Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
RINDU
Ya Allah, untuk kesekalian lamanya aku tak update apa-apa dalam blog kesayangan hamba ini.
Its almost 3 years babe aku abaikan penulisan aku ni. Sungguh aku duk mencari jugak mana pergi URL blog aku, dah lupa ka kononnya, try email password pulak lupa, and lastly semalam lepas godam aku jumpa balik blog and passwordnya.

Rindunya rasa nak menulis balik, dulu ada laptop boleh update sentiasa, sekarang nak mengharap komputer office atau kena pergi cc je lah baru boleh update pun. Weh segannya rasa baca update blog dulu-dulu, penuh jiwang, kesedihan, percintaan semua. Laghanya aku dulu weh, sampai lupa apa yang nak dicapai dalam hidup aku ni. Sebetulnya aku sendiri sampai sekarang tak tahu apa nak buat dalam hidup, buat itu tak kena buat ini tak kena. Nak sambung belajar, siapa yang taknak weh, dulu dah janji dengan diri sendiri nak belajar sampai PHD, Master semua, sampai ke overseas, tapi sekarang tengok la duduk dekat Universiti Wingzone. :')

Rasa ralat sangat la bila benda yang kita nak tak dapat ditunaikan, rasa semacam. Pencapaian dah baik, usaha dah habis masa SPM dulu, masa CFS dulu, and lastly duduk sini jadi apa pun tak tau lah. Sekarang tengah cuba lagi nak mohon kemasukan ke universiti, tak sanggup lagi dah nak biar otak ni makin tepu, 'dibiarkan begitu saja, terikat namun tak bertali' . Haha, lagu Haqiem Rusly la.

Sambil cuba kemasukan ke universiti sekarang pun tengah giat mencari kerja, mana tahu rezeki untuk terus bekerja kan, mudah-mudahan ada rezeki yang terbaik. Selama tiga tahun aku tak menulis, semuanya tulis dalam diary, dalam notes, dekat sini biar bersarang berhabuk, macam-macam kisah terjadi sepanjang tiga tahun ni weh. Semuanya berubah. Dah tak seperti dulu. I think i more stronger now than before. Dah taknak ada sejarah-sejarah buruk tentang percintaan tu lagi weh, rasa malu gila menangis sebab cinta, sebab lelaki. And now i selesa dengan my Lalan (now, present and future).

I think thats all for now, ada kesempatan memang aku nak cerita semua yang terjadi selama tiga tahun ni dalam ni. Tapi tunggu ada masa lah, sebab sekarang pun tengah keja, so tak boleh nak bercerita sangat, rasa semacam ja duk menaip laju-laju masa keja ni kan. Satg orang kata taip resignation letter ke tu. hahaha.




p/s : Never give up on something you really want. Its difficult to wait, but its more difficult to regret. 

Labels: ,



Older Post | Newer Post