
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| kepada dia :)
masa laluku kini sudah melupakan, masa sekarangku kian giat aku tempuhi, masa depanku mohon agar lebih cerah dan bersinar. **** tiba-tiba kenangan lama kuat menerjah ke ingatan, sehingga terbawa dalam mimpi, ya Tuhan, apakah semua ini. aku makin tertanya-tanya dan makin khuatir, apa benda disebalik cerita ni, aku dah tak kuat, tersangat lemah, dan tersangat tak berdaya, mohon apa jua yang ditakdirkan, aku dapat tempuhinya dengan selamat :) makin lama, makin aku teringat, satu persatu kini kian bermain dipusat benakku, iaitu kenangan, bagaikan setiap pelusuk ada kenangan kita, aku tak tahu dah nak cakap apa, nak pikir apa, nak apa pon aku tak tau dah laa., kenapa perlu semua kenangan itu muncul sekarang ? disaat aku gigih untuk bangkit keseorangan, disaat mereka berbahagia, kenapa ? kenapa dan kenapa ?? aku dah cukup kental untuk bertahan tengok diorang, Tuhan, aku tahu, hanya Kau yang tahu perasaan aku saat itu, alahaii hati, kenapa sangat lemah. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. mungkin benar frasa itu, aku mungkin tidak baik. hahaha :P yee, aku mengaku tu semua, dan untuk awak :) ye awak laaa. saya dah maafkan segala-galanya dan galanya.. dont worry, be happy. segalanya saya takkan ungkit dan takkan pernah saya ungkit lagi pada masa depan .. mengapa aku memaafkan ?? entahla, mungkin aku hanya ingin memastikan dia bahagia, mungkin laa.. mungkin aku jugak nak tengok dia menjaga 'sang ratu' baru dihatinya, mungkin jugak aku nak melihat diorang berdua sentiasa gembira, sihat dan bahagia .. mungkinla kann.. huu kerana aku tahu dia seorang yang ikhlas bila dia menyayangi seseorang.. dan aku yakin, sayang dia pada si dia juga ikhlas.. aku hanya menumpang dalam kehidupan dia untuk sementara, dan terima kasih pada dia jugak sebab mengajar aku erti kasih sayang dan memberi aku merasai apa itu 'sayang' dan mungkin 'cinta' . hohoho. sekarang, aku yakin, mereka benar-benar bahagia dan bahagia serta amat bahagia, aku doakan itu, kerana kalian memang layak, saat aku terasa kehilangan dan teringat kisah lalu, aku mesti tengok korea. haha, sebab diorang sangat sweet dan akhirnya mereka berpisah, yaaa berpisah. itu sangat pedih dan amat pedih sekali.. hmmm but, macam Taemin pesan pada Naeun : walau dengan siapa pon awak lepas ni, INGATLAH, yang saya pernah wujud seketika dalam kehidupan awak :) tiada kata yang lebih mampu aku ucapkan, tiada lafaz kalimah yang hebat mampu aku ucapkan, hanya ucapan semoga bahagia dan selamat maju jaya, :) take care disana dan jaga dia sebaiknya..
yang benar lagi ikhlas,
NMN
Labels: all with the grace of God, ceritera cinta |