
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| My new life at CFS of IIUM :)
Assalamualaikum wbt.. untuk kesekalian kalinya aku sempat update blog selepas hampir sebulan menelaah di cfs iium tu.. banyak sangat cerita yang hendak dikongsikan bersama tapi maklum sajalah masa amat tidak mengizinkan untuk sementara waktu tu.. :) . so, kalau nak cerita dari hari ke hari sampai malam pun aku takkan dapat habiskan cerita tentang cfs ni.. tapi aku tetap nak cerita di sini agar ia dijadikan memori untuk tatapan aku kelak :D first day daftar berpusu-pusu orang yang nak masuk dalam situ dan parking memang tak payah cakap lah.. memang full.. sampai kena park dekat belakang FZC (Fatimah Az-Zahra college). mak n adik-adik ikut aku p daftar.. and first time dalam hidup aku waktu daftar kena p sendiri.. OMG..memang nak nangis time tu.. aku perlukan mama.. mana aku nak reti bab-bab daftar ni semua.. but aku cuba tabahkan diri aku untuk hadapi tu semua dengan tabah ok.. 'awak ada penyakit apa-apa tak? lelah atau sebagainya?' 'tak ada. alhamdulillah sihat je' 'haa. ok.. nah . pegi mahallah Aisyah tingkat 4 ok?' haha.. nak jerit terus time tu.. aku ingat dia tanya sakit tu sebab apa, rupanya nak bagi aku tingkat 4.. eeii.. sengal taw tak.. aku tak berani nak tipu, kot-kot dia cek medical check-up.. adoii.. frustrated u know.!! n then ada sister sorang tu suruh p amik gambar untuk matric card.. kena g sorang-sorang jugak.. n my family waited at waiting area.. so, walk alone to the multi lab.. ohh.. sangat stress walaupun first day.. dah selesai amik gambar tu semua, tiba masa untuk ke mahallah aisyah yang terletak nun jauh di atas bukit sana.. jauh.. tinggi.. atas sekali bilik aku.. dan hujung sekali.. oohh.. memang satu dugaan dan cabaran.. dah naik ke bilik hanya tinggal satu tempat je yang kosong and aku tahu tu tempat aku.. ada sape-sape lagi e yang nak masuk bilik tu kan.. huhu.. susun barang atas katil n turun follow my parents.. nak nangis sangat sebab keadaan yang sempit, ramai and panas memang mencabar tahap kesabaran seseorang.. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() kami semua ni student law.. cuba untuk mengubah undang-undang sekarang berasaskan Islam.. aku akn cuba untuk sambung ke syariah.. insyaALLAH berkat doa ibu bapa aku aku takkan mengalah dan terus berjuang.. tetapi aku juga berdoa bahawa permohonan untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam pengajian islam dan bahasa arab akan termakbul.. Allah.. :') insyaAllah esok dah mula pengajian aku di cfs ni untuk Law.. kawan-kawan doakan saya :) Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat, liku-liku kehidupan, my soul, my spirit |