
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| aku sedang mencuba :'(
![]() Assalamualaikum.. :) hari ni 15 Mei 2013.. aku kembali 'obses' untuk menaip something di sini walaupun aku ketandusan idea yang amat sangat.. tak ada benda sangat nak cerita ni semenjak aku dah berhenti kerja.. kalau tak ada la sikit kan cerita nak tell u olss.. :P tapi sekarang ni otak dah sempit bagai adnan sempit.. dah dihimpit dengan pilihan untuk sambung belajar nanti.. entah laa.. itu macam satu trauma untuk aku,.. aku pening.. bingung.. pusingg.. tak tau nak pilih yang mana.. selangkah lagi untuk aku ke overseas.. tapi aku tak siapkan lagi pasport.. macam mana ni ?? matrik pulak dah terngiang-ngiang duk panggil aku.. tergedik bagai nak p pahang ni haa.. universiti pulak masih setia aku nantikan panggilan darinya.. uhuuu.. keputusan untuk interview universiti malaya pulak entah bila dapat tahu.. sungguh.. aku amat bosan sikit di rumah.. tapi aku pasti akan merindui mereka di rumah nanti... :) 16 mei esok.. hari guru.. husna cakap esok ada majlis kesyukuran untuk pelajar-pelajar yang terima anugerah kecemerlangan haritu.. maklumlah anugerah haritu aku tak p pon kan.. jauh amat.. so, ada la pengganti yang tolong ambilkan.. esok InsyaAllah aku akan hadir ke majlis itu kalau tiada aral yang melintang la.. :) aku happy jugak dapat jumpa kengkawan lama kat sana.. rindu pon rindu.. gelak tawa bagai.. lepas ni dah tak ada lagi dah.. :D semua dah berpisah ke pelusuk benua masing-masing.. baru-baru ni aku di'gempar'kan dengan satu cerita yang aku pon susah nak percaya.. susah sangat.. mak ngah bagitau mama yang sepupu aku, epoi, cerita, bahawasanya kawan kitorang yang nama zi tu duk jual aiq ketum.. haha.. hampa tau aiq ketum tu ap?? cari la sendiri.. orang kedah banyak la minu aiq ni.. ni berjaga tengah-tengah malam.. macam minuman tenaga jugak la kan.. terkejut kot aku.. setahu aku dia baik.. dia ok.. tapi awat yang boleh menyimpang jauh sangat.. nauzubillahiminzalik.. aku sedih jugak.. kenapa nak buat kerja macam tu padahal yang tiap-tiap hari dapat duit keja kat kedai makan tu, dah cukup untuk sara hidup.. bujang ja kot.. bukannya kawin lagi.. bila aku nasihat suruh p belajar, cakap tak sedia lagi.. at least benda ni boleh menjamin masa depan hang jugak kan.. ok fine.. nasihat aku tak ada sape yang nak dengar pon... dulu pon aku bukannya jenis makan saman sangat pon.. haha.. 2x5 jugak la.. tapi aku sedar.. kalau bukan orang lain bagi nasihat dan tegur kita sape lagi kan.. kita tak mampu tegur diri sendiri.. nak tengok kesalahan kita pon payah nak nampak.. orang lain yang layak nilai kita.. kalau kita nilai diri sendiri semuanya perfect. tak ada langsung yang imperfect.. right ?? :D apa-apa pon tatkala kawan sudah tersasar jauh takkan kita nak meninggalkan dia terumbang-ambing di situ.. so, aku perlu tarik dia dari hanyut walaupun aku masih terkapai-kapai di tengah lautan selat melaka lagi.. hehe.. tapi benar.. ilmu yang aku miliki masih belum cukup.. aku belum cukup berusaha untuk membawa diri aku ke jalan yang lurus.. aku berusaha dan berusaha sehingga terkadang aku sendiri berputus asa kerana aku kurang mencari dan meneroka ilmu.. p/s : Aku yakin dalam setiap langkah aku ditemani Allah.. Allah ada untuk aku sentiasa.. yang perlu aku lakukan hanya mencari dan meminta dariNya.. :) aku pasrah dan tawakal dengan semua yang telah ditakdirkan.. kerana ustaz azhar cakap segalanya tentang kita telah ditakdirkan sejak kita berumur 4 bulan dalam perut mak kita.. :D so, i accept all the given by YOU, ALLAH. Labels: all with the grace of God, my hard, my hope, my life, my soul, my spirit |