
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| pantang aku
ada quote dekat twitter yang tulis, 'aku diam bila bersama dengan orang yang aku tak kenal' 'aku gila-gila bila bersama dengan kawan aku' 'itulah beza kawan dengan orang lain' tak, dia masalah dia sekarang, aku tak ada masalah dengan sape-sape melainkan dia cari pasal dulu dengan aku. aku tak cari pasal lagi dengan orang setakat ni, yelah banyak makan hati, banyak telan je apa orang luah, macam kutip sampah daripada manusia. aku diam tak bermakna aku dungu, tak bermakna boleh buat aku macam bibik, tak bermakna aku takda perasaan, tak bermakna aku ni bahan kau untuk kau sembur. tak, aku takkan pernah bagi dan izinkan orang buat macam tu dekat aku. tapi masalah dia sekarang, the moment bila kau tak bercakap dengan aku, aku takkan tegur tau. cukup sekali aku tegur pada awal tu, then kau balas acuh tak acuh, memang aku simpan dendam tahap nak mati ah aku cakap kat kau.. well, aku boleh je sembur kau depan-depan, tapi aku fikirkan perasaan kau, walaupon kau lempar taik dekat muka aku. eh, aku tak pernah kesah dengan manusia lain sebenarnya, sebab aku ni dah biasa kena tinggal sensorang tau. walaupon kekadang rasa lonely, tapi aku biasa je, sebab tu hati aku ni keras nak mati, kalah batu. aku takkan mengalah. tapi aku tak suka dan paling pantang kalau lawan mulut, kalau cakap belakang. doo, kau tak puas hati kau cakap depan-depan aku la sengal, takda guna Allah jadikan jasad aku sebegini rupa, kalau kau nak cakap dibelakang aku. aku jenis yang terima, walaupon aku akan rasa sakit, sebab apa? sebab aku tahu semua manusia ada side baik dan buruk. dan begitu jugak aku.. aku tak terkecuali. better, kau cakap depan aku, kau bagitau aku masalah kau apa dengan aku, daripada kau simpan, dan aku kena hadap muka pekasam kau hari-hari dalam bilik. argh, hati pendam mulut berbicara jugak, kau ingat aku tak sedar ke ? dan aku paling pantang orang judge opinion aku. hallooow, kita dekat Malaysia, have human right, have right of speech. kau pehal nak challenge aku punya opinion. kau punya opinion ada aku kacau ke pompuan ? ada aku bash ? ada ? aku paling pantang manusia macam ni. aku rasa nak bagi penumbuk je kalau iku hati tau. tapi aku sabar. mulut kau tu makin lama dah macam puaka, makin kurang ajar, pehal ? sakit hati dengan orang lain, lempar dekat orang lain, oh nice. memang muka aku untuk orang lempar taik je. dah ah, aku nak hadap muka kau seminggu je lagi. lepasni, aku pon tak kebulur. nasib la dah hujung sem kau buat perangai. kalau daripada awal, aku tak tau la nak hadap muka kau macam mana. mau aku kena datang tido bilik abah aku tiap minggu rasanya. cakap depan-depan jangan sorok-sorok. tak semua orang suka cakap depan sebenarnya. tapi kena la terima dan aku terima. tak puas hati cakap.. aku bila orang diam dengan aku, so aku balas la diam. kalau kau cakap, kau cerita, aku jawab, aku cakap dengan kau. ni tak, sakit hati ke sentap ke terus diam.. haa, memang aku boleh baca hati kau yang berulat tu. puihh Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat, cfs IIUM |