
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| + malang tidak berbau
![]() Assalamualaikum. Bismillahhirohmanirrohim. :) dah lama rasa tak menaip belog kesayangan.. peneman di kala sunyi.. ye, sekarang amat sunyi. dengan keadaan yang Allah dan diri ini sahaja yang tahu , betullah kata orang bahawasanya segalanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t :) di satu petang, sibuk bermain dan berlatih untuk SMAC yang akan dijalankan bulan April nanti. nak wakil kos undang-undang dalam bola jaring kononnya, berlatih punya berlatih, aku terlupa yang aku dah lama tak melakukan aktiviti sukan, sebelum bersukan pon lupa nak warming up, so inilah jadinya, shoot bola, kejar bola, and then satu ketika rebah dekat tepi court. terdiam kaku. tak mampu nak cakap apa-apa. rasa macam kaki hilang sebelah, tapi mujurlah bila raba-raba kaki tu ada. hehe. ingat nak bangun terus sambung balik, tapi bila bangun rebah sekali lagi, sakitnya tempat tu hanya Dia yang tahu, langsung tak dapat jejak kaki ke tanah, ingatkan krem, so biarlah dulu kaki tu, rest je sekejap, tapi lelama lepas tu nak berjalan memang tak boleh, air mata dah mula membasahi pipi, tahan kesakitan, tahan semuanya, nak naik tingkat 4 sana tu ha pikir banyak kali, alahaaiii.. aku tetap husnuzhon dengan rancangan Allah. mujurlah ada sahabat yang setia dan sedia untuk membantu, diorang mula-mula nak dukung je naik atas, tapi aku tak nak menyusahkan diorang, biarlah aku cuba, and last aku dapat satu jalan, untuk merangkak dari belakang naik ke atas. sampai tingkat 4, kawan-kawan dukung letak atas katil, malu segan semua ada. huhu.. Asma urut kaki, kawasan yang bengkak tu ha, nik balut kaki tak nak bagi masuk angin, nurin pulak disisi, teman aku tidur, takut ada apa-apa yang aku perlukan. :) hanya Allah yang dapat balasa jasa baik kalian, aku doakan :) semalam Sabtu, pegi hospital nak cek tulang kaki, takut ada apa-apa, syiqin tolong papah sampai tangga, dan alhamdulillah, tak ada apa-apa yang teruk dan dapat MC 4 hari, and rabu ni ada appointment dengan doktor sukan. cewahh,. macam atlet pulak. haha. wateva , just hope the result is better :) masa balik dari hospital tu fikir takkan nak menyusahkan kawan-kawan lagi kan nak naik bilik. last-last asma dukung aku kat belakang and naik sampai tingkat 4, untuk sampai ke bilik nurin tolak dengan kerusi, acah-acah best gitu.. tapi dalam hati, aku sedih dengan pertolongan sahabat-sahabat aku, sungguh rasa syukur mereka adalah sahabat ku, dan mereka sungguh terbaik. :) p/s : sayang sahabatku. unnies buddies till jannah :) Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat |