Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
My Lalan's
Dah lama tak rasa perasaan yang macam ni. Perasaan dimana rasa nak ada bersama doplohpat jam sehari, rasa nak bersama setiap saat. Dulu boleh la masa duk keja sekali satu bumbung, sekarang memasing dah dk jauh, esok-esok kalau ada kesempatan untuk aku sambung belajar, untuk Lalan p masuk polis ka apa ka, mesti lagi jauh. Lagi la memasing nak kena fokus dengan apa yang nak dibuat. Benda bukan mudah bila duduk jauh ni, kadang rasa disisihkan, kadang rasa dipermainkan, more kepada negatif punya benda la pokoknya. Padahal benda tu takdak apa pun, cuma perasaan campur pulak dengan pengaruh setan dan iblis ni, tu yang makin lama makin duk merapu fikiran tu.

Rindu, 

Jangan duk cakap la. Bayangkan la yang duk melekat sedia doplohpatjam dulu ni, even time balik keja pun sanggup tunggu nak p lepak sekali, lepastu sekelip mata semua benda jadi berubah, jadi kena duk jauh-jauh. Kalau nak jumpa kena mai Ipoh atau p Kampar, duk ulang-alik situ laa. Kira ok la Ipoh Kampar tak jauh mana, boleh jugak la rembat p dengan moto. HAHAHA. 

Macam mana kenal si keding ni ?? Nanti ada masa aku update dan cerita dekat sini. Panjang bebenor kisahnya. So sekarang ni, fokus lebih dekat masa depan dulu, kengkonon nak kahwin kan, moga-moga ada jodoh yang panjang. Doa-doakan ok guys. Tak harap banyak pun, harap yang ni adalah yang terakhir, dan yang ni kekal; sehingga selamanya. Since dah lama kecewa dan lali dengan percintaan 5 tahun dulu, aku rasa aku nak pertahankan jugak yang ni, walaupun nampak aku yang macam over. Padahal hakikatnya memang aku yang kejar dia dari dulu, even masa nak ajak couple pun aku yang beria bagai perigi cari timba. Tapi nasib la timba sudi. HAHAHA. 

Harap sama-sama boleh jaga diri , hati dan perasaan memasing lah kan. Tu ja pun yang boleh buat masa ni, masa-masa jauh ni. Percaya-percaya lah, at the same time kena hati-hati jugak. Benda dah pernah jadi, benda dah pernah rasa, takkan nak biar terjadi lagi kan. :')

Kalau bisa untuk aku mohon,
Kalau bisa untuk aku merayu,

Ya Tuhan, jagalah hati kami,
Kerana hati manusia ini berbolak balik,
Tetapkanlah hati kami,
Supaya kami masih dan akan tetap bersatu hingga keakhirnya.



FOREVER MY LALAN :)




Labels: , , ,


* pergilah


I'm sorry but i love you
I'm sorry is i miss you
Even if i can't have you
You know i'll always be there for you
I'm sorry but i love you

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu 

:)

Aku dah lelah,
Aku dah penat, 
Nak menahan rindu dan sayang aku,
Untuk menahan setiap bait kata yang engkau lepaskan dalam fb 

:)

Aku hanya mampu tersenyum, 
Aku hanya mampu membalas :) kepada mereka yang bertanya tentang kau
Aku hanya mampu diam
Bila mereka mempersoalkan tentang apa yang kau coretkan di fb.

Aku sendiri tak tahu nak jawab apa,
Kabur, kelu, kaku,

For your information, 
I will waiting for you,
Walaupun perasaan kau pada aku sudah tiada, 
Kalau tak, tak ada guna aku mengharap selama ni, 
Kalau tak, tak ada guna aku malukan diri aku hantar mesej dekat kau,
suruh kau kol aku, 
suruh kau balas mesej aku, 
Buat apa aku malukan diri aku,
Kalau aku hanya pura-pura.

Mungkin bagi kau aku berpura-pura,

Ya betul, 
sangkaan orang kita tak boleh ubah
langsung tak boleh ubah

tapi
aku hanya lakukan apa yang aku mampu lakukan
sampai satu ketika, 
kalau aku dah tak mampu,
itu ertinya, aku dah hilang kekuatan diri aku untuk mencari kau ..

aku berhenti mesej kau, 
sebab bagi kau mesej aku tak penting,
aku mulai sedar, dan semakin sedar, 
diri aku semakin dihapuskan,
diri aku semakin hilang . 

aku akan terus menunggu sampailah kata putus diberi, 
aku akan terus mengharap sampailah Allah memberikan jawapan yang sebenar pada aku, 
aku akan terus mencari kau sampailah kau dimiliki

aku nak kau tahu satu benda, 
Selagi perasaan ini tertulis untuk kau selama itu juga hati ini untuk kau  
Melainkan satu masa nanti pintu hati kita berubah atas pinta-Nya.

aku tunggu kau,
aku tunggu kau,
walaupun bermacam ayat bermadah yang kau tujukan untuk aku,
walaupun mesej aku tak penting lagi untuk kau,
walaupun kau benci aku,
walaupun aku dah tak ada lagi dekat hati kau,

aku tetap tunggu kau.

aku harap kau faham.

aku tak halang kau untuk bersama sape pon yang kau nak,
tu hak kau, pergilahh.
tapi aku dah berjanji dengan diri aku dengan hati aku,
yang aku tetap menunggu menanti kau.
macam tumbuhan menunggu dirinya disiram air,
kalau tak dapat ia akan layu dan kering,

kau mungkin tak percaya,
dan aku tak pernah paksa kau percaya,
aku tahu kau dah cukup gembira dengan kehidupan kau sekarang tanpa aku,
kerana mungkin kau sudah bisa melupakan aku dan menghilangkan aku dari hati kau
tapi aku tidak.

cukup sekali aku melakukan kesalahan dengan meninggalkan kau,
dan aku takkan melakukannya lagi,
walaupun aku tidak diterima lagi oleh kau.

:)

Kadang-kadang kita tak pernah faham apa yg Allah cuba aturkan utk kita. Tak pernah tahu apa yg Allah sediakan utk kita di masa hadapan.

apa saja keputusan kau , akan aku hormati,
moga bahagia kasih, 
moga bahagia cinta, 
moga bahagia sayang, 

*jujurlah sayang , aku tak mengapa 
  biar semua jelas tak berbeda
  jika nanti , aku yang harus pergi
  ku terima , walau hatiku pedih 
  asal kau bahagia 


:)

moganya dirimu sentiasa dibawah lindunganNya,

p/s : Dear Allah, I know I'm not perfect, but thank you for loving me and making me a Muslim

Labels: , , , ,


RM time
ce tengok Oppa. sama macam Zuka tak.. haha.. 

masa ni aku rasa semua watak dalam RM ada dalam budak kelas aku. hehe.. 
aku dah memang tak boleh nak stop watching RM
daripada seminggu sebelum final exam lagi
aku dah melantak hard disk Qilah punya semata-mata nak tengok cerita ni

sekarang pulak tengah giat mencari episod-episod baru nak mendownload cerita ni
yang mama pulak asyik tanya kenapa dok gelak sengsorang depan laptop ni ha
sape la yang takkan ketawa tengok 7 serangkai ni bergabung
ditambah pulak dengan Idol-Idol jemputan

Ace pulak comel je. cute je
Monday couple katanya :P

tapi diorang sangat lah sweet 
adoyaiiii . aku lemah tengok diorang . 
sangat match ah. hehe ;')


bila mana kita tengah stress ,  
ini la yang aku akan buat , 

bila mana aku sedih ,
ini la yang aku cari ,

bila mana aku sunyi ,
ini la yang menghiburkan aku ,

TAPI

ini adalah jalan terakhir aku cari 
setelah aku bertemu ALLAH


Dia adalah yang pertama.
Al-Haq yang Satu 

yep . kesedihan itu akan dialami oleh semua orang . kau sape nak halang aku melayan perasaan aku
kau sape nak halang aku sedih

Allah bagi kita pelbagai perasaan untuk kita 
Allah sendiri tak cakap haram untuk menangis and sebagainya
sebab apa ?
sebab Dia yang jadikan semua ni 

:)

terlebih feeling pulak ler petang hari nih

wkwkwkwkw
okelah. sambung RM kembali. haha -,-

kbai :-*



p/s : Rindunya 435 , rindunya TLC , rindunya semua , tapi tak nak balik Uia ^-^
: Aku tak pernah mengharap yang Terbaik sebab aku sedar diri aku, tapi aku bersyukur . Alhamdulillah :)

Labels: , , ,


them :)


This is an old Hikayat.. 

Hikayat that i build with them. Only them..

whenever I go i'll need them. i'll meet them. i'll be with them..

We believe that we can get through of this together.. we need each other. 

Who am I without them as friends. They shine my day brightly. They make my day more happy than before. without them I can never walk through this part. so heavy for me to get part in the situation. It's really hard. Only from God I hope, that He will continue our relationship here ever after. But I know in every meeting will have its end .. It's because everything happened with Allah's reason. 

We can't never find friend that can share all thing together. But it's enough if they are willing to hear that 'all things' :D . I really appreciate them also my loveliest, craziest, sweetest roommate.. Love them veri tight.. 


I know live in school are totally differents with university.. I also still try to adapt with the environment. More higher place we go or more higher our level, more people we will meet and more attitude we will know. Every student have their own ability, attitude.. Just be the way you are. Not easily persued by others. We are Law student group 331 :)





p/s : IGA will happen earlier in the morning. Pray for me.. Presentation ILH n LawSoc make me don't have enough sleep until i become sleepy in the class and can't concentrate better :( . Pray for Me and all my friends. Hope Allah will give the best way and may God simplify everything :)

Labels: , , , ,


* cinta, sayang, suka



Assalamualaikum.. salam malam salam bahagia dan salam satu Malaysia.. 

hari ni dah jadi hari kedua aku bebas daripada belenggu examination Laws.. so, aku sangat mengalami kejutan budaya apabila buat kali pertama dalam sejarah, aku ambil exam malam hari.. pukul 8 sampai la 9.30.. dua-dua paper satu setengah jam. so disitu agak cuak sebab jawapan dalam bentuk essay dan aku tak tahu apa yang aku karangkan dalam jawapan tu.. yang pasti hairarki court dekat Malaysia ni semua aku boleh jawab la kan.. :) *poyo di situ

pada malam exam ILH aku dan kawan-kawan seangkatanku pegi la dekat AMF Hall untuk berkumpul.. semata-mata nak ambik tempat awal ni haa.. nak duduk depan la konon kan.. and yang padan mukanya dapat duduk depan sekali.. yess.. hebat permainan dia.. dan kami ingat lelaki and perempuan asing tau.. tapi campur.. dan bila aku tengok ramai mamat-mamat law duk jalan kat depan aku cuak doe.. macam nak lari satu AMF.. entahlah.. disini aku diajar untuk kurang komunikasi dengan lelaki.. lagipon budak laki kelas aku tu dua orang aje.. Amzar and Akmal.. so macam tak ada yang boleh buat geng gitu.. :) 

so, aku duduk lah belakang Haziq.. dan dia siap suruh kami kongsi jawapan bagai.. :) so aku macam ok ok je semua tu.. then bila exam dah mula , aku jawab dengan redha dan pasrah.. study dah, ulangkaji pon dah, explanation pon dah. semua dah.. sampai bersengkang mata sangat-sangat.. memang duduk dekat U ni takkan cukup tidurnya.. sungguh .. hari cuti pon busy dengan assignment jugak.. hantar satu, satu lagi menyusul.. hurmm.. memang tak menang tangan la kan nak menaip bagai.. :D

and then, paper LawSoc pulak, memang tawakal sangat-sangat.. sebab aku memang tak paham mana untuk tajuk ni.. yang aku  buat untuk exam just hafal je.. hmm.. sedih apabila tengok orang lain jawab bermuka-muka kertas akupulak berapa muka ja.. :(

***

tutup cerita exam.. kembali cerita tentang aku.. aku mesej abah and mama.. bertanya tentang keputusan KPT.. abah cakap dalam senarai tapisan.. dan insyaAllah minggu depan abah nak kol KPT. jadi, aku berdoa pada Allah agar aku dapat ke sana.. abah tak sabar nak hantar aku ke sana.. jadi aku nak buat dia bahagia dan itulah harapan aku.. aku menaruh harapan yang tinggi di situ.. 

conclusionnya jangan main bedil :) .. 

aku sayang roommate 435..

aku sayang group 331

aku sayang hisbah S.R

aku sayang semua yang aku kenali di sini.. 

aku sayang juga kepada Pai Epal .. 

aku sayang kepada Sahabat Till Jannah :)

Allah, jagakan mereka. mereka adalah sebahagian dari nyawa aku, sebahagian dari kehidupan aku, sebahagian dari keperluan dan anugerah kau untuk aku.. 


p/s : Allah aku titipkan mereka dalam jagaan Mu.. hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk hambaMu dan untuk Kami.. Allah, aku sayang mereka semua :D


Labels: , , , ,


amni balqis



amni balqis...


rindu dia walaupun baru sehari berpisah... 




'along, janganlah pegi'

'kejap ja.. nanti along balik rumah pulak. bawa bear untuk adik' *nak nangis tapi cover

'along... dukung amni'

'huhu.. beratnya adikkkk'

'amni dah besar.. sebab tu berat'

'duk rumah jangan nakal-nakal tau..jaga mama'

'ok along..'

'kiss sikit'



hehe.. kucupan dia singgah di pipi aku.. 



dalam perjalanan pulang, aku memerhati gambar ini.. 

gambar kami berdua.. yaaa.. aku sayang gila dekat dia... 






amni balqis sayang... :')

Labels: , ,


* eidul fitri 13




Assalamualaikum semua..


Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :) andai ada terumpat, terambil apa-apa, terbuat ssuatu yang menyakitkan hati, dan bermacam ter lagi lah.. so saya disini susun 10 jari tangan sahaja mohon kemaafan dari semua yang mengenali diri ini.. kepada sahabat-sahabat seperjuangan di cfs, b, nurin, shiqin, nik, asma n ainur hope korang maafkan aku yang terlebih manja semenjak dua menjak ni kan.. maklumlah.. orang baru lepas kehilangan tempat mengadu kasih.. huhu


so, facebook, instagram, wechat, whatsapp, twitter, memang dah penuh la dengan gambar berhari raya sakan ni kan.. sampai bz line henset teman... orang lain semua bising henset asyik bunyi je.. padahal, korang punya tweet la, moments la, status fb la.. grrrr

tapi tak apa kerana sharing is caring n caring is loving.. :)

pepagi hari dah bangun awal sebab nak kna merapikan diri, adik-adik tersayang.. so lepas semua dah wangi-wangi mulalah acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.. abah, mama.. lpas tu masa untuk membelit kepala dengan shawl pink.. haha.. menggedik pulak raya nak pakai shawl.. hmm..

sampa rumah mak and ayah, gambar 1 family.. aku suka gambar-gambar ni.. lupa pulak nak suruh amik guna henset aku jugak.. kalau tak, bolehlah aku instagram.. haha.. penuhkan gambar aku disitu.. :') lepas tu ayah bangun dari kerusinya dan mengeluarkan not-not warna hijau gitu.. makin rambang la mata aku niiii.. hehe.. so ayah panggil..

'along mana along ?'

'sini haaa..' *malu-malu gila la aku nii

'nah, ayah bagi zakat'

'jazak Allahu qhoiran kasiro' *sambil tersipu-sipu.. huhu..kan si

lpas tu giliran mak cik-mak cik pulak diserang untuk mandapatkan duit raya.. yeahhh.. ingat tak dapat dah bila dah besar.. tapi Alhamdulillah la kan.. rezeki.. haha..

so makan-makan yang banyak.. sampai kenyang.. sampai puas.. kmudian mulalah sesi syok sendiri.. ambil gambar dkat pokok la.. apa la... memalukan dengan mamat depan rumah tu haa.. :D nanti dia cari insta aku plak.. huhu..

menu utama dekat rumah ialah nasi daging.. so, kami balik rumah dan masak dan makngah sebagai masterchef di dapur dan aku sebagai bibik indon tu ha.. tapi tak apa la kan.. birthday girl dilayan begini rupa.. huhu.. and then acik, atam, aunty, uda, anjang semua datang rumah. so, riuh sekampung ni.. .. yang acik tak habis-habis nak sakat aku.. and frst time dalam hidup aku, aku tak malu dengan anjang aku.. dia suap kek batik dekat aku.. awalnya aku tak mau.. malu siakkk.. tapi bila acik suruh jugak, aku nganga and makan je kek batik tu.. hehe..

lepas slsai makan, kami beratur untuk dapat duit raya lagi.. hehe.. and aku rasa aku banyak sekali.. hadiah bifday lagi,, hadiah sebagai cucu sulung lagi.. hehe.. :) so conclusionnya, aku kaya kalau balik belah abah.. :) lepas tu, cik ana datang and geng2 mak saudara aku makan kat rumah jugak.. itu yang memenatkan sikit tu.

tapi tak apa.. demi silaturrahim yang ingin aku wujudkan di hari raya, so aku buat tak ksah ja.. ok...

then tadi baru balik dari rumah pak long yang nak sangat buat bbq kambing dengan ayam tu ha... so kami semua yang pulang ke kampung, kena lah pegi bila orang dah panggil kan.. macam tak manis plak kalau xpegi.. huhu.. so, aku makan gila babeng la... berapa cucuk dah aku makan tapi still xknyang2.. huhu




mamat ni la yang bawa kerta bagai nak jatuh and luruh jantung, limpa, and so oon... huhu.. geram akuuuu..!! so, kami gerak balik rumah.. :) 

the end... 


aku tidur.. berharap keesokan harinya ada keajaiban.. :)



selamat hari raya semua ... :D


Labels: , ,


* inilah yang aku ada


Assalamualaikum.. 

Salam Ramadhan untuk muslimin dan muslimat sekalian.. kan !! comel gambar bear dekat atas tu.. as a give from me to Nik .. the bestie one.. love her so much ... budak briged from kelantan yang hampir dijerat dengan tali pertunangan.. aku doakan yang terbaik untuk mu nik.. jange tunang lagi la deh.. tunggu aku.. same-same kito nikoh atas se pelamin.. kalau boleh se bilik 435.. haha.. :P

aku hanya ada mereka di sana.. :) Nik, Nurin, Asma, B, Dayah, Syiqin, Ainur. itu sahaja nama yang aku ingat sentiasa di IIUM.. tanpa mereka aku tak dapat menghela nafas lega kerana mereka lah senyuman aku.. pengubat aku dikala gundah gulana.. dikala aku sedih mereka sedia menemani.. dikala aku tak boleh tidur dioranglah yang mengkhianati.. :) dikala aku ditimpa bermacam musibah mereka ada dibelakang aku.. mereka sentiasa ada.. tak pernah lelah.. tahan melayan kerenah aku yang kebudak-budakan even aku kuat merajuk dalam bilik.. bila tak dapat air ni, mesti tak nak senyum.. dan mereka akan cari sampai dapat.. dan mereka akan cakap, 'aku sayang mu Ya, aku sayang roommate aku, aku sayang ke mu ' dan banyak lagi.. aku terharu.. menangis dalam hati.. merintih pada Tuhan.. aku sayang mereka.. 

janganlah pisahkan aku dengan mereka... walaupun baru beberapa hari aku berjauhan dengan mereka hati aku sebak menahan esakan rindu ini terhadap mereka.. sungguh setibanya di IIUM nanti, aku ingin memeluk mereka sepuasnya.. tak nak tidur kalau boleh.. nak berkongsi cerita sampai pagi.. jangan kasi peluang orang lain dengar cerita kalian melainkan kita , 435, yang mendengarnya dahulu. 

segalanya telah kami tempuhi bersama. sepanjang sebulan usia perkenalan kami, kami dah berjanji untuk tak nak tukar roommate baru next sem. bia tukar bilik jangan ahlinya.. aku tak nak.. aku tak nak pk pon mengenai pertukaran bilik kerana yang penting bagi aku adalah isinya.. aku sayang mereka semua.. :')





InsyaAllah, uhibbuki hubban jamman sodiqoti :) 



p/s : Allah, ukhuwah yang terjalin ini adalah kerana MU, biarlah ia berakhir keranaMu jua ya Allah .. aku hambaMu yang dahagakan kasih sayang mereka.. ya.. aku sayang mereka.. 

Labels: , ,


malam perpisahan kami *Heza, Nadia, Ira, Ying*

Assalamualaikum di petang isnin yang penuh barakah ni..

Tak ada mende sangat pon nak cerita, tapi ada satu alkisah tentang kami berempat yang p ICT :P
petang tu heza mesej, tanya nak keluar tak jalan-jalan.. so aku on je.. sebab memang aku tau aku yang kena drive bawa 3 dara pingitan lagi ni.. hehe.. pukul 8 dah kena keluar.. tapi aku lewat sikit sebab jalan jem strawberri.. ada pasar malam hari sabtu.. maklumlahhh...

mula-mula p rumah amoi ying dulu.. lepas tu baru p rumah heza n then rumah ira.. decide nak p mana n just drive.. mula-mula p town dulu, lepas tu membosankan n then p pulak kat gerbang malam..

sambil aku mencari-cari hadiah untuk bonda tersayang.. jalan-jalan di sebalik manusia yang berduyun kat situ, akhirnya dalam setengah jam kami dah jumpa barang yang dicari and then terus ke kereta.. aku bawa diorang p makan bihun sup mak endah.. sedap baq hangg.. :-*

haa, lepas tu amoi nak tengok pameran kereta yang pasang alat muzik a.k.a. radio kuat giler dalam kereta tu haa.. p la tengok sat.. lagipon amoi ni bukan selalu keluar pon..

macam-macam kereta ada situ.. kancil, viva, myvi.. depa make over kreta n pasang alat muzik tu lepas tu buat bising tengah jalan raya.. hehe.. sebenaqnya, depa dah ada kebenaran.. cuma kereta macam tu tak boleh bawa p jalan ja.. mau pekak sape yang duduk kat belakang tu ha.. lagi pon seat belakang tak ada.. diorang dah buka tinggal seat depan yang 2 tu je ada.. ok??

lepas makan jalan-jalan kat ict.. amoi pon nak p sini jugak... punya lama nak cari parking.. memang memenatkan.. nasib kereta auto.. hahaha. choiii..

lepas parking terus p masuk kat kawasan dia n mula lah nak berposing bagai..



disebabkan tak ada orang yang sudi nak amik gambaq kami berempat, kami terpaksa menggunakan kamera depan tab ni.. so kami tetap dapat bergambar 4 orang.. hehe.. 


kami satu Malaysia..


suruh sorang perempuan tu tolong amik gambaq.. :P peaceee








p/s : aku tak kisah berkawan dengan sape pon.. itu dah takdir aku untuk berkawan dan berteman.. Allah yang pertemukan aku dengan mereka dan perpisahan kami ini juga kerana Allah.. biarlah sahabatku kurang menitik beratkan soal agama.. asalkan mereka belajar sedikit demi sedikit dan amalkannya.. mereka tak malu dan tak segan.. aku juga macam tu kerana pasti ada sebab Allah temukan aku dengan mereka :)

Labels: , , , , , ,


+ Pada suatu cinta dahulu

Assalamualaikum wbt.. apa khabar anda semua? hehe harap-harap sihat sejahtera lah.. alhamdulillah aku pon sihat jugak walaupon cuaca macam-macam kan sekarang ni.. hmm. hari ni mungkin buat kedua kalinya aku update blog aku.. dengan pengisytiharaan yang aku bercuti selama 2 hari, aku bebas la untuk beberapa hari ni sat kan.. :)

so, bulan februari akan tiba di penhujungnya esok dan akan masuk bulan march lusa.. jadi bulan march adalah bulan yang aku paling tunggu dan paling mendebarkan.. kerana bulan march akan keluar result spm aku dan aku sangat berharap ia keputusan yang sangat cemerlang :) . oh ya, bulan march aku akan ke Terengganu la kan, so kena tempah cuti awal-awal sebelum jadual keluar takut kena SD nanti kan.. bos aku memang suka sangat bab-bab SD pekerja dia ni.. haha.. :P JK

haa, niezam zaidi.. macam nama kawan aku plak, Shahrul Nizam.. tapi niezam zaidi lagi hensem dan cool giler lah.. aku suka la tengok dia berlakon.. dan movie pada suatu cinta dahulu akan wajib aku tonton.. yeahh.. so, just wait and see ok.. hehe..

tak ada benda sangat sebenarnya nak cerita kat sini.. tapi tu lah aku nak bercerita jugak walaupun agak merapu kat sini sampai orang akan bosan untuk membaca blog aku ni.. *konon.. so, sekarang aku amat merindui sahabat-sahabatku.. Husna, Piqah M, Syahirah, Sya izz, Piqah Q, and semua lah yang pernah segila-gila dengan aku di UBK dulu... dan warga PLKN apa khabar kat sana la kan?? bila nak balik..? huhu.. bila on whatsapp just boleh tengok gambar dia yang tak penah bertukar sejak 2 bulan yang lalu.. Astaghfirullahhalazim.. aku cuma melihat bukan sampai buat aku lalai.. aku tak simpan gambar dia, cuma ada dalam profile picture whatsapp.. thats all..

***

Ahad yang lalu birthday Thamarai.. and aku kasi dia cartoon favourite dia and dia menjerit bagai dalam office.. hehe.. maybe excited or not expected at all..

'I love u so much'

'I love u too friend' (dalam hati).. sebab aku tak boleh nak keluarkan melalui lisan.. memang tak akan keluar.. kalau aku sayang kawan aku, as long as she/he happy, i also happy.. and i will make everything to make she'he happy during my live.. :)

'I don't expected this on my birthday'

'Please expected it.. I never got Indian friends and celebrate their birthday..'

aku berterabur kalau bab speaking ni.. kadang-kadang bantai jugak la kan.. hehe..

aku dah belajar bahasa cina.. bahasa cina bahasa yang bagus.. aku mungkin agak keliru untuk no 7 and no 9.. LOKHAU n PAKHAU.. jangan baca gaya melayu.. tapi gaya cina.. confirm jadi.. hehe.. tak lama dah ni dapat balak cina.. :P gurau ja.. aku malas wei nak bercintan cintun bagai ni.. menggerunkan dan menyeksakan... aku tak nak dah.. aku malas nak jaga perasaan sesiapa lagi dah.. diri aku sendiri pon tak terjaga apatah lagi nak jaga diri orang..

'orang tak nak couple, sebab orang malas nak jaga hati manusia yang orang couple tu'

'takpe, orang jaga kamu'

heekkk... mak ayah aku boleh jaga aku la ngokk!!

'taknak la.. tak minat and dah kosong untuk isi lelaki dalam jiwa ni haa'

'alaa.. please la.. kali ni je'

'tak nakk...'

'tukar la no maxis boleh mesej kerap sikit'

ni yang aku paling pantang bila orang mengarah-arah aku dan benda tu aku tak suka buat.. so, finally 

'tak minat no maxis and tak minat couple.. nak cinta p cari orang yang nak bercinta bagai ni'

oke. sekarang aku dah jauh dari semua gangguan tersebut :)

***

aku baru kenal moto 125z.. waktu tu Ji yang cakap moto dia 125z. and aku punya la search nak cari macam mana rupa dia.. katanya ada clutch kat tangan.. ingat tiupu tapi betul sebenarnya.. hehe.. aku minta dia beli moto kat aku tapi kami share la bayar kan..

'Nadya minat moto apa?'

'125 @ nouvo.. so boleh la tolong belikan.'

'tak dak duit la.. huhu.. moto ni pon tak larat nak bayar nikan nak beli moto baru'

'ala, kita share la duit bayar bulan-bulan.. sorang separuh'

'nadya ada ka duit?'

'ada la.. gaji kerja ni..boleh laa.. pleasee'

'oke.. nanti kita pi kedai nah'

hahaha.. entah ye ke tidak dia nak beli tu.. aku tak mengharap pon sebab aku hanya melawakk :P. tapi kalau dapat Alhamdulillah :) ..

p/s  : InsyaAllah JPJ tak lama dah.. 
                   : Ya Allah, semoga Kau anugerahkan kepadaku keputusan SPM yang cemerlang.. 
     : UK / NZ / EGYPT.. please wait.. I'm coming to visit you.. :) InsyaAllah


Labels: , , , ,


* Confession o,O


Heyy all bloggers.. I'm here right now to share something precious.. o.O . Apa cerita dengan kisah bola sepak semalam.. alahai, twitter semalam penuh dengan pengulas bola sepak.. haha.. kalah Hj hasbullah awang.. macam-macam ditweetkan... but seriously, disebabkan ketiadaan WZH, bhgian serangan tu lambat panas n bhgian dye yg kosong tu jadi tenggelam.. oh, i hope he will get better soon yeah.. huhu.. and because of that also, Mahali tak dapat nak buat overlaping dengan sebaiknya. oh noo.. kalau tak dapat 19-0 dah. haha.. over excitedd..

oit... malam tadi sedih sakan laa.. buat salah kat misya sebab mentioned nama dia bila tengah komen dengan someone tu kt fb.. btw, aku dah delete semuanya dan gambar misya pon dah tak ada lagi.. hope she will forgive me truthly.. :) semalam jugak, Ji tak nak balas mesej aku. amboi-amboi dah ada awek baru kot.. sampai aku tak mau dilayan.. dulu cenggitu jugak laa.. sekarang nak ulang balik perangai lama ye.. bila aku tanya ada masalah ke tak dak, cakap tak dak, and that's confession make me so strange.. oh man.. i can still make a count with you.. huahua.. try speaking English currently sebab tak lama dah nak jumpa penemuduga, nak temuduga biasiswa @ IPTA.. so, start from now lah biar berterabur pon.. practice make perfect.. :D

to Zafar, sory sebab tak sempat nak sambut bifday awak pada 15 Disember tu.. sy dah nak pindah la u. huhu.. but don't worry, i will serve something special for u.. juz wait oke.. InsyaAllah k.. kalau umur panjang, sy kasi kat awak ataupon pos je.. benda mudah lonie.. :P tapi tak boleh lah awak halang saya daripada duduk sini.. where ?? tak da rumah saya di sini.. rumah ni pon dah ada orang booking nak duduk next year, n my father kena duduk blok bujang.. okey, dia jadi bujang untuk beberapa ketika.. haha...

Siapa suka makan durian crepe ? ohh.. so delicious.. nanti nak try buat la wei.. bagai warna boleh.. malsa dan rajin ja semua ni wei.. aku rajin sekarang bab-bab kek n bagai ni. tapi kalau bab-bab masak lauk ni aku kureng... o.O hehe.. tu lah, mau makan nasi bungkus bakal suami aku esok-esok. haha.. tak pon makan je durian crepe tiap-tiap hari.. naaahh.. sendawa pon bau durian je.. masyukkk.. :D


p/s : * Ji.. Don't be like that.. text me kalau free k.. 
* zafar.. Sorry again.. next year can meet again :) 

Labels: , ,


+ 15 Ogos 2012
helo-helo-helo.. hari ini hari terakhir persekolahan before cuti raya.. yeaayyy.. dah nak raya.. hampir sebulan berpuasa dan akhirnya, tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya.. hehe.. sangat hapy kan.. tapi masih lagi mencari 'itu' :) . hari ni datang sekolah begitu semangat, semangat macam 2-3 hari yang lalu.. hehe.. ada la kisah lucu.. mamat tu buat lucu depan kelas dia.. dengan kawan-kawan dia.. haha.. tapi tetap comel macam dulu :) .. sayang, hanya dia seorang kita berpisah. :P .. weekk..

pagi-pagi dah kena pegi perhimpunan.. jalan dengan mc sara n kembar.. yeahh.. happening je dengan diowg.. like tak da apa-apa masalah.. duduk depan sekali tu.. haa, mata nie tak lepas-lepas tengok pemandangan indah kat depan sana.. huhu.. tetap sama, tiada yang berubah.. oke, then ada dengar sorang budak pompuan cakap, 'dia buat dah.'... lepas tu, tengok la kat belakang, ooooo.. rupa-rupanya dia buat perangai lagi.. 'sakit' nya kembali..

lepas naik kelas, duduk cakap-cakap dengan kembar n anis, erk.. bebudak kelas sebelah lalu, bawa AlQuran.. waahh... berjurus kot.. nak p ngaji la tu.. huhu.. teacher masuk kelas, n sesi bagi duit raya, hehe.. pada awalnya malu, tapi bangun pegi amik jugak.. sape tak nak dapat duit raya kan.. dengar je duit, yang sakit pon jadi sihat.. huhu..

saling bermaafan dengan teacher, sambil membulatkan satu tekad dalam hati nak ulangkaji sungguh-sungguh raya nie.. apa-apa pon target kali ni kena capai jugak.. lepas teacher keluar, p la jumpa cikgu-cikgu nak raya.. jumpa cg rosmawati, yeaahhh.. dapat soalan akaun... nak study betol-betol.. tak nak kecewakan cikgu lagi.. :)

lepas tu g lepak kat meja ustazah jap.. haa.. membodek sakan la.. nak duit raya segala bagai.. hehe.. ustazah ketawa je.. menantu dia pon ada kat situ jugak. haa.. berpelukan lah kami semua di situ.. jumpa tc bi, ustazah si, n ustazah qs.. yeayy.. ustazah cakap, baca nadia ehhh.. jangan dk cbuk duit raya dengan mercun jah... amboii.. hehe.. saya tak maen mercun kot. *konon

jalan-jalan kat luar tu, jumpa plak dengan cg khairul.. yeayy.. dapat jemputan dari dia.. dia ajak p rumah dia nanti.. tapi tak tau tempat tu kat mana la... but nvm, aku akan cuba datang.. nak makan soto..haha.. tapi aku dah ada date dengan dia untuk tajuk Motion nanti haa.. :D.. jeles ke ?? wekk..

haa... tak lama kemudian anis ajak p surau laa.. sebelum tu beraya dengan kekawan kita.. muah kiri, kanan n kiri semula.. yeay.. maaf zahir n batin jika ada.. huhu.. seusai itu, nak pegi la surau, dengar la suara dari kelas sebelah tu haa.. dia wish selamat hari raya.. suara tak dikenali.. aaiik.. tapi rasa terharu.. hehe.. *gedik.

sampai kat surau tu, jumpa hani n mira.. then lepak jap sebelum p sick bay.. lepas tu, salam-salam.. muah kiri kanan kiri jugak.. p sick bay tu kan, duduk rehat 5minit jap.. kemudian umi suruh p letak buku rekod kat pejabat.. p la sana.. lepas p sana kan, turun bawah jumpa cg mahani... huhu.. cg mahani pon jemput p rumah jugak.. yeayy.. 2 jemputan dapat ni.. eh3.. 3 la.. ustazah sorang lagi.. tak rugi kan baik dengan cg.. :)

cg rosmini, cg zakiah, tc azhana, cg sumaiyah, cg khatijah, sempat juga bersalam dengan mereka.. yeaahh.. cg zakiah yang paling sweet.. pelukan dia begitu terasa... lama sangat dalam pelukan dia.. dulu dia bagai ibu kepada aku.. dia yang pahami aku dulu... sekarang pon sama.. sebab tu kami akrab.. segala masalah kami selesaikan bersama-sama.. aku sayng dia.. :) . cg su sempat tanya, tak balik perak ke ?? cg yang satu-satunya ingat aku asal mana.. ingat lagi, time salam dengan dia sebelum masuk exam Pmr, selalu je dia kasi semangat..  hehe.. sayang cg su jugak n semua kat bilik ert tadi...

hantar anis balik kat sick bay... naik kelas, jumpa dengan nana.. yeeaay.. nana ada lagi.. takot sangat kalau dia tinggal.. tak dan nak beraya dengan dia.. hehe.. then, teman dia p jumpa cg sebab nak hantar apa ntah.. jumpa cg azimah kat bilik guru.. haa... mc na cakap aku nak duit raya.. yaakk.. malu kot.. huhu.. cg pon tarik aku ajak p turun kat bawah.. malunyeee.. tapi mahu.. haha. :P .. will miss ubk a lot..

sampai kat tangga bawah tu, jumpa pqah qilah n wani.. salam-salam semua n masuk ubk..btw hazim pon kasi duit raya jugakk.. then, cg pon hulurkan duit raya..menjadikan semuanya RM10.. hooraay.. kalah budak-budak dapat duit raya ni.. eeiii.. sayang cg taw... :) .. lepas tu bergosip jap.. aisy.. ada budak fom5 dalam perhatian... mintak jauhla dari aku..

naik kelas semula n then balik jee... sayang mc na.. *thank you sebab teman saya sepanjang hari ni.. happy sesangat dengan awak sampai sekarang.. :)

ohh.. lupa nak kasi tau, semalam mamat tu masuk kelas 5Q.. haaa.. terkejut gila kot... pagi tadi ada dapat kad raya.. hehe.. tulisan sengetbenget.. krek betol la.. but still nice... *speaking kot.

oke lahh.. nak berhenti dulu.. nanti kita berceloteh lagi yaa... daaa...

* happy eid Mubarak frens. :) nnti kite koling awak-awak dua k. 

Labels: , , , , ,


: alangkah indahnya ..

alangkah indah punya sahabat yang begitu.. walau apa pun, ak tetap bersyukur dengan segala yang dikurniakan.. :). 

Ya Allah, ak mohon agar dikuniakan sahabat yang sebegini, dan mohon agar ak dan sahabatku bersama selamanya hingga ke syurgamu..  sampai ke titik noktahnye.. :)


nytezzzzz 

Labels: , , , ,


:: i need uuuuu





I WANNA BURN ALL THE PAIN ! :). 

LOVE U FRIENDSSS.. 



Thanks for being in my life n cheer me up.. :)

Labels: , , , ,


:: never give up on anybody

ini adalah hidup ku.. 
sudah ditentukan hidup ini oleh Dia Yang Maha Kuasa.. 
Tak ada siapa dapat mengubahnya kerana ia adalah suratan takdir.. 
sekali kita melangkah pastikan ia adalah yang benar.. 
kerana jika tidak kita yang akan mengalami kerugian.. 
dan kerugian itu tidak memberi apa erti kepada kita.. 

aku harus jadi kuat untuk menghadapi semuanya.. 
tak kan ada yang dapat menghalang aku sekiranya itu yang aku mahu.. 
tiada lagi yang dapat menghalang jalan aku kerana aku akan tetap mengatasinya.. 
Yaa.. itulah aku sekarang.. 
akan sentiasa mencuba jadi yang terbaik..

***

hee... amacam kata-kata ak, adakah boleh diterima pakai ? oke.. juz forget about it oke.. pagi tadi ada kelas tambahan prinsip akaun.. macam biasa setiap hujung minggu pasti akan ada kelas dan ia bergantung pada cikgu sama ada nak buat sentiasa atau tak lah kan :) 

sampai dah agak lewat kowt... seusai melangkah masuk ke pagar Smkani, Zuka melaung namaku dengan begitu kuat.. oke, sungguh terharu.. hehe.. menyebut-nyebut kalimah Gla... buat aku terkedu.. oke, dia pinjam Gla aku, n tak taw bila mahu dipulangkan.. tak apa.. tolong kawan... siapkan setakat mana yang mampu k

cg hantar mesej kat husna, cakap cikgu lambat sikit.. kalau boleh ak tak nak lepaskan walau satu minit dengan buat benda tak da faedah langsung.. jadi make decision too finish addmath works.. tengok, baru buat beberapa soalan dah tak boleh jawab.. masih lagi tak manguasai sepenuhnya.. masih harus tingkatkan usaha.. 

***

cikgu datang dan ajar pelarasan.. membantu cikgu yang mana tersekat.. alhamdulillah.. berjaya.. perlu diimbangkan untuk jadi sempurna.. so, practice make perfect.. always do practice to make our works perfect..dah lama tu, masa rehat.. mula-mula g bilik guru dulu, opss.. cikgu tengah makan.. ganggu kejap je, then decide nak p beli air.. dahaga gila kowt.. air masak yang bergelen-gelen bawa tak minum pon.. mak aihh.. hehe.. banyak tu bawa p sekolah, banyak tu jgax bawa balik rumah.. adoyaii... :)

masa balik bersuka ria.. menunggu si cenai nak bawa keluar moto dia.. tapi dia malu.. berhajat nak tolong keluarkan sampai kat pagar sekolah.. tapi abah dah datang.. k, tak nampak kelibat kereta kesayngan dia.. nampak kereta ZU.. oke.. that's not my car.. but mybe orang atasan dia punya kowt... oke lah.. since orang dah azan, marilah kita menunaikan solat.. :).. continue when free.. 

Be THANKFUL to Allah everyday and always say ALHAMDULILLAH.

Labels: , ,


:: pleasure

hey boy.. alahaii.. hanya kerana mamat ni sorang rela aku nak update blog ni.. aisemen.. kerana kau tau takk.. 

sekarang da pukul 1110 malam.. oke.. waktu yang agak asing bagi aku yang dapat on9 time-time macam ni.. selalunya time ni dk mengadap buku.. acane nak berjaya ni.. ce citer tengok.. yang penting dalaman je.. hehe..eh-eh, esko ada kelas tambahan tau pukul 830.. haa, nak markah A+++ tak untuk P.A, so, kena buat betol-betol.. kalau x, fail kang.. 

saje rileks tadi, teringat plak pasal 'hujan' yang semakin hari semakin kerap mengalir keluar.. apakah faktor nya.. hurm.. bilalah nak jadi gadis yang kuat dan tabah dalam menghadapi sesuatu.. tak pernah langsung rfasa diri ni kuat, bila hadapi cabaran mesti nak 'hujan' sampai kadang-kadang ada ribut sekali.. bila ak nak matang dalam menghadapi duniawi yang semakin mengukur tahap kedewasaan manusia.. 

since Oti 1 akan menjelma tak lama lagi, ak harus mempertahankan kedudukan ak dalam kelas n tingkatan sekaligus melonjak ke tangga yang teratas.. nak mengejar senang nak mempertahankan memang susah.. perlu usaha yang gigih dalam semua aspek.. Alhamdulillah, orang-orang di sekeliling banyak membantu tatkala susah dan senang.. dan orang yang jauh nun di sana jgak banyak membantu.. hehe.. thanks.. memang tak mampu di balas dengan kata-kata.. hanya Dia yang dapat balas jasa baik kalian.. :)

kawan.. semua diukur dari setiap segi.. bukan senang jumpa kawan yang sentiasa memahami dan sentiasa menjaga.. Alhamdulillah, ak dapat kawan yang sebegitu.. mungkin kerana ak perlukan bimbingan khas untuk mengembalikan semula diri aku di jalan yang asal.. untuk mengejar duniawi dan ukhrawi... tapi bagi ak sekarang ukhrawi adalah segala-galanya bagi ak.. ak hendak meninggalkan semuanya, tapi adakah akan ada orang yang terasa sakit akibat perbuatan aku ? ak tak nak itu semua terjadi kerana ak begitu menghargai mereka.. mereka lah punca kekuatan ak dan penyebab ak berdiri di atas kaki aku sendiri.. 

semoga Allah sentiasa bersama kita untuk memberkati semua perkara yang kita lakukan... salam syahdu. :)

> terasa sayu tatkala mengingati Kamu.. :)  hanya Dia yang tahu isi hati ini.. Ya Allah, Illahi 

Labels: , ,


:: thanks

Assalamualaikum to all muslims n selamat petang to non-muslim.. lama sangat dah tak menghupdate blog ini.. tak tau nak story apa lah.. takut melalut kang orang cemuih plax baca kan.. so, kiv la dulu pasalm update blog and fokus ke study first.. banyak betol nak kena tackle balik.. macam-macam laa yang jadi pada zaman peperiksaan ni.. itu tak kena, ini tak kena.. hurm, seriously, now bulan 4, tapi dah terasa bahang Spm n terasa betapa tertekannya nak jawab exam.. mention je Spm, bedebar and terus pk kat masa depan, menangiskah atau tersenyumkah aku bila berhadapan dengan keputusan.. dari situ, aku mula mengorak langkah untuk berjaya.. bukan untuk sesiapa tapi untuk diriku jugak..

oke.. dah-dah cerita pasal exam untuk seketika.. 

haaa.. walaupun dah lama, tapi harap masih tak terlambat lagi lah nak wish Happy belated birthday to my friend, Aqilah Alias.. hoho.. dah besar, dah tua n dah cukup umo nak g amex lesen tuu.. huhu.. wish u the best for any exam you take especially in Spm 2012.. :)

thanks to sweety, Husna Madiha sebab bawa the delicious 'kek batik', walaupun tak specific untuk ak, cewaahh.. hehe.. sedaaapp.. korang rasa sure nak ag.. sungguh.. n thanks kat fahmi jgak sebab mapuh ak banyak.. sungguh mendalam kata-kata mu.. haha.. it's oke.. tak dimasukkan ke hati sebab itu hanya senda gurau kita sebagai sahabat n harap ia tak dilupakan.. :)  


Ya Allah aku serahkan diriku padaMU, Cukuplah hanya Engkau yang memeliharaku.....

Labels: , , ,



Older Post