck all my frens this exam.. will coming 7 Mei 2012... lets struggle more n more... be excellent.. let's say, we can do it... 



5 IBNU QAYYIM 2012

OTI 1,  WILL DO THE BEST.!

PRAY FOR US.


Labels: , ,


:: saat ituuuuu
Saya rindu kami semua berkumpul, duduk satu meja, bersama-sama.. :(


Labels: , ,


:: just for them
Husna Madiha

Syafiqah Manaf

Syahirah Satar

Afila

Amira Syahirah


Thanks for everything :)

Labels: , , ,



Older Post