
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| My Lalan's
Dah lama tak rasa perasaan yang macam ni. Perasaan dimana rasa nak ada bersama doplohpat jam sehari, rasa nak bersama setiap saat. Dulu boleh la masa duk keja sekali satu bumbung, sekarang memasing dah dk jauh, esok-esok kalau ada kesempatan untuk aku sambung belajar, untuk Lalan p masuk polis ka apa ka, mesti lagi jauh. Lagi la memasing nak kena fokus dengan apa yang nak dibuat. Benda bukan mudah bila duduk jauh ni, kadang rasa disisihkan, kadang rasa dipermainkan, more kepada negatif punya benda la pokoknya. Padahal benda tu takdak apa pun, cuma perasaan campur pulak dengan pengaruh setan dan iblis ni, tu yang makin lama makin duk merapu fikiran tu.
Rindu,
Jangan duk cakap la. Bayangkan la yang duk melekat sedia doplohpatjam dulu ni, even time balik keja pun sanggup tunggu nak p lepak sekali, lepastu sekelip mata semua benda jadi berubah, jadi kena duk jauh-jauh. Kalau nak jumpa kena mai Ipoh atau p Kampar, duk ulang-alik situ laa. Kira ok la Ipoh Kampar tak jauh mana, boleh jugak la rembat p dengan moto. HAHAHA.
Macam mana kenal si keding ni ?? Nanti ada masa aku update dan cerita dekat sini. Panjang bebenor kisahnya. So sekarang ni, fokus lebih dekat masa depan dulu, kengkonon nak kahwin kan, moga-moga ada jodoh yang panjang. Doa-doakan ok guys. Tak harap banyak pun, harap yang ni adalah yang terakhir, dan yang ni kekal; sehingga selamanya. Since dah lama kecewa dan lali dengan percintaan 5 tahun dulu, aku rasa aku nak pertahankan jugak yang ni, walaupun nampak aku yang macam over. Padahal hakikatnya memang aku yang kejar dia dari dulu, even masa nak ajak couple pun aku yang beria bagai perigi cari timba. Tapi nasib la timba sudi. HAHAHA.
Harap sama-sama boleh jaga diri , hati dan perasaan memasing lah kan. Tu ja pun yang boleh buat masa ni, masa-masa jauh ni. Percaya-percaya lah, at the same time kena hati-hati jugak. Benda dah pernah jadi, benda dah pernah rasa, takkan nak biar terjadi lagi kan. :')
Kalau bisa untuk aku mohon, Kalau bisa untuk aku merayu, Ya Tuhan, jagalah hati kami, Kerana hati manusia ini berbolak balik, Tetapkanlah hati kami, Supaya kami masih dan akan tetap bersatu hingga keakhirnya. FOREVER MY LALAN :) Labels: all with the grace of God, my life, my love, nmn's RINDU
Ya Allah, untuk kesekalian lamanya aku tak update apa-apa dalam blog kesayangan hamba ini.Its almost 3 years babe aku abaikan penulisan aku ni. Sungguh aku duk mencari jugak mana pergi URL blog aku, dah lupa ka kononnya, try email password pulak lupa, and lastly semalam lepas godam aku jumpa balik blog and passwordnya. Rindunya rasa nak menulis balik, dulu ada laptop boleh update sentiasa, sekarang nak mengharap komputer office atau kena pergi cc je lah baru boleh update pun. Weh segannya rasa baca update blog dulu-dulu, penuh jiwang, kesedihan, percintaan semua. Laghanya aku dulu weh, sampai lupa apa yang nak dicapai dalam hidup aku ni. Sebetulnya aku sendiri sampai sekarang tak tahu apa nak buat dalam hidup, buat itu tak kena buat ini tak kena. Nak sambung belajar, siapa yang taknak weh, dulu dah janji dengan diri sendiri nak belajar sampai PHD, Master semua, sampai ke overseas, tapi sekarang tengok la duduk dekat Universiti Wingzone. :') Rasa ralat sangat la bila benda yang kita nak tak dapat ditunaikan, rasa semacam. Pencapaian dah baik, usaha dah habis masa SPM dulu, masa CFS dulu, and lastly duduk sini jadi apa pun tak tau lah. Sekarang tengah cuba lagi nak mohon kemasukan ke universiti, tak sanggup lagi dah nak biar otak ni makin tepu, 'dibiarkan begitu saja, terikat namun tak bertali' . Haha, lagu Haqiem Rusly la. Sambil cuba kemasukan ke universiti sekarang pun tengah giat mencari kerja, mana tahu rezeki untuk terus bekerja kan, mudah-mudahan ada rezeki yang terbaik. Selama tiga tahun aku tak menulis, semuanya tulis dalam diary, dalam notes, dekat sini biar bersarang berhabuk, macam-macam kisah terjadi sepanjang tiga tahun ni weh. Semuanya berubah. Dah tak seperti dulu. I think i more stronger now than before. Dah taknak ada sejarah-sejarah buruk tentang percintaan tu lagi weh, rasa malu gila menangis sebab cinta, sebab lelaki. And now i selesa dengan my Lalan (now, present and future). I think thats all for now, ada kesempatan memang aku nak cerita semua yang terjadi selama tiga tahun ni dalam ni. Tapi tunggu ada masa lah, sebab sekarang pun tengah keja, so tak boleh nak bercerita sangat, rasa semacam ja duk menaip laju-laju masa keja ni kan. Satg orang kata taip resignation letter ke tu. hahaha.
p/s : Never give up on something you really want. Its difficult to wait, but its more difficult to regret.
Labels: all with the grace of God, my life pantang aku
ada quote dekat twitter yang tulis, 'aku diam bila bersama dengan orang yang aku tak kenal' 'aku gila-gila bila bersama dengan kawan aku' 'itulah beza kawan dengan orang lain' tak, dia masalah dia sekarang, aku tak ada masalah dengan sape-sape melainkan dia cari pasal dulu dengan aku. aku tak cari pasal lagi dengan orang setakat ni, yelah banyak makan hati, banyak telan je apa orang luah, macam kutip sampah daripada manusia. aku diam tak bermakna aku dungu, tak bermakna boleh buat aku macam bibik, tak bermakna aku takda perasaan, tak bermakna aku ni bahan kau untuk kau sembur. tak, aku takkan pernah bagi dan izinkan orang buat macam tu dekat aku. tapi masalah dia sekarang, the moment bila kau tak bercakap dengan aku, aku takkan tegur tau. cukup sekali aku tegur pada awal tu, then kau balas acuh tak acuh, memang aku simpan dendam tahap nak mati ah aku cakap kat kau.. well, aku boleh je sembur kau depan-depan, tapi aku fikirkan perasaan kau, walaupon kau lempar taik dekat muka aku. eh, aku tak pernah kesah dengan manusia lain sebenarnya, sebab aku ni dah biasa kena tinggal sensorang tau. walaupon kekadang rasa lonely, tapi aku biasa je, sebab tu hati aku ni keras nak mati, kalah batu. aku takkan mengalah. tapi aku tak suka dan paling pantang kalau lawan mulut, kalau cakap belakang. doo, kau tak puas hati kau cakap depan-depan aku la sengal, takda guna Allah jadikan jasad aku sebegini rupa, kalau kau nak cakap dibelakang aku. aku jenis yang terima, walaupon aku akan rasa sakit, sebab apa? sebab aku tahu semua manusia ada side baik dan buruk. dan begitu jugak aku.. aku tak terkecuali. better, kau cakap depan aku, kau bagitau aku masalah kau apa dengan aku, daripada kau simpan, dan aku kena hadap muka pekasam kau hari-hari dalam bilik. argh, hati pendam mulut berbicara jugak, kau ingat aku tak sedar ke ? dan aku paling pantang orang judge opinion aku. hallooow, kita dekat Malaysia, have human right, have right of speech. kau pehal nak challenge aku punya opinion. kau punya opinion ada aku kacau ke pompuan ? ada aku bash ? ada ? aku paling pantang manusia macam ni. aku rasa nak bagi penumbuk je kalau iku hati tau. tapi aku sabar. mulut kau tu makin lama dah macam puaka, makin kurang ajar, pehal ? sakit hati dengan orang lain, lempar dekat orang lain, oh nice. memang muka aku untuk orang lempar taik je. dah ah, aku nak hadap muka kau seminggu je lagi. lepasni, aku pon tak kebulur. nasib la dah hujung sem kau buat perangai. kalau daripada awal, aku tak tau la nak hadap muka kau macam mana. mau aku kena datang tido bilik abah aku tiap minggu rasanya. cakap depan-depan jangan sorok-sorok. tak semua orang suka cakap depan sebenarnya. tapi kena la terima dan aku terima. tak puas hati cakap.. aku bila orang diam dengan aku, so aku balas la diam. kalau kau cakap, kau cerita, aku jawab, aku cakap dengan kau. ni tak, sakit hati ke sentap ke terus diam.. haa, memang aku boleh baca hati kau yang berulat tu. puihh Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat, cfs IIUM seronok ke idok ?
Assalamualaikum, oh yaa. pedehal tiba-tiba cakap pasal seronok ke tidak ni kan, almaklumlah, tiba-tiba je seronok ni.. yelah, nak tahu la jugak, kawan-kawan yang aku bawa lari keluar masa hari sabtu haritu, seronok ke idok. daripada pagi keluar sampai lah ke tengah malam kan. tak tahu lah, kalau korang tak seronok lagi, diriku yang tak berapa sihat ni pon ku gagahi jua untuk bersama kalian, lepaskan segalanya. oh ya, by-the-way , haritu aku bawa si aini dan si syifa ni pegi mandi air terjun,. dah beria bebenor si syifa ni nak mandi air terjun, nak menyelam katanya, so aku google and then dapat lah cari port best untuk bawa diorang. perjalanan yang sangat jauh tapi sangat best la. for the first time, merantau ke rawang dengan ktm yang hanya sebelum ni pk dapat pegi ke sana dengan kereta. so, wadaheck yau, asalkan sampai dah cukup. harg teksi pon kira ok la and lebih kurang harga isi minyak and tol kalau nak ke sana dengan kereta, lol so before sampai dekat sana, kami singgah la sat beli kuih 2-3 hengget, untuk jamu and alas perut dekat sana nanti. dan setibanya kami disana, kami disambut baik oleh siberuk-beruk yang bergayut atas pokok sana tu haa. so, korang rasa ? kami yang tak tahu apa-apa ni, boleh la pulak dengan badaknya, bawa makanan pegang dekat tangan sedangkan beruk-beruk itu ikut kami sebab nak makanan dekat tangan weolls u.. ahai, si aini, campak karipap 2 hengget and si syifa selamatkan donut 1 hengget. dan aku ? of kos la aku menyorok belakang diorang semua. haha. berpusing si aini tu aku halang dia. and yang paling untung nasi lemak kami tak diambil oleh makhluk tersebut.
ye, kitorang hanya mampu naik sampai stage yang ke tiga daripada stage yang ke tujuh. ketujuh tu lah yang paling puncak, masa nak naik stage ke empat tu ha, nengokkan tangga dia yang curam ke atas, memang idok ler teman nak naik kan. nak turun apatah lagi.
bermandi manda sampai lah jam empat lebih then decide nak balik and sebelum tu abah mesej ajak pegi tengok bola dekat stadium malaysia lawan yaman. so, semua nak pegi, and ok lah. semua gerak sekali, abah yang ambil. pergi ktm balik, stop dekat mid valley, pegi maknan dekat subway and menggila pulak dalam mid. dan kali ni bersama cik oti kita, yang baru nak join kitorang semata nak tengok bola. oyeah.
dan begitulah, ada lagi sebenarnya gambo, tapi takkan la nak kena upload semua kan. kasi bau sikit-sikit sudah. haha.
ok, next proceed ke stadium. alangkah indahnya hidup ini, lalalalala, sampai-sampai stadium, stadium gelap. haa kau rasa ? bakar hati mak nak oii, jauh-jauh datang gelap stadium eh. ada yang kata dah main, ada yang kata tengah main, ah, tak pedulu tu semua, terus pegi makan, hilangkan lapar buat kali kedua. hehe. tapi deria rasa tu hilang, sebab selsema. 4 hari dah ni hidung macam katak, bengkak dengan kembangnya, haha sebab selsema . tapi takpe, maintain cantik and comel. :P
lepas makan, abah bawa jalan-jalan pegi ict pulak, kat sana, main fun-fair tu. buaian pusing-pusing lelaju tu haa, lepastu naik ferris wheel. kejadah apa naik menatang tu pon nak menjerit kan, tapi tu lah orang panggil kalau dah berkawan dengan yang satu kepala, semua benda yang kita buat jadi gila kan.. sampai kat puncak makin deras jeritan suara batinku oii. ahaakks. ingat lagi nama mamat yang jaga pintu tu nama dia fathy, pakai baju bola. ha kau, agak-agak kalau dia tahu kami yang menjerit dekat atas tu, aku rasa mau dia reject kitorang semua. kihkihkih.
Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat, cfs IIUM, happy moment cinta 2007
hampir setahun setengah aku menghabiskan masa di cfs, pelbagai ragam, pelbagai kisah, suka dan duka, serta tawa dan hiba. segalanya alhamdulillah dikongsi bersama . hampir setahun setengah juga, aku meninggalkan ibu dan bapa untuk mengejar ilmu yang tak seberapa ini, yang makin membuat aku dalam bayangan hendak ke mana kehidupan ku setelah tamatnya asasi disini. hampir setahun setengah juga, aku cuba bangkit dari kesakitan lalu, dari cerita lalu, dari kedukaan lalu, mengumpul air mata yang telah kering dek kisah dulu, hampir setahun setengah juga, aku cuba mengubah diri aku untuk kearah yang lebih baik, untuk menjadi insan yang lebih berguna, lebih berilmu dan lebih beramal, hampir setahun setengah, aku mencipta kenangan, aku mencipta sesuatu yang aku rasa aku tak mampu lakukannya satu ketika dahulu, *** aku kenal bermacam manusia di dunia, aku kenal mereka di sekolah rendah, aku kenal mereka di sekolah menengah, aku kenal mereka di zaman universiti (asasi) , aku ingin ia kekal sebagai kenangan indah dalam kehidupan aku, aku ingin ia menjadi kisah yang teramat indah, dan yang paling indah adalah aku dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat sekolah rendah yang dah lama tak jumpa, setelah 7 tahun kami tak berjumpa dan akhirnya ia jadi kenyataan bila dapat berjumpa. sungguh aku sangat tak puas, kerana ia hanya sehari dan seketika je, aku nak lama-lama, nak sangat lama.. lepas ni, aku habis asasi, korang masuk U, aku nak jumpa sapeee ? hmm, sedih tau tak.. korang kena tunggu aku jugak, aku tak kira, wajib tunggu. k lah, nak nangis bila cakap pasal korang semua, kbaiiii :D Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat berat
kenapa walaupun ada orang disekeliling, aku masih rasa kekosongan itu. kenapa walaupun aku ketawa aku tahu tu semua fake. aku tahu tu bukan diri aku yang sebenar. aku tahu aku paksa diri aku untuk ketawa depan semua orang, padahal aku rasa dah setengah nyawa hadap semua ni . yaa, sekarang aku tak tahu pada siapa aku nak meluah, hilang punca, hilang arah, hilang semua. benarlah, sahabat senang itu bersepah, pilih je mana nak, petik je jari, ada di sekeliling , benarlah, sahabat susah itu amat sukar, amat susah dijumpai, amat susah berdamping, oh Tuhan, beri aku kekuatan mohon, beri aku cahaya, beri aku kesabaran, adakah kerana aku telah tersasar dari jalanMu ? adakah Kau merinduiku Allah ? aku hilang diri aku sebenar, aku perlukan seseorang untuk meluah, ye Tuhan, disamping aku meluah disini, aku juga mengadu pada Kau dalam satu masa yang sama, aku tahu Kau menyaksikan semua, Kau cipta kehidupan aku, Tuhan, aku tak pernah merasa ujian sehebat ini, aku tak pernah rasa sehina ini, aku perlukan seseorang, tapi siapa ? kenapa saat aku memerlukan tiada orang disisi .. Tuhan, apa dosa aku pada mereka. kenapa aku disisihkan, adakah aku tiada guna ? dah cukupkah mereka jadikan aku bagai kambing hitam mereka selama ini ? jika itu yg dapat buat aku rapat dengan mereka, aku rela Allah :') aku rela lakukan apa saja demi sebuah persahabatan, aku tak minta dipandang,' tak minta disanjung, tak minta selalu diingati tapi aku hanya minta hargai aku selama aku ada, walaupun aku banyak diam, aku juga manusia yang ada perasaan, aku bukan kayu, aku bukan robot, aku bukan patung yang tiada nyawa, tapi aku manusia. binatang pon ada perasaan apatah lagi aku manusia Dia yang hina ni. Labels: all with the grace of God kepada dia :)
masa laluku kini sudah melupakan, masa sekarangku kian giat aku tempuhi, masa depanku mohon agar lebih cerah dan bersinar. **** tiba-tiba kenangan lama kuat menerjah ke ingatan, sehingga terbawa dalam mimpi, ya Tuhan, apakah semua ini. aku makin tertanya-tanya dan makin khuatir, apa benda disebalik cerita ni, aku dah tak kuat, tersangat lemah, dan tersangat tak berdaya, mohon apa jua yang ditakdirkan, aku dapat tempuhinya dengan selamat :) makin lama, makin aku teringat, satu persatu kini kian bermain dipusat benakku, iaitu kenangan, bagaikan setiap pelusuk ada kenangan kita, aku tak tahu dah nak cakap apa, nak pikir apa, nak apa pon aku tak tau dah laa., kenapa perlu semua kenangan itu muncul sekarang ? disaat aku gigih untuk bangkit keseorangan, disaat mereka berbahagia, kenapa ? kenapa dan kenapa ?? aku dah cukup kental untuk bertahan tengok diorang, Tuhan, aku tahu, hanya Kau yang tahu perasaan aku saat itu, alahaii hati, kenapa sangat lemah. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. mungkin benar frasa itu, aku mungkin tidak baik. hahaha :P yee, aku mengaku tu semua, dan untuk awak :) ye awak laaa. saya dah maafkan segala-galanya dan galanya.. dont worry, be happy. segalanya saya takkan ungkit dan takkan pernah saya ungkit lagi pada masa depan .. mengapa aku memaafkan ?? entahla, mungkin aku hanya ingin memastikan dia bahagia, mungkin laa.. mungkin aku jugak nak tengok dia menjaga 'sang ratu' baru dihatinya, mungkin jugak aku nak melihat diorang berdua sentiasa gembira, sihat dan bahagia .. mungkinla kann.. huu kerana aku tahu dia seorang yang ikhlas bila dia menyayangi seseorang.. dan aku yakin, sayang dia pada si dia juga ikhlas.. aku hanya menumpang dalam kehidupan dia untuk sementara, dan terima kasih pada dia jugak sebab mengajar aku erti kasih sayang dan memberi aku merasai apa itu 'sayang' dan mungkin 'cinta' . hohoho. sekarang, aku yakin, mereka benar-benar bahagia dan bahagia serta amat bahagia, aku doakan itu, kerana kalian memang layak, saat aku terasa kehilangan dan teringat kisah lalu, aku mesti tengok korea. haha, sebab diorang sangat sweet dan akhirnya mereka berpisah, yaaa berpisah. itu sangat pedih dan amat pedih sekali.. hmmm but, macam Taemin pesan pada Naeun : walau dengan siapa pon awak lepas ni, INGATLAH, yang saya pernah wujud seketika dalam kehidupan awak :) tiada kata yang lebih mampu aku ucapkan, tiada lafaz kalimah yang hebat mampu aku ucapkan, hanya ucapan semoga bahagia dan selamat maju jaya, :) take care disana dan jaga dia sebaiknya..
yang benar lagi ikhlas,
NMN
Labels: all with the grace of God, ceritera cinta strong
sebuah perkenalan yang tak diduga. masuk di tempat belajar yang sama, menginap dibilik yang sama, berkongsi jiwa dan raga bersama, berusaha bersama-sama untuk grad, kongsi segala perasaan bersama-sama penat lelah dirasai bersama-sama, senang dan susah alhamdulillah dapat dikongsi bersama-sama sekarang nii, TAPI ia adalah sementara, iyaa, semuanya sementara, sekejap je kalau Dia nak tarik segala rahmat tu, mungkin aku kurang bersyukur dengan apa yang dikuniakan, mungkin aku cepat mengeluh, mungkin aku cepat melatah, TAPI aku tak pernah kisah siapa sahabat aku tak pernah kisah apa latar belakang kau tak pernah kisah apa layanan kau bagi pada aku tak pernah kisah apa fikiran kau dekat aku SEBAB pada aku, keihkhlasan dalam sesuatu perhubungan itu amatlah dihargai dan amatlah diperlukan. :) pada aku, aku dah lali dengan orang yang datang dan pergi dari kehidupan aku macam tu sahaja, aku ikhlaskan semuanya, aku terima segala layanan yang aku dapat dan mungkin aku layak untuk mendapatkannya, mungkin aku adalah insan yang terpilih, yelah sahabat, terima kasih untuk semunaya, aku memang tempat persinggahan korang, aku memang tempat korang datang cari bila tak ada orang dengan korang, memang kan :) aku tak marah apalagi terkilan, cuma aku bersyukur, kerana Allah buka mata aku untuk menilai antara kaca dan permata, Dia buka mata aku untuk melihat keikhlasan seseorang dalam persahabatan. so, i hope that i can be more patient in all situation. :) Allah, help me.. I cant be a strong woman without You.. :') im the weakest girl who is trying to be strong p/s : apa pon yang jadi, im already forgive all of you.. let gone be bygone and lets time bring back our happiness :D Labels: all with the grace of God Bisakah ??
![]() gua nak hidup bahagia dengan kehidupan gua, sampai masa, kad kahwin gua hantar.. HAHAHA :P bisakan ?? izinkan gua melayari kehidupan gua dengan tenang, aman dan damai... korang dah ada kekasih masing-masing, gua yang single mingle ni nak jugak hidup bahagia, dengan family gua, sampai masa gua panggil la makan nasi minyak.. hehe.. mohon doanya ya semua... :) dah ada bau-bau nasi minyak dah ni, tunggu masa ja nak edar kad.. haha.. menggedikssss .. zzzaasss Labels: all with the grace of God, happy moment paranoid
Dalam kehidupan penuh dengan cabaran Fizikal dengan mental perlu matang dan kuat untuk mengatasi setiap arus perubahan dunia sekarang Sekali kita lemah, tak bermakna selama-lamanya kita lemah Setelah lemah, rebah dan jatuh, bangkitlah menuju ke dunia yang nyata, Kerana dunia sekarang amat lelah dan penat Memerlukan orang yang benar-benar hebat untk mentadbir setiap gerakan dunia yang mencabar ini :) Assalamualaikum, hehe itu hanya muqaddimah je.. haish, lama bebenor dah teman tak hupdate benda alah ni, bz kateko, katenyeee !! tapi sokey, bila-bila ja aku free aku hupdate, lagipon bukan ada yang membaca, hanya coretan hati gua dan kehidupan gua je, malas ah gua nak publish dekat orang ramai, malu gua orang tahu kisah gua , muehehehe.. :D kawan, tidak sama dengan sahabat, kawan ada tika senang sahaja, tetapi sahabat itu yang menjelma tika senang dan susah kita, pokoknya, umpama yang nak sehidup semati tu. kawan, ada ja yang tak kena pada mata dia, tapi malas nak cakap apa-apa, sebab kita hanya kawan, tapi kalau sahabat, sebarang kesilapan terus tegur kerana tegur berhadapan lebih baik daripada tegur dari belakang, bukan makna kau duduk belakang dia then kau tegur perangai dia, teguran dari belakang means, kau pos kt twidder ke, efbi ke, mana-mana je lah medan sosial yang hadooo, as long as kau boleh tegur dia Face 2 Face, cubalah cara ini, walaupun berat penerimaan dia pada mulanya, tapi percayalah, akhir nanti dia akan terima, sebab apa ?? sebab dia tahu kita sayang dia.. thats how true friendship works :) *** haritu dalam kelas fardhu ain, naqibah tanya siapa nak jadi naqibah untuk sem depan, and lama sangat tak ada jawapan, then randomly dia cakap dia dah pilih, so ramai lah berdebor.. takut jadi naqibah.. bukan takut, tapi ilmu belum cukup secukupnya lagi.. then ustaz cakap, bagilah yang mempunyai basic agama, yang sekolah smka, *hanya kriteria tapi tetiba naqibah gua sentap, dia cakap adakah budak sekolah biasa tak boleh jadi naqibah, budak bukan tudung labuh tak boleh jadi naqibah, kena budak smka je ke, since dia datang dari sekolah sekular.. untuk pemahaman gua, aku rasa itu hanya kriteria tambahan yang diorang nak je.. isu ni tak perlu diperbesarkan pon, sebab itu hanya kehendak manusia.. macam kau pegi cari kerja nanti, orang yang berkebolehan untuk bercakap bahasa arab mungkin lebih diberi keutamaan daripada yang mampu cakap 2 bahasa ja iaitu BM dan BI.. hanya kriteria tambahan.. aku bukan nak membangga sebab aku smka, tapi ciri-ciri itu perlu ada as an interview.. kalau semua orang belajar benda yang sama, and ada sorang advance sedikit kehadapan, and kau yang buat interview tu, kau agak, kau nak pilih yang mana?? memang ada lagi bergantung pada skill individu, as i said just now, its only a criteria yg dispesifikkan.. so aku merayu dan mintak jadi manusia, be open minded.. janganla jadi paranoid sangat.. try terima pendapat orang, thats why kita belajar, satu term ada maksud dari segi bahasa dan istilah, sebab ni lah.. pahamkan betul-betul exactly what the content is , dont use knee to see and use hand to think.. u get what i mean right.. haha :P ok baaaiiii Labels: all with the grace of God My Past
i need a space to breath .. i need to gain myself to be strong than before .. i need to face the reality .. i need to move forward .. i need to gain more motivational lifestyle .. i need to be more rational .. i need to protect myself .. i need to understand what is life .. i need to be more matured .. i need to strong and never turn back anymore .. what is happened, already happened .. it make me realise , what is more important in life .. im not matured enough to fall in love .. i cant handle the feeling .. i cant handle that particular sense with my studies ,, i cant focus .. right now, i want to study .. please,, that particular feeling, dont come to me for a moments, i need to build my life .. BUT i realise that my past now have better life with another .. what i said, my past will get a better life if my past leave me and go to another life .. im sure, my past now have be more matured to make a right decision .. dont make wrong step anymore my past .. although , my eyes 'berbulu' but i know, thats ur life .. you already found what is missing when u with me .. :) p/s : Dear past, please be happy .. Dear present, i will work hard .. Dear future , i will make sure all my dreams become reality . :) Labels: all with the grace of God, ceritera cinta, my hope, my life rebah
pernah terfikir kenapa manusia itu diciptakan berpasangan ? sebab mereka memerlukan antara satu sama lain.. kehidupan aku juga begitu, dan sebab itu aku perlukan ibu dan ayah aku serta rakan-rakan yang merupakan tulang belakang aku, penguat diri aku, semangat aku .. semuanya ada pada mereka.. tapi kita kena ingat satu hal bahawasanya, manusia itu datang dan pergi begitu sahaja... aku cuba menganggap, bahawa ini adalah aturan dari yang Maha Kuasa, yang mempertemukan keranaNya, juga yang memisahkan keranaNya .. aku tak mampu nak melawan segala takdir yang ditetapkan oleh Dia, tapi aku mampu untuk cuba kuat, merancang kehidupan aku yang seterusnya, selepas aku kehilangan orang-orang ini. manusia itu datang dan pergi manusia itu ada dan tiada manusia itu perlu dan tidak manusia itu amanah dari Allah untuk dipelihara.. jika seseorang itu datang dalam kehidupan kita, maka ada tujuan yang Allah berikan kepada kita, tatkala aku tak mampu lagi hendak memikul tanggungjawab tersebut, aku menyerah dan aku melepaskan , tujuan kehidupan aku sebagai hamba Allah juga masih belum cukup sempurna ditunaikan, tak perlu untuk aku sibukkan diri hendak menjaga mana-mana manusia, walaupun aku sakit, walaupun aku pedih, walaupun aku tak tahan, aku harus menerima setiap qada' dan qadar Dia. Dia yang maha Kaya, yang Maha Mengetahui, hebat merancang sesuatu perjalanan kisah hidup kita.. setiap hal yang berlaku ada hikmah disebaliknya, setiap kali aku kehilangan seseorang, aku bertanya kepada Dia, apakah aku belum cukup layak untuk menjaga sekeping hati ?? apakah aku belum cukup mampu untuk menjaga diri aku dan dia, dan hati aku sendiri berkata bahawa, aku masih tidak mampu untuk menjaga diri aku sendiri, aku masih tidak mampu membuat keputusan sendiri, aku masih takut untuk mengatakan tidak pada manusia lain, yang memohon sesuatu dari aku, aku takut mereka berkecil hati, sehinggakan, aku terpaksa berjauhan dengan mereka agar mereka faham bahawa aku sedang cuba untuk memuaskan hati semua orang, aku masih mampu hidup dan berjalan tanpa si dia yang ajnabi denganku, aku masih boleh menggunakan kudratku untuk melakukan semua pekerjaan, aku masih boleh bernyawa walaupun tiada sesiapa disisi aku, kerana aku yakin, sahabat, keluarga serta yang Maha Esa sudah cukup untuk aku, p/s : aku tak nak kata-kata melebihi perbuatan. tolong buktikan, jika kau benar-benar ikhlas :') Labels: all with the grace of God, my hope, my life we still can change
'susahnya nak jadi permanently baik susahnya nak jaga pandangan susahnya nak jaga pergaulan susahnya nak jaga iman susahnya penghijrahan susahnya nak istiqamah' tapi hakikatnya yang susah itulah yang paling mahal yang paling susah dicari yang paling susah untuk dinilai it is limited edition, not all people are able to keep that 'penghijrahan' so thats why la benda tu susah kerana dia mahal. tak semua orang mampu. ada yang hangat-hangat tahi ayam. ada yang tersekat di tengah jalan, tak percaya qada' qadar Allah, tak mampu, lemah dan sebagainya. but we have to keep trying to be better than yesterday only we can change our life, not other people outside there. they only know how to bash us, how to judge us, but they not being in our situation, how we adapt with the new environment to change .. when i think about my past, i was ashamed, and i felt like who am i here being His servant. im do nothing in His world.. all i did was ate, slept, studied, perform the prayer but i felt nothing. zero.. it is lumrah you know when we change , the people around us start to talk and mengata but fortunately, it is not too late for us receive the Hidayah from Him. they still not understand , belum mengerti, so abaikan mereka.. mereka hanya akan memusnahkan impian kita untuk berada di jalanNya, itu sahaja.. tak perlukan mereka dalam kehidupan kita jika mereka hadir hanya untuk perlekehkan perubahan kita.. BUT take it as a challenge.. only we know who we are.. they wont affect our change if we are not letting them to do so. perlu ke kita layan sikap diorang yang duk mengata tak sudah, sampai kita rasa fed up bila orang pandang sinis konon kita ni 'bajet alim' , kejadah semua tu kan ? kita ganggu life diorang ke kan ? lets i said before, abaikan.. memang dunia akhir zaman segala yang baik tu dianggap sangat pelik. i keep repeating the same quote over and over again. biarlah abnormal dimata manusia tapi normal di mata Allah. biarlah nobody di mata manusia tapi somebody di mata Allah.. we are not living to impress people, but Allah. dont mind what people gonna say, aku bukan nak jadi ustazah, aku nak jadi muslimah.. tak nantikan kena pakai serban, tudung labuh, niqab semua tu baru boleh dakwah.. tak payah tunggu ustaz hensem, ustazah cantik comel bagi nasihat baru nak berubah.. anytime we can change to be a better person, Allah Maha Mengetahui. :) just remember, pintu Hidayah takkan pernah tutup tapi sentiasa terbuka, so masih belum terlambat untuk kita berubah.. tepuk dada tanya iman masing-masing.. tapi ia akan terlambat bila ajal datang menjemput.. cuma sekarang ni masih belum terlambat kan, please grab this valuable chance to change ur and our life.. p/s : dont worry about what others think, people are always negative, dont let it bother you. :) Labels: all with the grace of God + malang tidak berbau
![]() Assalamualaikum. Bismillahhirohmanirrohim. :) dah lama rasa tak menaip belog kesayangan.. peneman di kala sunyi.. ye, sekarang amat sunyi. dengan keadaan yang Allah dan diri ini sahaja yang tahu , betullah kata orang bahawasanya segalanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t :) di satu petang, sibuk bermain dan berlatih untuk SMAC yang akan dijalankan bulan April nanti. nak wakil kos undang-undang dalam bola jaring kononnya, berlatih punya berlatih, aku terlupa yang aku dah lama tak melakukan aktiviti sukan, sebelum bersukan pon lupa nak warming up, so inilah jadinya, shoot bola, kejar bola, and then satu ketika rebah dekat tepi court. terdiam kaku. tak mampu nak cakap apa-apa. rasa macam kaki hilang sebelah, tapi mujurlah bila raba-raba kaki tu ada. hehe. ingat nak bangun terus sambung balik, tapi bila bangun rebah sekali lagi, sakitnya tempat tu hanya Dia yang tahu, langsung tak dapat jejak kaki ke tanah, ingatkan krem, so biarlah dulu kaki tu, rest je sekejap, tapi lelama lepas tu nak berjalan memang tak boleh, air mata dah mula membasahi pipi, tahan kesakitan, tahan semuanya, nak naik tingkat 4 sana tu ha pikir banyak kali, alahaaiii.. aku tetap husnuzhon dengan rancangan Allah. mujurlah ada sahabat yang setia dan sedia untuk membantu, diorang mula-mula nak dukung je naik atas, tapi aku tak nak menyusahkan diorang, biarlah aku cuba, and last aku dapat satu jalan, untuk merangkak dari belakang naik ke atas. sampai tingkat 4, kawan-kawan dukung letak atas katil, malu segan semua ada. huhu.. Asma urut kaki, kawasan yang bengkak tu ha, nik balut kaki tak nak bagi masuk angin, nurin pulak disisi, teman aku tidur, takut ada apa-apa yang aku perlukan. :) hanya Allah yang dapat balasa jasa baik kalian, aku doakan :) semalam Sabtu, pegi hospital nak cek tulang kaki, takut ada apa-apa, syiqin tolong papah sampai tangga, dan alhamdulillah, tak ada apa-apa yang teruk dan dapat MC 4 hari, and rabu ni ada appointment dengan doktor sukan. cewahh,. macam atlet pulak. haha. wateva , just hope the result is better :) masa balik dari hospital tu fikir takkan nak menyusahkan kawan-kawan lagi kan nak naik bilik. last-last asma dukung aku kat belakang and naik sampai tingkat 4, untuk sampai ke bilik nurin tolak dengan kerusi, acah-acah best gitu.. tapi dalam hati, aku sedih dengan pertolongan sahabat-sahabat aku, sungguh rasa syukur mereka adalah sahabat ku, dan mereka sungguh terbaik. :) p/s : sayang sahabatku. unnies buddies till jannah :) Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat G110 - sem dua 13/14
![]()
nampak ka apa yang cek tulis ? ink pon tarakkk .. hehe
first of all , lets start with bismillah. hanya nak bercerita.. lama tak ceghita kenn, asyik dok meluah perasaan yang entah melayang ke mana dah ni , so apa cer sekarang kita hang out minum kopi starbucks , update blog, chill , sambil dengaq lagu blog cek. ngee.. mengada la hampa semua nii ..
semalam , yakni hari selasa , kawan-kawan cek ngan den sekali lah , berniat bernawaitu nak buat jamuan kelas , al-maklumlah esok (khamis) dah nak final exam. so doa-doa ken la kite nii yekk. bio lepas ler sem 2 ni ha dengan lapang dada serta dapat meneruskan cabaran pada sem tiga akan datang dan menjelma tak lama lagi , insyaAllah :) . so memula bajed nak makan itu ini last-last delivery kfc jer jawapannya , but its okay. as long as makan berjemaah cek on ja. no hal no probs. hilman yang balik rumah tu pon sanggup datang balik uia ni semata-mata nak join kami semua.. what the good spirit as a class wrep. *sampai la ni aku tak reti nak eja wrep tu . sebab kat u tak panggil monitor, panggil wrep. so aku hentam saja -,-
then, mula lah conversation group kami di whatsapp , cadang pukul lapan tepat. on time, harus ditepati dan mohon itu semua janji Cina okey bukan janji melayu.
tapi bila tiba masanya , saat aku and nik melangkah masuk ke dalam kelas , kelas itu gelap gelita. tiada orang der wa cakap lu.. rasa macam nak lompat kegirangan. lihat jam di tangan , sudah jam lapan.. orang seketul pon takde ni ha.. nak oder kfc kang jadi payah pulak. dah la abah tengah otw masa tu nak mai amik tidoq kat rumah sebab rabu cuti kerismas.. haisshh nak marah.. but, still calm.. main subway surf sambil tunggu engkorang semua..
jam 8.15 syauqi Ben and the geng sampai la dekat kelas then diorang minta maaf sebab diorang lambat.. its okay lah, kami maafkan. nak buat macam mana, tugas aku memang menunggu orang dan ayat tulah aku guna sampai habis jamuan.. bhahaha -,- . baru tau rasa sih kalian. hmm, n then dekat pukul sembilan baru lah balance geng perempuan tu sampai , then tambah oder and dalam lima belas minit delivery sampai..
lepas tu amik lah makanan and makan.. saat tu tengah gelabah sebab abah dah sampai. kesian abah pulak duk terpacak depan mahallah zainab tu ha menunggu den, jadi den makan cheesy wedges dulu dengan nik kfc pulak bagi kat bebudak bilik.. makan tu je dah buat perut kenyang.. maklumlah, orang diet kate kau.. haha.. no laugh and be serius. :)
naik bilik angkut semua beg yang nak tinggal dalam bilik abah tu ha , sebab nanti balik cuti sem takada lah nak kena bawak balik banyak sangat beg tu kan, so boleh lah jimat kan tenaga kita ye wahai anak muda.. bila lagi nak penuhkan bilik daddyku melainkan diriku.. ngee..
sebelum beredar, nik hantar sampai bawah and salam. tak nak lepas tangan kite kau.. hehe... terharu, padahal nak pegi kejap je.. ada je minah tu ha duduk sebelah meja sana, duk mengadap laptop jugak, tak kaba ingat esok nak exam.. puihh. sama ja dua kali lima kami ni.. even kami banyak persamaan. itu lain kali aku cerita okey.. then babai je dari jauh sempat kasi senyuman ikhlas dan mengharap dia tunggu kepulanganku. haha, kau , gedik tak ayat tuu.
okey, abah ajak teman dia makan, singgah kedai mamak, makan kenyang-kenyang . balik rumah solat isyak semua terus ngadap laptop nak tengok running man episod seterusnya, tapi alangkah kuciwa nya diriku ini bila line sangat lembab persis siput seduttt.. aishh.. nak tengok je tersekat-sekat. sabau je la teman wess.. alangkah menguji keimanan, sampai tertidur depan laptop ni ha..
harini (rabu) dating ngan abah sampai lima shopping kompleks pegi kau. haha.. semua area shah alam and subang je. nak bawa anak dia pegi jenjalan katenye, siap ajak nengok bola januari nanti masa liga S and liga M. aku no hal, takut kelas je, tapi kalau esok cuti memang aku on.. muehehehe.. so terserempak dengan farah asyikin yang bertudung litup cantik manis dekat kompleks pkns tadi.. tak dan nak p ambik gambaq ngan dia sebab duk bz cari barang.. lagipun dia tengah ceramah pasal jalanraya, suruh kita hati-hati.. oke semua.. ingat pesanan kak farah tu yee.. :)
oke lah den sudah mengantuk nii. mau bobok dulu.. hehe.. so doakan saya and semua sahabat saya berjaya dalam peperiksaan esok, mula jam 9 sampai jam 12 .. 3 jam kau jawab paper duduk dalam dewan serba serbi sejuk ketaq kepala lutut tu.. :) babai semuaa.. assalamualaikum.
p/s : Rindu aku hanya terluah dalam doa. Tangisan aku hanya Allah yang tahu. Aku mohon, jangan la menghukum aku Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat, cfs IIUM, my besties, my happiest * apa aku rasa
Bila satu saat kau terpaksa melepaskan orang yang paling kau sayang kau tak tahu macam mana aku nak kawal perasaan sebegini sakit , sayang toreh hati aku selagi kau boleh toreh abaikan aku selagi kau boleh abaikan takpe , aku dah biasa :) ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya dijiwa agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Illahi p/s : doa dalam diam , tanda kamu ingat , tanda kamu kasih :') Labels: all with the grace of God aku masih belajar jadi solehah
![]()
Tudung labuh itu hanya pakaian, yang mana bila orang melihatnya, ingin melihat akhlaknya yang cantik juga. Jika ianya hanya sekadar menutup aurat, tetapi gagal dalam menutup akhlak yang kurang cantik, jangan dihina tudung itu, tetapi yang buruk itu kekal kepada akhlak si pemakai. :')
jika salah tegurlah, mereka tegur tanda sayang. yang paling penting Allah sayang ^^ bukan mengutuk, menghina di belakang. selabuh mana pun tudung, jika ianya tidak disertai dengan akhlak yang cantik, cukup sayang. belajarlah menjadi solehah. mengakui kelemahan diri dan suka untuk menerima nasihat. bukan menganggap kita sudah pakai pakaian terbaik, tapi meninggi diri sambil berkata; 'aku dah perfect!'
Labels: all with the grace of God * disaat sendiri
disaat sendiri Dia ada menemani Dia ada sentiasa ada hanya kita yang perlu mencari Dia meminta pada Dia Dia akan memberi dan yang hanya membezakan hanyalah masa disaat sendiri diri ini lemah diri ini bagai tiada tiang untuk berdiri teguh tetapi dengan segala kekuasaaNya setelah kupohon dariNya akhirnya aku peroleh kekuatan untuk bangkit dan mencari serta membina tiang agar aku bisa berdiri teguh dengan kakiku sendiri aku akan sentiasa berdiri akan sentiasa bangkit walaupun pada dasarnya diri aku lemah walaupun pada dasarnya diri aku sangat-sangat perlukan seseorang tetapi aku tahu , kelak Dia akan mengirim pada aku orang untuk memipin tangan aku dan diri aku untuk bersamanya walaupun aku menangis walaupun aku menjerit takkan pernah ada yang dengar rintihan aku tapi hanya Dia oleh itu aku bertekad hanya Dia yang aku cinta hanya Dia yang aku sayang kerana cinta dan sayang pada Dia akan terbalas dan takkan pernah dibuang sedangkan cinta pada hambaNya bisa dibuang dan dicampak begitu sahaja :) Allah, aku mohon kekuatan :') p/s : hati, mohon tabah ya sayang, kau sedang diuji untuk melihat sejauh mana kekuatanmu Labels: all with the grace of God, my life * ayahnda dan bonda , rindu :(
Assalamualaikum, 2 Disember dan alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah yang serba indah ini :) ada orang cakap, kalau kita merindui seseorang kita ungkapkan melalui doa. melalui doa Allah sampaikan kepada orang yang dirindui tu. dan sekarang aku amat merindui mama dan abah . walaupun abah berada disekitar kl ni ja, tapi tetap tak sama macam dekat rumah dulu. yang selalu ada yang selalu teman yang selalu mengajar apa masalah yang aku hadapi ketika belajar tapi mama nun jauh disana, hanya dekat melalui mesej dan panggilan telefon mendengar suara tak seperti selalu tak dapat mendengar suara yang sering memarahi, sering berleter, hehe tiada kedengaran lagi Allah, betapa indahnya kehidupan bersama kedua ayahnda dan bonda tercinta.. hari ini mungkin sekali lagi tak dapat keluar bersama keluarga mungkin esok jika diberi keizinan olehNya, sebab esok ada exam english, so nak buat sedikit preparation, siap ada dua essay lagi nak kena hantar. hmm. ni yang lemah sikit lah. huhu ** pada suatu hari ada cakap dekat mama, 'mama, kalau mama bagi boleh ke along nak kawin awal?' haha 'dah ada calon ke ?' 'calon tak ada, mam cari la, baru berkat sikit, takut nanti along cari mama tak berkenan, susah pulak' mama, sering memahami perasaan anak dia. acapkali dah aku bersembang dengan dia perihal kahwin, perihal tanggungjawab isteri , ibu , dan anak sungguh, apabila aku melihat mama, aku sering berkata pada diri aku tak mungkin mampu untuk menjadi sehebat mama menjaga abah, cukup lengkap dan terkadang aku mencemburui kekuatan yang dia ada. sekarang aku perlu berdiri diatas kaki aku sendiri untuk mencapai kejayaan untuk mencapai apa yang aku nak dan yang paling penting untuk membahagiakan kedua ayahnda dan bonda aku aku perlukan mereka mereka adalah segalanya pada aku tanpa mereka siapalah aku aku ingin membuktikan bahawa aku mampu menjadi hasil yang baik hanya dari didikan mereka :) Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu dialah permata yang dicari selama ini yang ku temui tapi ku tak pasti rencana Illahi apakah dia yang ku miliki p/s : Wahai kematian . Meski aku lari daripadamu hingga hujung Dunia . Kau masih dapat ketemui aku . Dan aku pasti ketemui kau . Satu hari nanti . Labels: all with the grace of God, my life, my soul * sedarkah kita
Assalamualaikum.
Hye, semuanya , macam biasa lah tak boleh nak update sokmo blog nih. kekadang je boleh disebabkan kesibukan yang melanda diri sebagai seorang student. Sebenarnya , diri ini kempunan mahu pulang ke rumah bertemu dengan keluarga yang nun jauh disana. tapi apakan daya, tugas sebagai pelajar tak dapat dielakkan lagi dan ini adalah salah satu pengorbanan yang perlu aku lakukan ..
Nak bercerita tapi tak tahu nak cerita pasal apa. bermacam cerita yang dilakarkan sepanjang minggu ini disini bersama sahabat-sahabat tercintaku disisi .. Hari selasa ni dah IGA, exam untuk english. just test macam midsem lah, tapi idok ler dipanggil midsem untuk subjek ni, sebab tak masuk pun dalam cgpa dekat universiti ni, just untuk kedudukan berapa lama kita kena stay disini dan mengadap kehidupan di uia ni :)
seperti kita tahu, kita hidup didunia ni kerana izin Allah yang membenarkan kita dilahirkan didunia serba mewah dan indah dari ciptaanNya . pernah tak sekali pun kita fikir, apakah tujuan kita dihidupkan didunia dan dibumi Allah ni ? Ya, aku bukan alim. aku bukan sempurna untuk menyatakan apa tujuan sebenar kita dijadikan didunia ni. tapi sekadar berkongsi untuk tatapan bersama dan sebagai peringatan tak ada salahnya.
kehidupan kita ibarat roda . kekadang diatas, kekadang dibawah. tak selamanya kita akan berada diatas, tak selamanya kita akan berada dibawah kerana Allah tahu kebolehan setiap hamba-hambaNya.. dia tahu tahap kemampuan hamba Dia, dan Dia takkan menguji kita diluar kemampuan kita.. makin kuat dan hebat tahap ujian Dia kepada kita, makin kuat sayang dan rindu Dia kepada kita.. Dia uji kita sebab Dia rindu kita. rindu nak dengar rintihan kita. rindu nak dengar kita mengadu. rindu nak kita mengadap Dia.
kita tak perlu riak, tak perlu bangga dengan status kita kat dunia ni. sebab ini adalah dunia semata-mata..buat apa kita nak berlagak kat bumi Allah ni. bukan kita yang menciptakan bumi ni. jadi tak ada salahnya kita turunkan ego, kita ikut segala perintah Allah. kita hanya kerdil, tak mampu melwan segala kekuasaan Dia, tak akan mampu dan tak akan pernah mampu.. itu adalah pasti.. tapi kita boleh berdiri megah dihadapan Dia dengan ketakwaan serta keimanan yang kita miliki , di padang masyar kelak , kerana hanya ketakwaan yang membezakan seseorang.. Dia tak pernah membezakan setiap hambaNya tapi kita sendiri yang membezakan antara manusia hanya kerana darjat.. itulah manusia..
kita mohon pada Tuhan, mudah-mudahan agar kita dibangkitkan dengan penuh ketakwaan dihadapan Dia nanti dan menjadi diri yang dipandang tinggi dikhalayak penduduk langit diatas sana. tak perlu hiraukan kehidupan duniawi sekarang kerana dengan adanya keutuhan akhirat dalam pegangan kita, maka utuhlah pegangan duniawi kita, insyaAllah dengan izinNya, :)
![]()
rindu si kenit ni.. entah buat apa la si debab di kat rumah tanpa saya.. hehe.. nanti minggu depan kakak balik, kita jumpa, kita main lagi okee.. tahu la, awak pon rindu kakak :D
p/s : dibumi Allah, tak perlu angkuh, kerana akhirnya kita akan mengadap Dia . Labels: all with the grace of God |