Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
+ cukup lah ..
Assalamualaikum dan selamat malam.


tahu tak yang budak nie tersangat lah comel. kekadang membuatkan orang yang melihatnya rasa nak cium, cubit, tampar, dan macam-macam.. lihatlah tangannya yang montok.. wahaaii furqan, sungguh merindui kamu. 

bukan hal kanak-kanak ini yang mahu diceritakan.. saja nak menyemakkan blog ni dengan cerita yang memang tak dibaca orang.. cuma sekadar meluahkan apa yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata.. tak semua benda dapat kita huraikan dengan kata-kata.. cukup dengan menyimpan, menahan dan akhirnya dipaparkan pada wajah blog yang kian usam begini.. beginilah cara aku menyatakan sesuatu.. mungkin agak berat untuk menceritakan pada sesiapa.. maklumlah, setiap manusia ada sendiri masalah dia.. tak mungkin kita dapat samakan semua masalah dia dengan kita. tapi mungkin kita perlukan orang untuk ringankan walaupun sedikit bebanan di kepala.. 

tapi harus ingat. tak semua benda yang kita cerita itu, disukai oleh yang mendengar. mungkin dia dengar, tapi kita tak tahu hakikatnya.. jadi lebih baik mengadu sang Pencipta kita di atas sana.. mungkin berkongsi dengan sahabat boleh, tapi tak perlu terlalu menaruh harapan tinggi.. mungkin ini sebagai garis panduan untuk aku supaya berhenti bercerita sesama manusia.. kalau tak ada yang tambah, mungkin akan terkurang.. atau mungkin terselit sedikit kebohongan. ye, manusia tak pernah lari dari buat silap.. syaitan tak pernah berhenti membisik kepada umat Nabi Adam hinggalah dia sesat sehigga ke hari kiamat.. mungkin kita berjanji untuk berhenti buat perkara yang orang tak suka, tapi, apa daya kita.. kita sendiri lemah.. nasib kita sudah tertulis di atas sana sejak kita dilahirkan.. beginilah cara hidup kita.. mungkin kita hanya perlu baiki di mana yang kurang. pedulikan segala cemuhan dan tomahan orang ramai.. mungkin mereka juga akan membuat perkara yang sama apabila mereka menyedari tentang hakikat yang sebenar.. 

***

SPM.. Sijil Pelajaran Malaysia.. tinggal beberapa bulan lagi.. selepas cuti beraya terus Trial. macam mana nak hadapi semua ni kalau tak ada ilmu.. aku sering minta pertolongan daripada abang-abang n kakak-kakak yang dahulunya, memandangkan aku juga lemah dalam pelajaran.. aku perlu bertanya kerana itu pesan guru-guru, bertanyalah pada yang pandai kalau nak pandai.. dan kalau dah pandai ajarlah pada orang supaya kita lebih pandai.. tetapi ada saja yang akan cakap kita memandai-mandai.. itulah manusia.. semua yang kita buat serba tak kena di mata dia.. sekali kita buat benda yang dia tak suka, segalanya akan jadi racun pada dia... tak sanggup untuk melihatnya.. sudah! . kalau tak sanggup tengok, jangan tengok. butakan mata seketika saat melihat aku. aku tak pernah minta untuk dipandang.. tak pernah minta untuk dilihat 24 jam.. tak pernah sama sekali.. cukup hanya mengetahui kewujudan aku di atas muka bumi Allah ini.. 

sudahlah.. kalau tak suka berhenti sahaj sampai di situ.. aku juga akan berhenti sederap langkah menghampiri pendekatan yang dulu.. sudah, aku juga lemah.. sedang berusaha untuk bangun.. 

Tuhan, beri aku kekuatan dalam segala hal.

Labels: , ,



Older Post | Newer Post