
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| cinta 2007
hampir setahun setengah aku menghabiskan masa di cfs, pelbagai ragam, pelbagai kisah, suka dan duka, serta tawa dan hiba. segalanya alhamdulillah dikongsi bersama . hampir setahun setengah juga, aku meninggalkan ibu dan bapa untuk mengejar ilmu yang tak seberapa ini, yang makin membuat aku dalam bayangan hendak ke mana kehidupan ku setelah tamatnya asasi disini. hampir setahun setengah juga, aku cuba bangkit dari kesakitan lalu, dari cerita lalu, dari kedukaan lalu, mengumpul air mata yang telah kering dek kisah dulu, hampir setahun setengah juga, aku cuba mengubah diri aku untuk kearah yang lebih baik, untuk menjadi insan yang lebih berguna, lebih berilmu dan lebih beramal, hampir setahun setengah, aku mencipta kenangan, aku mencipta sesuatu yang aku rasa aku tak mampu lakukannya satu ketika dahulu, *** aku kenal bermacam manusia di dunia, aku kenal mereka di sekolah rendah, aku kenal mereka di sekolah menengah, aku kenal mereka di zaman universiti (asasi) , aku ingin ia kekal sebagai kenangan indah dalam kehidupan aku, aku ingin ia menjadi kisah yang teramat indah, dan yang paling indah adalah aku dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat sekolah rendah yang dah lama tak jumpa, setelah 7 tahun kami tak berjumpa dan akhirnya ia jadi kenyataan bila dapat berjumpa. sungguh aku sangat tak puas, kerana ia hanya sehari dan seketika je, aku nak lama-lama, nak sangat lama.. lepas ni, aku habis asasi, korang masuk U, aku nak jumpa sapeee ? hmm, sedih tau tak.. korang kena tunggu aku jugak, aku tak kira, wajib tunggu. k lah, nak nangis bila cakap pasal korang semua, kbaiiii :D Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat |