
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| aku sedang mencuba :'(
![]() Assalamualaikum.. :) hari ni 15 Mei 2013.. aku kembali 'obses' untuk menaip something di sini walaupun aku ketandusan idea yang amat sangat.. tak ada benda sangat nak cerita ni semenjak aku dah berhenti kerja.. kalau tak ada la sikit kan cerita nak tell u olss.. :P tapi sekarang ni otak dah sempit bagai adnan sempit.. dah dihimpit dengan pilihan untuk sambung belajar nanti.. entah laa.. itu macam satu trauma untuk aku,.. aku pening.. bingung.. pusingg.. tak tau nak pilih yang mana.. selangkah lagi untuk aku ke overseas.. tapi aku tak siapkan lagi pasport.. macam mana ni ?? matrik pulak dah terngiang-ngiang duk panggil aku.. tergedik bagai nak p pahang ni haa.. universiti pulak masih setia aku nantikan panggilan darinya.. uhuuu.. keputusan untuk interview universiti malaya pulak entah bila dapat tahu.. sungguh.. aku amat bosan sikit di rumah.. tapi aku pasti akan merindui mereka di rumah nanti... :) 16 mei esok.. hari guru.. husna cakap esok ada majlis kesyukuran untuk pelajar-pelajar yang terima anugerah kecemerlangan haritu.. maklumlah anugerah haritu aku tak p pon kan.. jauh amat.. so, ada la pengganti yang tolong ambilkan.. esok InsyaAllah aku akan hadir ke majlis itu kalau tiada aral yang melintang la.. :) aku happy jugak dapat jumpa kengkawan lama kat sana.. rindu pon rindu.. gelak tawa bagai.. lepas ni dah tak ada lagi dah.. :D semua dah berpisah ke pelusuk benua masing-masing.. baru-baru ni aku di'gempar'kan dengan satu cerita yang aku pon susah nak percaya.. susah sangat.. mak ngah bagitau mama yang sepupu aku, epoi, cerita, bahawasanya kawan kitorang yang nama zi tu duk jual aiq ketum.. haha.. hampa tau aiq ketum tu ap?? cari la sendiri.. orang kedah banyak la minu aiq ni.. ni berjaga tengah-tengah malam.. macam minuman tenaga jugak la kan.. terkejut kot aku.. setahu aku dia baik.. dia ok.. tapi awat yang boleh menyimpang jauh sangat.. nauzubillahiminzalik.. aku sedih jugak.. kenapa nak buat kerja macam tu padahal yang tiap-tiap hari dapat duit keja kat kedai makan tu, dah cukup untuk sara hidup.. bujang ja kot.. bukannya kawin lagi.. bila aku nasihat suruh p belajar, cakap tak sedia lagi.. at least benda ni boleh menjamin masa depan hang jugak kan.. ok fine.. nasihat aku tak ada sape yang nak dengar pon... dulu pon aku bukannya jenis makan saman sangat pon.. haha.. 2x5 jugak la.. tapi aku sedar.. kalau bukan orang lain bagi nasihat dan tegur kita sape lagi kan.. kita tak mampu tegur diri sendiri.. nak tengok kesalahan kita pon payah nak nampak.. orang lain yang layak nilai kita.. kalau kita nilai diri sendiri semuanya perfect. tak ada langsung yang imperfect.. right ?? :D apa-apa pon tatkala kawan sudah tersasar jauh takkan kita nak meninggalkan dia terumbang-ambing di situ.. so, aku perlu tarik dia dari hanyut walaupun aku masih terkapai-kapai di tengah lautan selat melaka lagi.. hehe.. tapi benar.. ilmu yang aku miliki masih belum cukup.. aku belum cukup berusaha untuk membawa diri aku ke jalan yang lurus.. aku berusaha dan berusaha sehingga terkadang aku sendiri berputus asa kerana aku kurang mencari dan meneroka ilmu.. p/s : Aku yakin dalam setiap langkah aku ditemani Allah.. Allah ada untuk aku sentiasa.. yang perlu aku lakukan hanya mencari dan meminta dariNya.. :) aku pasrah dan tawakal dengan semua yang telah ditakdirkan.. kerana ustaz azhar cakap segalanya tentang kita telah ditakdirkan sejak kita berumur 4 bulan dalam perut mak kita.. :D so, i accept all the given by YOU, ALLAH. Labels: all with the grace of God, my hard, my hope, my life, my soul, my spirit Interview Pengajian Islam UM :)
Salam barakah di hari Isnin dan moga semua hambaNya di bawah lindunganNya dengan aman dan damai.. benda ni ah agak lama tapi aku tetap nak menceritakan di sini tentang interview aku di UM dalam minggu lepas mungkin. sebab tarikhnya pada 29 April 2013.. ISNIN Seusai subuh sudah bertolak ke negeri Kuala Lumpur dengan ayahanda aku yang sanggup datang dari Terengganu ke sini hanya untuk menemani aku ke interview itu.. Act, aku tak pergi pon ke interview tesl Uitm.. sebab aku tak nak speaking.. and aku meletakkan harapan untuk ke UM bagi menggantikan UiTM tu.. so, bila dah bertolak, kami pon belum bersarapan, singgah di R&R, makan-makan untuk mengalas perut.. tapi aku tak ada selera.. mana taknya, dengan buku di tangan masa tu, nak membaca segala hukum-hakam agama.. mula-mula berfikiran mereka akan menanyakan tentang isu-isu agama kalau pengajian islam ni.. watlek.. watpeacee.. hehe.. :P so, dalam pukul 11 lebih dah sampai kat Kuala Lumpur dan kereta kelisa tu sudah masuk ke lebuhraya Persekutuan.. memang sesak time tu.. masuk dari Damansara dan mencari jalan untuk ke UM.. katanya dekat dengan UIA.. tapi masa aku p sana tak nampak la pulak UIA tu.. tak apa, mata aku masih berkeliaran mencari kelibat UM.. mula-mula masuk ke Hospital UM... tapi bukan di situ.. kami semakin hampir dengan tempat itu.. pada hari tu banyak interview yang dijalankan.. maklumlah, nak cepatkan.. so, dalm 15 minit macam tu kami sampai di hadapan Universiti Malaya dan terus masuk.. memberi borang temuduga kepada cik abang pengawal tu dan dia kasi direction untuk ke fakulti pengajian islam... memang luas.. kat sana, dapat lihat perpusatakaan yang menyimpan penulisan dan karay Za'ba.. fuhh memang luas.. dan memang universiti terlama bertapak di Malaysia.. kawasan perumahan untuk mahasiswa dan mahasiswi pon banyak.. kalau tak silap aku dalam 10 bahagian.. mungkin ada peringkatnya.. tetapi fakulti pengajian islam ni jauh di belakang sana.. seusai sampai di sana, dah banyak kereta kat depan tu.. ceh, turun kereta dengan langkah yang sangat yakin la kononnya.. padahal dalam hati cuak giler nak mengadap penemu duga tu haa.. and then, masuk ke dewan tempat menunggu temu duga tu,... masyaAllah memang ramai.. tapi aku untung sebab sesi pukul 2 petang.. so walaupun sampai awal, sempat jalan-jalan dalam kawasan UM tu sekejap.. abah cakap lama lagi nak tunggu.. and ajak aku singgah kat masjid yang berdekatan.. p lah kat sana.. untuk berehat sekejap saja.. zuhur belum masuk lagi time tu.. mungkin dalam 12 lebih waktu tu.. yang aku terharunya, ramai warga asing singgah ke masjid dan mengambil gambar kawasan masjid tu.. mereka terpaksa pakai jubah purple yang telah dikhaskan bagi mereka yang kurang menutup aurat.. huhu.. aku bosan.. ajak abah pergi sana balik and kami sesat.. haha..berputar-putar entah ke mana kami di sekitar lembah Kuala Lumpur tu.. bila dah bertanya arah kami sampai kembali kat sana dan terus pergi makan sekejap sementara tunggu waktu solat masuk.. uissh.. rasa janggal gila bila makan kat tempat macam tu.. ada terjumpa abang form 6 yang sekolah kat Smkani dulu nih.. tapi aku tak ingat nama dia apa.. dan setahu aku dia Stpm tahun aku Spm.. ada paham ka ?? haha.. dah makan, p solat dulu dekat surau.. ramai akak-akak yang baik and senyum sentiasa.. pakaian mereka memang melambangkan wanita muslimah yang sejati.. aku suka.. terdetik kat hati aku nak macam mereka.. istiqamah dan istiqamah.. :) seusai solat, terus melaporkan diri untuk ditemuduga.. aku dapat bilik 2 kumpulan 4.. haa.. sambil tunggu giliran aku, macam-macam la diorang ni bercerita.. yang dah selesai di interview tu, cakap yang kita akan ditemu duga dalam BI n BA sahaja,.. bahasa melayu tak dilayan.. haa.. dengar tu.. aku cepat-cepat membuka kembali kosa kata bahasa arab aku yang masih ada untuk dibuat ayat.. sambil-sambil google search and otak search, aku tanya ayah aku tentang PRU13.. bila parlimen dibubarkan, bila mengundi, bila undi pos.. and semua berkaitan PRU13.. katanya lagi, masa sesi perkenalkan diri harus dalam bahasa arab.. ayoyooo... Ismi Nadia.. Askunu fi Ipoh Perak n macam-macam duk tulis and reka ayat.. memang cuak giler.. huhu.. tibanya giliran kumpulan 4, tapi yang datang kami berdua sahaja,.. yang sorang lagi budak KISAS.. okey.. gabung dengan kumpulan 5, and masuk bilik 2 dengan keadaan pasrah.. :( 'ok, sebelum ni dah dengar banyak cakap arab.. sekarang nak dengar cakap english pulak' *Alhamdulillah, lega yang amat rasanya.. 'so, introduce yourself' si kawan aku yang sorang tu cakap dulu sebab dia first and aku yang kedua.. 'My name is Nadia.. I live at Ipoh Perak and studied at Smkani Terengganu.....' 'how can you come so far from Ipoh to Terengganu.. In Ipoh there's no school or what?' 'i had to follow my father who have to transfer from Terengganu and after spm i move to Perak..' yang lucunya penemuduga sorang tu orang Ganu bohh.. tapi dop tahu mane smkani at Kuala Besut.. haha.. boleh kiro la budak Kuala Besut selama 5 tahun ni kecek ore putih.. :P aku berterus terang la.. 'actually my first choice is UIA.. and i come here to get an experience for interview.. btw, i also wants to continue my studies in pengajian islam (rojak sikit), but i focus more in account..' oke tak aku speaking.. hehe.. lepas peserta ke 5, tiba lah tugasan berkumpulan.. hahaha.. disini aku hanya menambah-nambah apa yang patut je.. dah la discussion pon dalam english, memang ho la weiii.. mamat sebelah tu lulusan Institut Tahfiz rasanya, tapi sporting membantu rakan-rakan sekumpulan.. setelah tamat interview dalam perjalanan tu hujan turun dengan lebat.. ada akak yang menumpangkan aku di bawah payungnya tapi ayah aku dah pergi mengambil kereta untuk pulang ke rumah.. dalam kereta bercerita bagai aku ni dekat ayah aku.. :P dia boleh gelak ja kat aku..ok FINE!!!. :p p/s ; laporan perubatan dah siap.. pengesahan dari kaunselor belum lagi dapat.. aku nak melangkah ye Labels: all with the grace of God, happy moment, my hard, my soul, wish the best luck for me |