Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
rebah

pernah terfikir kenapa manusia itu diciptakan berpasangan ? sebab mereka memerlukan antara satu sama lain.. kehidupan aku juga begitu, dan sebab itu aku perlukan ibu dan ayah aku serta rakan-rakan yang merupakan tulang belakang aku, penguat diri aku, semangat aku .. semuanya ada pada mereka.. tapi kita kena ingat satu hal bahawasanya, manusia itu datang dan pergi begitu sahaja... aku cuba menganggap, bahawa ini adalah aturan dari yang Maha Kuasa, yang mempertemukan keranaNya, juga yang memisahkan keranaNya .. aku tak mampu nak melawan segala takdir yang ditetapkan oleh Dia, tapi aku mampu untuk cuba kuat, merancang kehidupan aku yang seterusnya, selepas aku kehilangan orang-orang ini.

manusia itu datang dan pergi
manusia itu ada dan tiada
manusia itu perlu dan tidak
manusia itu amanah dari Allah untuk dipelihara..

jika seseorang itu datang dalam kehidupan kita, maka ada tujuan yang Allah berikan kepada kita,
tatkala aku tak mampu lagi hendak memikul tanggungjawab tersebut, aku menyerah dan aku melepaskan ,

tujuan kehidupan aku sebagai hamba Allah juga masih belum cukup sempurna ditunaikan,
tak perlu untuk aku sibukkan diri hendak menjaga mana-mana manusia,
walaupun aku sakit,
walaupun aku pedih,
walaupun aku tak tahan,
aku harus menerima setiap qada' dan qadar Dia.
Dia yang maha Kaya, yang Maha Mengetahui, hebat merancang sesuatu perjalanan kisah hidup kita..

setiap hal yang berlaku ada hikmah disebaliknya,
setiap kali aku kehilangan seseorang, aku bertanya kepada Dia, apakah aku belum cukup layak untuk menjaga sekeping hati ??
apakah aku belum cukup mampu untuk menjaga diri aku dan dia,

dan hati aku sendiri berkata bahawa, aku masih tidak mampu untuk menjaga diri aku sendiri,
aku masih tidak mampu membuat keputusan sendiri,
aku masih takut untuk mengatakan tidak pada manusia lain, yang memohon sesuatu dari aku,
aku takut mereka berkecil hati,
sehinggakan, aku terpaksa berjauhan dengan mereka agar mereka faham bahawa aku sedang cuba untuk memuaskan hati semua orang,

aku masih mampu hidup dan berjalan tanpa si dia yang ajnabi denganku,
aku masih boleh menggunakan kudratku untuk melakukan semua pekerjaan,
aku masih boleh bernyawa walaupun tiada sesiapa disisi aku,
kerana aku yakin, sahabat, keluarga serta yang Maha Esa sudah cukup untuk aku,



p/s : aku tak nak kata-kata melebihi perbuatan. tolong buktikan, jika kau benar-benar ikhlas :')

Labels: , ,



Older Post | Newer Post