
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| * ayahnda dan bonda , rindu :(
Assalamualaikum, 2 Disember dan alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah yang serba indah ini :) ada orang cakap, kalau kita merindui seseorang kita ungkapkan melalui doa. melalui doa Allah sampaikan kepada orang yang dirindui tu. dan sekarang aku amat merindui mama dan abah . walaupun abah berada disekitar kl ni ja, tapi tetap tak sama macam dekat rumah dulu. yang selalu ada yang selalu teman yang selalu mengajar apa masalah yang aku hadapi ketika belajar tapi mama nun jauh disana, hanya dekat melalui mesej dan panggilan telefon mendengar suara tak seperti selalu tak dapat mendengar suara yang sering memarahi, sering berleter, hehe tiada kedengaran lagi Allah, betapa indahnya kehidupan bersama kedua ayahnda dan bonda tercinta.. hari ini mungkin sekali lagi tak dapat keluar bersama keluarga mungkin esok jika diberi keizinan olehNya, sebab esok ada exam english, so nak buat sedikit preparation, siap ada dua essay lagi nak kena hantar. hmm. ni yang lemah sikit lah. huhu ** pada suatu hari ada cakap dekat mama, 'mama, kalau mama bagi boleh ke along nak kawin awal?' haha 'dah ada calon ke ?' 'calon tak ada, mam cari la, baru berkat sikit, takut nanti along cari mama tak berkenan, susah pulak' mama, sering memahami perasaan anak dia. acapkali dah aku bersembang dengan dia perihal kahwin, perihal tanggungjawab isteri , ibu , dan anak sungguh, apabila aku melihat mama, aku sering berkata pada diri aku tak mungkin mampu untuk menjadi sehebat mama menjaga abah, cukup lengkap dan terkadang aku mencemburui kekuatan yang dia ada. sekarang aku perlu berdiri diatas kaki aku sendiri untuk mencapai kejayaan untuk mencapai apa yang aku nak dan yang paling penting untuk membahagiakan kedua ayahnda dan bonda aku aku perlukan mereka mereka adalah segalanya pada aku tanpa mereka siapalah aku aku ingin membuktikan bahawa aku mampu menjadi hasil yang baik hanya dari didikan mereka :) Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu dialah permata yang dicari selama ini yang ku temui tapi ku tak pasti rencana Illahi apakah dia yang ku miliki p/s : Wahai kematian . Meski aku lari daripadamu hingga hujung Dunia . Kau masih dapat ketemui aku . Dan aku pasti ketemui kau . Satu hari nanti . Labels: all with the grace of God, my life, my soul |