Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
yesterday :*


Assalamualaikum untuk kesekelian kalinya sahabat :)



Bertemankan dengan suasana kehujanan macam ni aku rasa macam sayu je. Dan dalam masa yang sama aku juga sedang menunggu untuk ke kelas.. Lambat lagi lah nak mula.. so amik kesempatan ni survey youtube, google, facebook, twitter and so on untuk menambahkan sedikit pengetahuan lah :) . hujan makin lebat kat luar sana.. menemani aku yang sedang mencari idea untuk menaip hikayat disini.. Ya, Allah menurunkan rahmatNya buat kita, buat hambaNya.. masa macam ni lah nak cari pendekatan yang terbaik untuk menuntut sesuatu ilmu pengetahuan.. bagi aku benda ni kita kena cari sebab ada Hadith yang berbunyi, Ilmu itu hendaklah dicari bukanlah mencari. ilmu ada di mana-mana.. :D



cukuplah muqaddimah di situ..
masuklah ke topiknya yang sebenar dah jauh sangat dah tu tersasar dari jalan yang sebenar .. hehe.




semalam pergi dekat FSCC and BSC launching and branding. sepatutnya mula pukul 8 kerana kami menerima mesej tu dan isinya ditulis jam 8 start.. yahh.. dengan makan tak kenyangnya berlari-lari anak untuk ke AMF Hall, sampai-sampai je sangat bez tengok kat dalam dewan tu.. dipenuhi dengan beberapa orang je.. boleh kira lah dengan tangan ni haa.. and then aku n qin ambik la tempat depan *second saf .lama jugak lah nak tunggu.. tapi sementara nak tunggu semua hadir, dihiburkan dengan lagu-lagu yang menyeronokkan jugak la.. menyentuh kalbu pon ada.. lagu Mahallah aku pon turut didendangkan. bergema la satu Hall tu.. so aku bebas jugak la nak join nyanyi same :D

pukul 9 macam tu la program mula.. masuknya komiti FSCC and the geng semua, lepas tu ucapan  ketua FSCC ni, and then apa entah.. jamuan ringan kot.. ada lah ditayangkan video FSCC n BSC . tapi tak ada pon video untuk ahli-ahli FSCC .. :( sedih der.. aku pegi juz nak tengok yang tu je kot.. haha.. sengal je, tapi its true la babe, aku siap suruh budak bilik aku datang segala semata-mata nak tnjuk kat diorang aku ada dalam video tu.. yang sampai balik meeting 12 lebih.. and last hampeh..!



bila semua nya dah selesai tiba pulak ucapan daripada Dean maybe.. bagi ucapan yang terlalu lama dan ada la beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada speech dia tu.. even dia sendiri tak tahu nak stop dekat mana.. can you see that ? we are awesome right ? :P


tamatnya program tu aku balik bilik beriringan dengan nik,qin,and sahabat-sahabat nik lah.. tak berapa ingat nama.. :) sampai je bilik aku terus cerita dekat nurin.. apa yang jadi dekat AMF tu.. hehe.. kami budak yang talkative amat.. al maklumlah budak Law.. kena la cakap banyak.. kalau tak dah kena hentam la dengan lawyer lawan tu.. lepas tu ngadap pulak laptop ni padahal dah tahu dah yang esok (harini) ada presentation untuk ICT.. omg.. minggu ni adalah minggu sent assignment. memang dah macam musang semua budak bilik aku.. pagi tido.. malam pulak berjaga.. haa.. nampak tak permainan dia :P


sambil-sambil tengah walkie-talkie tu, sambil selak la jugak kan buku ICT tu.. memang mati lah kalau tak leh nak present sebaik mungkin nanti.. and at last tertido macam tu ja.. :D . memang tu lumrah hidup aku kalau buka buku yang penuh dengan ayat... cuba lah hias dengan lejar am ke, jurnal belian atau jualan ke, buku tunai ke, apa ke.. tak da la den lena kat situ..

oh yeaahh.. before the end, I would like to say, that aku rindu nak balik rumah :( .. dah 2 minggu tak balik.. hope mama dapat datang hujung minggu ni okey :D kita p skating nak ? sayang mama and abah and semua.. :)



p/s :Our Lord, let not our hearts deviate after You have guided us and grant us from Yourself mercy. Indeed you are the Bestower.

Labels: , ,



Older Post | Newer Post