Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
tetibe

biar airmata tu boleh jadi laluan sungai
untuk kita sampai ke syurga Allah
biar airmata tu bawa bahagia

menangeslah
merintihlah
pada Dia

aku dah cuba
untuk menjadi yang terbaik
di mata kau, di hati kau

tapi sayang
kau tak pernah nampak
apatah lagi menghargai

siapa sebenarnya aku ?

aku sedih
aku senyum

aku menangis
aku senyum

aku sakit hati
aku senyum

aku nak tunjuk kat kau
yang aku kuat

tapi tak
hakikatnya aku lemah.
sangat-sangat

*wipe tears , seka air mata dan senyum kembali :)

" ingat , nak ambil hati orang tu bukan mudah "

sebab bukan mudah lah
aku cuba jaga hati yang satu tu
walau hati aku tiada siapa yang peduli

tiada

* bangun mandi sekarang . sebelum kehabisan air

p/s : Head up and wipe your tears , Allah want to grant you with something better :)

Labels: , ,


* ayahnda dan bonda , rindu :(

Assalamualaikum,

2 Disember dan alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah yang serba indah ini :)
ada orang cakap, kalau kita merindui seseorang kita ungkapkan melalui doa.
melalui doa Allah sampaikan kepada orang yang dirindui tu.
dan sekarang aku amat merindui mama dan abah .

walaupun abah berada disekitar kl ni ja, tapi tetap tak sama macam dekat rumah dulu.
yang selalu ada
yang selalu teman
yang selalu mengajar apa masalah yang aku hadapi ketika belajar

tapi mama nun jauh disana, hanya dekat melalui mesej dan panggilan telefon
mendengar suara tak seperti selalu
tak dapat mendengar suara yang sering memarahi,
sering berleter, hehe
tiada kedengaran lagi
Allah, betapa indahnya kehidupan bersama kedua ayahnda dan bonda tercinta..

hari ini mungkin sekali lagi tak dapat keluar bersama keluarga
mungkin esok jika diberi keizinan olehNya,
sebab esok ada exam english, so nak buat sedikit preparation,
siap ada dua essay lagi nak kena hantar. hmm. ni yang lemah sikit lah. huhu

**

pada suatu hari ada cakap dekat mama,

'mama, kalau mama bagi boleh ke along nak kawin awal?' haha

'dah ada calon ke ?'

'calon tak ada, mam cari la, baru berkat sikit, takut nanti along cari mama tak berkenan, susah pulak'

mama,
sering memahami perasaan anak dia.
acapkali dah aku bersembang dengan dia perihal kahwin, perihal tanggungjawab isteri , ibu , dan anak
sungguh, apabila aku melihat mama,
aku sering berkata pada diri
aku tak mungkin mampu untuk menjadi sehebat mama menjaga abah,
cukup lengkap dan terkadang aku mencemburui kekuatan yang dia ada.

sekarang aku perlu berdiri diatas kaki aku sendiri untuk mencapai kejayaan
untuk mencapai apa yang aku nak
dan yang paling penting untuk membahagiakan kedua ayahnda dan bonda aku
aku perlukan mereka
mereka adalah segalanya pada aku
tanpa mereka siapalah aku
aku ingin membuktikan bahawa aku mampu menjadi hasil yang baik hanya dari didikan mereka

:)

Allah,
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu
dialah permata yang dicari
selama ini yang ku temui
tapi ku tak pasti
rencana Illahi
apakah dia yang ku miliki

p/s : Wahai kematian . Meski aku lari daripadamu hingga hujung Dunia . Kau masih dapat ketemui aku . Dan aku pasti ketemui kau . Satu hari nanti .

Labels: , ,


* pergilah


I'm sorry but i love you
I'm sorry is i miss you
Even if i can't have you
You know i'll always be there for you
I'm sorry but i love you

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam ataupun bisu 

:)

Aku dah lelah,
Aku dah penat, 
Nak menahan rindu dan sayang aku,
Untuk menahan setiap bait kata yang engkau lepaskan dalam fb 

:)

Aku hanya mampu tersenyum, 
Aku hanya mampu membalas :) kepada mereka yang bertanya tentang kau
Aku hanya mampu diam
Bila mereka mempersoalkan tentang apa yang kau coretkan di fb.

Aku sendiri tak tahu nak jawab apa,
Kabur, kelu, kaku,

For your information, 
I will waiting for you,
Walaupun perasaan kau pada aku sudah tiada, 
Kalau tak, tak ada guna aku mengharap selama ni, 
Kalau tak, tak ada guna aku malukan diri aku hantar mesej dekat kau,
suruh kau kol aku, 
suruh kau balas mesej aku, 
Buat apa aku malukan diri aku,
Kalau aku hanya pura-pura.

Mungkin bagi kau aku berpura-pura,

Ya betul, 
sangkaan orang kita tak boleh ubah
langsung tak boleh ubah

tapi
aku hanya lakukan apa yang aku mampu lakukan
sampai satu ketika, 
kalau aku dah tak mampu,
itu ertinya, aku dah hilang kekuatan diri aku untuk mencari kau ..

aku berhenti mesej kau, 
sebab bagi kau mesej aku tak penting,
aku mulai sedar, dan semakin sedar, 
diri aku semakin dihapuskan,
diri aku semakin hilang . 

aku akan terus menunggu sampailah kata putus diberi, 
aku akan terus mengharap sampailah Allah memberikan jawapan yang sebenar pada aku, 
aku akan terus mencari kau sampailah kau dimiliki

aku nak kau tahu satu benda, 
Selagi perasaan ini tertulis untuk kau selama itu juga hati ini untuk kau  
Melainkan satu masa nanti pintu hati kita berubah atas pinta-Nya.

aku tunggu kau,
aku tunggu kau,
walaupun bermacam ayat bermadah yang kau tujukan untuk aku,
walaupun mesej aku tak penting lagi untuk kau,
walaupun kau benci aku,
walaupun aku dah tak ada lagi dekat hati kau,

aku tetap tunggu kau.

aku harap kau faham.

aku tak halang kau untuk bersama sape pon yang kau nak,
tu hak kau, pergilahh.
tapi aku dah berjanji dengan diri aku dengan hati aku,
yang aku tetap menunggu menanti kau.
macam tumbuhan menunggu dirinya disiram air,
kalau tak dapat ia akan layu dan kering,

kau mungkin tak percaya,
dan aku tak pernah paksa kau percaya,
aku tahu kau dah cukup gembira dengan kehidupan kau sekarang tanpa aku,
kerana mungkin kau sudah bisa melupakan aku dan menghilangkan aku dari hati kau
tapi aku tidak.

cukup sekali aku melakukan kesalahan dengan meninggalkan kau,
dan aku takkan melakukannya lagi,
walaupun aku tidak diterima lagi oleh kau.

:)

Kadang-kadang kita tak pernah faham apa yg Allah cuba aturkan utk kita. Tak pernah tahu apa yg Allah sediakan utk kita di masa hadapan.

apa saja keputusan kau , akan aku hormati,
moga bahagia kasih, 
moga bahagia cinta, 
moga bahagia sayang, 

*jujurlah sayang , aku tak mengapa 
  biar semua jelas tak berbeda
  jika nanti , aku yang harus pergi
  ku terima , walau hatiku pedih 
  asal kau bahagia 


:)

moganya dirimu sentiasa dibawah lindunganNya,

p/s : Dear Allah, I know I'm not perfect, but thank you for loving me and making me a Muslim

Labels: , , , ,


* L.O.V.Es


one day 
i was think, 
why I was born in this world ?
why I have been here for almost eighteen years ?

one day
I want to be a great woman,
I want to be a great people, 
Biiznillah InsyaAllah , 

Aku suka tukar-tukar kawan?

maaf. aku bukan menukar. 
aku cuma memilih siapa yang sudi melayan aku bukan yang jenis kejap lupa kejap datang
kau sape nak mengata aku macam tu ?
kau boleh baca isi hati aku ke ?
kau datang, kau pergi macam tu je,
kau ingat aku apa ? persinggahan dari Gurun ke KL ke sista ?
banyak la hangg.

Itulah manusia,
Sejuta kebaikan yang kita lakukan tak mampu ditembusi dengan satu kesalahan.
Betul kan ?
kau bajed semua yang kau nak kawan tu mesti perfect,
apa hal wei ?
semua orang tak perfect wei,
sebab tu kita ada jatuh bangun hidup kita sendiri ,
sebab tu kita kena buat sejarah dalam hidup kita, bukan buat cerita .
Paham ke tak ?

Hmm, stress aku mengadap manusia macam ni .

Moganya, Allah memberikan kepuasan hati yang amat tinggi bila kau dah boleh cakap demikian :)
Congrats to you, you know what ? I really love your story .

With the name of Allah, please stop create story about me. Stop it ! I never rely my life on you .
Never and never. Just stop right now .
Such a coward person who likes to talk behind and not face to face .
Why ?

Because afraid.
I'm not afraid, because I have Him, Him always being beside me.

Kau kena ingat satu hal
Doa orang yang teraniaya ni makbul tau tak. Hmm, cukup-cukup la okey.. dah laa. :)

***

Satu lagi cerita,

Kadang-kadang kita tak pernah faham
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.

Mungkin aku perlu menerima hakikat sekarang
Mungkin aku perlu mencari ilmu Akhirat dan Dunia dulu


Sebab lelaki yang hadir sementara itu belum tentu jodoh kita
Ia boleh datang dan pergi
Ia boleh ada dan tak ada

Tapi abah ?
Dia bagi keperluan kita
Dia jaga kita sebaiknya
Dia kol aku sentiasa
Dia ada dikala aku susah atau senang
Dia bersama aku tatkala aku kesedihan dengan duniawi
Bolehkah dia menjadi seperti abah aku ? 
Takkan aku jumpa lelaki yang boleh menandingi abah aku. 

:')

Hmm, kini aku faham.

Betullah cakap-cakap ustazah Fatimah Syarha, 
Kita kenal dia 20 tahun sekalipun, 
Yang kita kenal adalah lakonannya, 
Buang masa je kalau kita kita nak kenal dulu sebelum nikah
Kita hanya akan kenal seorang pacar bukan suami
Sebab masa berkasih yang kita cari hanyalah keindahan , keseronokan
Masa berkahwin baru kita kenal kelemahan dia. Indahnya cinta selepas nikah

Prof Muhaya ada cakap,
Bila kenal seorang lelaki
Dalam tempoh sebulan, dia tak mention pasal nak kahwin atau jumpa mak ayah,
Please STOP the relationship.
Rugi duit beli topup nak mesej and bil telefon semua
Baik guna duit tu untuk makan dekat Uia ni. haha

:D


p/s : Manusia Takkan selalu ada Untuk kita. Bersama kita Seandainya mereka hadir Itu semua kerana Allah. Dgn izinNya Yang selalu ada itu, Allah.




Labels: , , ,


+ Lawyer ?

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak update something dekat belog aku..
Dah lama rasanya tak menceritakan sesuatu dekat belog kesayangan hati..

Maaf..

Mungkin kerana busy dengan preparation untuk final exam. Yang menentukan sama ada aku naik level atau tidak untuk arabic aku and macam mana nasib english aku.. adakah masih di takuk yang sama atau akan berubah..

InsyaAllah.. We all The Latipian's dapat exit dari english and exit juga untuk Arabic.. mudah-mudahan.. yang hanya buat aku mimpi ngeri adalah untuk subjek Law yang akan exam pada 10 n 11 nanti... aku tak tahu nak jawab apa.. sesungguhnya aku sangat takut nak buka soalan tu.. rasa macam nak lari 10000 meter atau pon satu dunia.. ; kalau boleh la kan ;

and then habis exam law n society, aku terus balik rumah and cuti 2 minggu sebelum sambung untuk shot sem. aduhh.. sangat memenatkan lah der.. duk rumah bajed boleh duduk lelama.. tapi apakan daya, nama naik untuk shot sem. belajar 3 hari seminggu. berapa hari sebulan ? dan hanya 1 subjek yakni BTQ . Hafal kitab2, ayat2 al-Quran, hadis2.. insyaAllah, kami semua boleh.. :)



ada suatu ketika aku beria-ria nak tukar kos kepada kos arab. dengan segala keinginan yang aku ada.. dengan segala asas yang aku bawa dari sekolah menengah dulu. aku nak sangat tukar kepada kos arab.. Din pon ada menyeru suruh aku tukar kos, boleh belajar sesama katanyaaaa.. tapi aku tak terdetik langsung nak pegi amik borang tukar kos. and rasa tak sanggup nak hulurkan not 50 ringgit dekat finance department. hmm.. entahlaa.. aku sendiri dah rungsing sangat-sangat..

Bila aku duduk atas katil, and termenung aku selalu bayangkan diri aku dengan kot, briefcase, jalan dalam court, meeting dengan client, success dalam kes aku. aku selalu bayangkan aku jadi lawyer yang berjaya.. kalau tak jadi lawyer pon, aku jadi penasihat syariah yang sukses. Aku dapat rasakan yang Allah mengirimkan kepada aku satu tugasan untuk aku mengubah something dalam dunia perundangan kini... sedangkan kita tengok, undang-undang sekarang semuanya dah terbalik.. undang-undang Allah tidak lagi diamalkan, undang-undang manusia diperbesarkan..

Aku dapat rasa jugak, Allah mengirimkan angin dari udaraNya untuk menyuntik semangat dalam hati aku supaya aku terus berjuang untuk menegakkan Islam.. tapi mampukah aku ? mampukah aku untuk menggapainya ? aku selalu cakap dekat sahabat aku, yang aku nak sangat laksanakan undang-undang persis di zaman Rasulullah, tapi adakah aku mampu ? aku tak sanggup lagi lihat kaum aku diguna-gunakan, kaum aku dijual beli and macam-macam.. sedangkan lautan Syiah sedang berleluasa sekarang. apa gunanya kita yang belajar agama, yang mengenal apa itu Islam, kalau tak boleh buat sesuatu ? .



p/s : Doakan aku :)

Labels: , ,


* cinta, sayang, suka



Assalamualaikum.. salam malam salam bahagia dan salam satu Malaysia.. 

hari ni dah jadi hari kedua aku bebas daripada belenggu examination Laws.. so, aku sangat mengalami kejutan budaya apabila buat kali pertama dalam sejarah, aku ambil exam malam hari.. pukul 8 sampai la 9.30.. dua-dua paper satu setengah jam. so disitu agak cuak sebab jawapan dalam bentuk essay dan aku tak tahu apa yang aku karangkan dalam jawapan tu.. yang pasti hairarki court dekat Malaysia ni semua aku boleh jawab la kan.. :) *poyo di situ

pada malam exam ILH aku dan kawan-kawan seangkatanku pegi la dekat AMF Hall untuk berkumpul.. semata-mata nak ambik tempat awal ni haa.. nak duduk depan la konon kan.. and yang padan mukanya dapat duduk depan sekali.. yess.. hebat permainan dia.. dan kami ingat lelaki and perempuan asing tau.. tapi campur.. dan bila aku tengok ramai mamat-mamat law duk jalan kat depan aku cuak doe.. macam nak lari satu AMF.. entahlah.. disini aku diajar untuk kurang komunikasi dengan lelaki.. lagipon budak laki kelas aku tu dua orang aje.. Amzar and Akmal.. so macam tak ada yang boleh buat geng gitu.. :) 

so, aku duduk lah belakang Haziq.. dan dia siap suruh kami kongsi jawapan bagai.. :) so aku macam ok ok je semua tu.. then bila exam dah mula , aku jawab dengan redha dan pasrah.. study dah, ulangkaji pon dah, explanation pon dah. semua dah.. sampai bersengkang mata sangat-sangat.. memang duduk dekat U ni takkan cukup tidurnya.. sungguh .. hari cuti pon busy dengan assignment jugak.. hantar satu, satu lagi menyusul.. hurmm.. memang tak menang tangan la kan nak menaip bagai.. :D

and then, paper LawSoc pulak, memang tawakal sangat-sangat.. sebab aku memang tak paham mana untuk tajuk ni.. yang aku  buat untuk exam just hafal je.. hmm.. sedih apabila tengok orang lain jawab bermuka-muka kertas akupulak berapa muka ja.. :(

***

tutup cerita exam.. kembali cerita tentang aku.. aku mesej abah and mama.. bertanya tentang keputusan KPT.. abah cakap dalam senarai tapisan.. dan insyaAllah minggu depan abah nak kol KPT. jadi, aku berdoa pada Allah agar aku dapat ke sana.. abah tak sabar nak hantar aku ke sana.. jadi aku nak buat dia bahagia dan itulah harapan aku.. aku menaruh harapan yang tinggi di situ.. 

conclusionnya jangan main bedil :) .. 

aku sayang roommate 435..

aku sayang group 331

aku sayang hisbah S.R

aku sayang semua yang aku kenali di sini.. 

aku sayang juga kepada Pai Epal .. 

aku sayang kepada Sahabat Till Jannah :)

Allah, jagakan mereka. mereka adalah sebahagian dari nyawa aku, sebahagian dari kehidupan aku, sebahagian dari keperluan dan anugerah kau untuk aku.. 


p/s : Allah aku titipkan mereka dalam jagaan Mu.. hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk hambaMu dan untuk Kami.. Allah, aku sayang mereka semua :D


Labels: , , , ,


* Playground IIUM


Assalamualaikum semuaaaaaa...

okey.. dekat IIUM, sepanjang bulan Ramadhan..

beberapa hari Ramadhan kami menjejakkan kaki ke bazar sebelah IIUM je.. bila menjejakkan kaki dekat sana, ada sebuah taman permainan dekat sana.. hehe.. dan kami tanpa segan silu bermain di sana sebagai tanda kebebasan kami untuk seketika.. kalau tak silap aku, ni waktu hari Jumaat.. Sabtu dah cuti, so berkesempatan yang terlalu lama lah nak spent dekat luar nii..

mula-mula pergi beli makanan dan minuman segala bagai dulu.. dengan keadaan yang beresak-esak.. berhimpit-himpit dah macam sardin aku rasa dalam bazar tu, and aku decide untuk beli secepat yang boleh la.. supaya tak terlalu lama dekat dalam tu.. kalau tak, mampus aku..

'Nik nak air gapo? '

'hm, tak tahu.. ikut nadia la '

'Nik nak nasi lauk gapo ?' 

'hm, tak tahu jugok, ikut nadia la'

semua makanan dan minuman dia aku aturkan.. :D . dia tak tahu nak makan apa, so aku bawa je lah kedai yang nampak menyelerakan sikit.. :) so, mungkin haritu kami beli Lychee Kang, nasi berlauk and macam-macam lagi la.. ada B, n Asma sekali..

dah beli makan segala, kami keluar secepat yang boleh untuk ke taman and then kami dapat buaian, gelongsor dan jongkang-jongket.. kami main bagai tak ingat dunia.. sungguh.. aku ingat aku sorang je yang kempunan nak main taman, rupanya diorang juga.. so ada chemistry di situ :D



 banyak makanan aku bawa.. :P

and masa ni Asma tak boleh main sangat sebab dia p pakai jubah.. so dia banyak memerhati dan mengambil gambar sahaja..huhu.. :) tapi takpe, boleh jugak dia try naik jongkang-jongket besar belakang tu ha..




masa main gelongsor, ada ja brother duk tengok pelik.. mungkin dah besar tongkang nak main gelongsor lagi.. tapi tak salah pon.. kami sendiri tau yang kanak-kanak baya kami tak leh main sangat sini.. tapi nak hilang puas ja kot.. choii laa.. and then, diorang still tunggu dekat bangku depan tu dan tengok kami semua main.. ok.. masa tu aku kira diorang semua ada 4 orang dan kami juga 4 orang.. cukup sorang satu.. haha.. gatall yang amat sihh.. tapi aku tak mau la law sama law.. macam tak ngam gitu..

so, bila dah nak maghrib kami semua beransur pulang dan diorang pon gerak jugak.. aku rasa aneh di situ.. oke fine diorang tunggu kami dekat depan sana.. hmm.. and si mamat berbaju melayu hijau tegur aku. :

'dah habis main cik adik ?'

'dah, kenapa? sakit hati ?'

kami lintas jalan je tanpa pedulikan mereka yang sakai tu.. ergghh...



conclusion is, jangan main bedil :P



p/s : Bulan 8, aku harapkan tuah dariNya :)

Labels: , , ,


My new life at CFS of IIUM :)

Assalamualaikum wbt..

untuk kesekalian kalinya aku sempat update blog selepas hampir sebulan menelaah di cfs iium tu.. banyak sangat cerita yang hendak dikongsikan bersama tapi maklum sajalah masa amat tidak mengizinkan untuk sementara waktu tu.. :) . so, kalau nak cerita dari hari ke hari sampai malam pun aku takkan dapat habiskan cerita tentang cfs ni.. tapi aku tetap nak cerita di sini agar ia dijadikan memori untuk tatapan aku kelak :D

first day daftar berpusu-pusu orang yang nak masuk dalam situ dan parking memang tak payah cakap lah.. memang full.. sampai kena park dekat belakang FZC (Fatimah Az-Zahra college). mak n adik-adik ikut aku p daftar.. and first time dalam hidup aku waktu daftar kena p sendiri.. OMG..memang nak nangis time tu.. aku perlukan mama.. mana aku nak reti bab-bab daftar ni semua.. but aku cuba tabahkan diri aku untuk hadapi tu semua dengan tabah ok..

'awak ada penyakit apa-apa tak? lelah atau sebagainya?'
'tak ada. alhamdulillah sihat je'
'haa. ok.. nah . pegi mahallah Aisyah tingkat 4 ok?'

haha.. nak jerit terus time tu.. aku ingat dia tanya sakit tu sebab apa, rupanya nak bagi aku tingkat 4.. eeii.. sengal taw tak.. aku tak berani nak tipu, kot-kot dia cek medical check-up.. adoii.. frustrated u know.!!

n then ada sister sorang tu suruh p amik gambar untuk matric card.. kena g sorang-sorang jugak.. n my family waited at waiting area.. so, walk alone to the multi lab.. ohh.. sangat stress walaupun first day.. dah selesai amik gambar tu semua, tiba masa untuk ke mahallah aisyah yang terletak nun jauh di atas bukit sana.. jauh.. tinggi.. atas sekali bilik aku.. dan hujung sekali.. oohh.. memang satu dugaan dan cabaran..

dah naik ke bilik hanya tinggal satu tempat je yang kosong and aku tahu tu tempat aku.. ada sape-sape lagi e yang nak masuk bilik tu kan.. huhu.. susun barang atas katil n turun follow my parents.. nak nangis sangat sebab keadaan yang sempit, ramai and panas memang mencabar tahap kesabaran seseorang..










kami semua ni student law.. cuba untuk mengubah undang-undang sekarang berasaskan Islam.. aku akn cuba untuk sambung ke syariah.. insyaALLAH berkat doa ibu bapa aku aku takkan mengalah dan terus berjuang.. tetapi aku juga berdoa bahawa permohonan untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam pengajian islam dan bahasa arab akan termakbul.. Allah.. :')

insyaAllah esok dah mula pengajian aku di cfs ni untuk Law.. kawan-kawan doakan saya :)


Labels: , , , ,


aku sedang mencuba :'(


Assalamualaikum.. :)

hari ni 15 Mei 2013.. aku kembali 'obses' untuk menaip something di sini walaupun aku ketandusan idea yang amat sangat.. tak ada benda sangat nak cerita ni semenjak aku dah berhenti kerja.. kalau tak ada la sikit kan cerita nak tell u olss.. :P

tapi sekarang ni otak dah sempit bagai adnan sempit.. dah dihimpit dengan pilihan untuk sambung belajar nanti.. entah laa.. itu macam satu trauma untuk aku,.. aku pening.. bingung.. pusingg.. tak tau nak pilih yang mana.. selangkah lagi untuk aku ke overseas.. tapi aku tak siapkan lagi pasport.. macam mana ni ??

matrik pulak dah terngiang-ngiang duk panggil aku.. tergedik bagai nak p pahang ni haa.. universiti pulak masih setia aku nantikan panggilan darinya.. uhuuu.. keputusan untuk interview universiti malaya pulak entah bila dapat tahu.. sungguh.. aku amat bosan sikit di rumah.. tapi aku pasti akan merindui mereka di rumah nanti... :)

16 mei esok.. hari guru..

husna cakap esok ada majlis kesyukuran untuk pelajar-pelajar yang terima anugerah kecemerlangan haritu.. maklumlah anugerah haritu aku tak p pon kan.. jauh amat.. so, ada la pengganti yang tolong ambilkan.. esok InsyaAllah aku akan hadir ke majlis itu kalau tiada aral yang melintang la.. :) aku happy jugak dapat jumpa kengkawan lama kat sana.. rindu pon rindu.. gelak tawa bagai.. lepas ni dah tak ada lagi dah.. :D semua dah berpisah ke pelusuk benua masing-masing..

baru-baru ni aku di'gempar'kan dengan satu cerita yang aku pon susah nak percaya.. susah sangat.. mak ngah bagitau mama yang sepupu aku, epoi, cerita, bahawasanya kawan kitorang yang nama zi tu duk jual aiq ketum.. haha.. hampa tau aiq ketum tu ap?? cari la sendiri.. orang kedah banyak la minu aiq ni.. ni berjaga tengah-tengah malam.. macam minuman tenaga jugak la kan..

terkejut kot aku.. setahu aku dia baik.. dia ok.. tapi awat yang boleh menyimpang jauh sangat.. nauzubillahiminzalik.. aku sedih jugak.. kenapa nak buat kerja macam tu padahal yang tiap-tiap hari dapat duit keja kat kedai makan tu, dah cukup untuk sara hidup.. bujang ja kot.. bukannya kawin lagi.. bila aku nasihat suruh p belajar, cakap tak sedia lagi.. at least benda ni boleh menjamin masa depan hang jugak kan..

ok fine.. nasihat aku tak ada sape yang nak dengar pon... dulu pon aku bukannya jenis makan saman sangat pon.. haha.. 2x5 jugak la.. tapi aku sedar.. kalau bukan orang lain bagi nasihat dan tegur kita sape lagi kan.. kita tak mampu tegur diri sendiri.. nak tengok kesalahan kita pon payah nak nampak.. orang lain yang layak nilai kita.. kalau kita nilai diri sendiri semuanya perfect. tak ada langsung yang imperfect.. right ?? :D

apa-apa pon tatkala kawan sudah tersasar jauh takkan kita nak meninggalkan dia terumbang-ambing di situ.. so, aku perlu tarik dia dari hanyut walaupun aku masih terkapai-kapai di tengah lautan selat melaka lagi.. hehe.. tapi benar.. ilmu yang aku miliki masih belum cukup.. aku belum cukup berusaha untuk membawa diri aku ke jalan yang lurus.. aku berusaha dan berusaha sehingga terkadang aku sendiri berputus asa kerana aku kurang mencari dan meneroka ilmu..

p/s : Aku yakin dalam setiap langkah aku ditemani Allah.. Allah ada untuk aku sentiasa.. yang perlu aku lakukan hanya mencari dan meminta dariNya.. :) aku pasrah dan tawakal dengan semua yang telah ditakdirkan.. kerana ustaz azhar cakap segalanya tentang kita telah ditakdirkan sejak kita berumur 4 bulan dalam perut mak kita.. :D so, i accept all the given by YOU, ALLAH. 

Labels: , , , , ,


Interview Pengajian Islam UM :)

Salam barakah di hari Isnin dan moga semua hambaNya di bawah lindunganNya dengan aman dan damai..

benda ni ah agak lama tapi aku tetap nak menceritakan di sini tentang interview aku di UM dalam minggu lepas mungkin. sebab tarikhnya pada 29 April 2013..

ISNIN

Seusai subuh sudah bertolak ke negeri Kuala Lumpur dengan ayahanda aku yang sanggup datang dari Terengganu ke sini hanya untuk menemani aku ke interview itu.. Act, aku tak pergi pon ke interview tesl Uitm.. sebab aku tak nak speaking.. and aku meletakkan harapan untuk ke UM bagi menggantikan UiTM tu.. so, bila dah bertolak, kami pon belum bersarapan, singgah di R&R, makan-makan untuk mengalas perut.. tapi aku tak ada selera.. mana taknya, dengan buku di tangan masa tu, nak membaca segala hukum-hakam agama.. mula-mula berfikiran mereka akan menanyakan tentang isu-isu agama kalau pengajian islam ni.. watlek.. watpeacee.. hehe.. :P 

so, dalam pukul 11 lebih dah sampai kat Kuala Lumpur dan kereta kelisa tu sudah masuk ke lebuhraya Persekutuan.. memang sesak time tu.. masuk dari Damansara dan mencari jalan untuk ke UM.. katanya dekat dengan UIA.. tapi masa aku p sana tak nampak la pulak UIA tu.. tak apa, mata aku masih berkeliaran mencari kelibat UM..


mula-mula masuk ke Hospital UM... tapi bukan di situ.. kami semakin hampir dengan tempat itu.. pada hari tu banyak interview yang dijalankan.. maklumlah, nak cepatkan.. so, dalm 15 minit macam tu kami sampai di hadapan Universiti Malaya dan terus masuk.. memberi borang temuduga kepada cik abang pengawal tu dan dia kasi direction untuk ke fakulti pengajian islam... memang luas.. kat sana, dapat lihat perpusatakaan yang menyimpan penulisan dan karay Za'ba.. fuhh memang luas.. dan memang universiti terlama bertapak di Malaysia.. 


kawasan perumahan untuk mahasiswa dan mahasiswi pon banyak.. kalau tak silap aku dalam 10 bahagian.. mungkin ada peringkatnya.. tetapi fakulti pengajian islam ni jauh di belakang sana.. seusai sampai di sana, dah banyak kereta kat depan tu.. ceh, turun kereta dengan langkah yang sangat yakin la kononnya.. padahal dalam hati cuak giler nak  mengadap penemu duga tu haa.. 


and then, masuk ke dewan tempat menunggu temu duga tu,... masyaAllah memang ramai.. tapi aku untung sebab sesi pukul 2 petang.. so walaupun sampai awal, sempat jalan-jalan dalam kawasan UM tu sekejap.. abah cakap lama lagi nak tunggu.. and ajak aku singgah kat masjid yang berdekatan.. p lah kat sana.. untuk berehat sekejap saja.. zuhur belum masuk lagi time tu.. mungkin dalam 12 lebih waktu tu.. yang aku terharunya, ramai warga asing singgah ke masjid dan mengambil gambar kawasan masjid tu.. mereka terpaksa pakai jubah purple yang telah dikhaskan bagi mereka yang kurang menutup aurat.. huhu.. 


aku bosan.. ajak abah pergi sana balik and kami sesat.. haha..berputar-putar entah ke mana kami di sekitar lembah Kuala Lumpur tu.. bila dah bertanya arah kami sampai kembali kat sana dan terus pergi makan sekejap sementara tunggu waktu solat masuk.. uissh.. rasa janggal gila bila makan kat tempat macam tu.. ada terjumpa abang form 6 yang sekolah kat Smkani dulu nih.. tapi aku tak ingat nama dia apa.. dan setahu aku dia Stpm tahun aku Spm.. ada paham ka ?? haha.. 


dah makan, p solat dulu dekat surau.. ramai akak-akak yang baik and senyum sentiasa.. pakaian mereka memang melambangkan wanita muslimah yang sejati.. aku suka.. terdetik kat hati aku nak macam mereka.. istiqamah dan istiqamah.. :) 



seusai solat, terus melaporkan diri untuk ditemuduga.. aku dapat bilik 2 kumpulan 4.. haa.. sambil tunggu giliran aku, macam-macam la diorang ni bercerita.. yang dah selesai di interview tu, cakap yang kita akan ditemu duga dalam BI n BA sahaja,.. bahasa melayu tak dilayan.. haa.. dengar tu.. aku cepat-cepat membuka kembali kosa kata bahasa arab aku yang masih ada untuk dibuat ayat.. sambil-sambil google search and otak search, aku tanya ayah aku tentang PRU13.. bila parlimen dibubarkan, bila mengundi, bila undi pos.. and semua berkaitan PRU13.. 


katanya lagi, masa sesi perkenalkan diri harus dalam bahasa arab.. ayoyooo... Ismi Nadia.. Askunu fi Ipoh Perak n macam-macam duk tulis and reka ayat.. memang cuak giler.. huhu.. tibanya giliran kumpulan 4, tapi yang datang kami berdua sahaja,.. yang sorang lagi budak KISAS.. okey.. gabung dengan kumpulan 5, and masuk bilik 2 dengan keadaan pasrah.. :(


'ok, sebelum ni dah dengar banyak cakap arab.. sekarang nak dengar cakap english pulak'

*Alhamdulillah, lega yang amat rasanya.. 

'so, introduce yourself'

si kawan aku yang sorang tu cakap dulu sebab dia first and aku yang kedua.. 

'My name is Nadia.. I live at Ipoh Perak and studied at Smkani Terengganu.....'


'how can you come so far from Ipoh to Terengganu.. In Ipoh there's no school or what?'


'i had to follow my father who have to transfer from Terengganu and after spm i move to Perak..'


yang lucunya penemuduga sorang tu orang Ganu bohh.. tapi dop tahu mane smkani at Kuala Besut.. haha.. boleh kiro la budak Kuala Besut selama 5 tahun ni kecek ore putih.. :P


'so, why you choose UM?'


aku berterus terang la.. 


'actually my first choice is UIA.. and i come here to get an experience for interview.. btw, i also wants to continue my studies in pengajian islam (rojak sikit), but i focus more in account..'


oke tak aku speaking.. hehe.. lepas peserta ke 5, tiba lah tugasan berkumpulan.. hahaha.. disini aku hanya menambah-nambah apa yang patut je.. dah la discussion pon dalam english, memang ho la weiii.. mamat sebelah tu lulusan Institut Tahfiz rasanya, tapi sporting membantu rakan-rakan sekumpulan.. 



setelah tamat interview dalam perjalanan tu hujan turun dengan lebat.. ada akak yang menumpangkan aku di bawah payungnya tapi ayah aku dah pergi mengambil kereta untuk pulang ke rumah.. dalam kereta bercerita bagai aku ni dekat ayah aku.. :P dia boleh gelak ja kat aku..ok FINE!!!. :p


p/s ; laporan perubatan dah siap.. pengesahan dari kaunselor belum lagi dapat.. aku nak melangkah ye UOJ.. Allah, permudahkanlah urusan aku :)


Labels: , , , ,



Older Post