
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| * sedarkah kita
Assalamualaikum.
Hye, semuanya , macam biasa lah tak boleh nak update sokmo blog nih. kekadang je boleh disebabkan kesibukan yang melanda diri sebagai seorang student. Sebenarnya , diri ini kempunan mahu pulang ke rumah bertemu dengan keluarga yang nun jauh disana. tapi apakan daya, tugas sebagai pelajar tak dapat dielakkan lagi dan ini adalah salah satu pengorbanan yang perlu aku lakukan ..
Nak bercerita tapi tak tahu nak cerita pasal apa. bermacam cerita yang dilakarkan sepanjang minggu ini disini bersama sahabat-sahabat tercintaku disisi .. Hari selasa ni dah IGA, exam untuk english. just test macam midsem lah, tapi idok ler dipanggil midsem untuk subjek ni, sebab tak masuk pun dalam cgpa dekat universiti ni, just untuk kedudukan berapa lama kita kena stay disini dan mengadap kehidupan di uia ni :)
seperti kita tahu, kita hidup didunia ni kerana izin Allah yang membenarkan kita dilahirkan didunia serba mewah dan indah dari ciptaanNya . pernah tak sekali pun kita fikir, apakah tujuan kita dihidupkan didunia dan dibumi Allah ni ? Ya, aku bukan alim. aku bukan sempurna untuk menyatakan apa tujuan sebenar kita dijadikan didunia ni. tapi sekadar berkongsi untuk tatapan bersama dan sebagai peringatan tak ada salahnya.
kehidupan kita ibarat roda . kekadang diatas, kekadang dibawah. tak selamanya kita akan berada diatas, tak selamanya kita akan berada dibawah kerana Allah tahu kebolehan setiap hamba-hambaNya.. dia tahu tahap kemampuan hamba Dia, dan Dia takkan menguji kita diluar kemampuan kita.. makin kuat dan hebat tahap ujian Dia kepada kita, makin kuat sayang dan rindu Dia kepada kita.. Dia uji kita sebab Dia rindu kita. rindu nak dengar rintihan kita. rindu nak dengar kita mengadu. rindu nak kita mengadap Dia.
kita tak perlu riak, tak perlu bangga dengan status kita kat dunia ni. sebab ini adalah dunia semata-mata..buat apa kita nak berlagak kat bumi Allah ni. bukan kita yang menciptakan bumi ni. jadi tak ada salahnya kita turunkan ego, kita ikut segala perintah Allah. kita hanya kerdil, tak mampu melwan segala kekuasaan Dia, tak akan mampu dan tak akan pernah mampu.. itu adalah pasti.. tapi kita boleh berdiri megah dihadapan Dia dengan ketakwaan serta keimanan yang kita miliki , di padang masyar kelak , kerana hanya ketakwaan yang membezakan seseorang.. Dia tak pernah membezakan setiap hambaNya tapi kita sendiri yang membezakan antara manusia hanya kerana darjat.. itulah manusia..
kita mohon pada Tuhan, mudah-mudahan agar kita dibangkitkan dengan penuh ketakwaan dihadapan Dia nanti dan menjadi diri yang dipandang tinggi dikhalayak penduduk langit diatas sana. tak perlu hiraukan kehidupan duniawi sekarang kerana dengan adanya keutuhan akhirat dalam pegangan kita, maka utuhlah pegangan duniawi kita, insyaAllah dengan izinNya, :)
![]()
rindu si kenit ni.. entah buat apa la si debab di kat rumah tanpa saya.. hehe.. nanti minggu depan kakak balik, kita jumpa, kita main lagi okee.. tahu la, awak pon rindu kakak :D
p/s : dibumi Allah, tak perlu angkuh, kerana akhirnya kita akan mengadap Dia . Labels: all with the grace of God |