
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| * 12.12.12
![]()
Salam petang dan salam ukhuwah lillahitaala.. :) diharapkan semuanya dalam keadaan yang baik hendaknya Alhamdulillah.. Bismillahirrahmanirohim.. penulisan aku ini dibukakan dengan satu kalimah yang sangat besar dan sering meniti di bibir seluruh umat manusia yang beragama Islam :)
pada tarikh 12.12.12 ni, kem Pugk adakan hari sukaneka untuk kanak-kanak.. oh yeahh :) menghiburkan la jugak daripada tak buat langsung.. awal pagi dah pegi.. tapi tak ada la awal sangat.. cuma dalam pukul sembilan gitu dah bertolak.. aku naik moto dengan adik aku. n aku suruh dia yang bawa.. huhu.. aku malas nak pakai topi keledar.. malu kononnya.. :D padahal takut tudung tak menjadi jerk.. huhu
sampai sana mencari lokasi strategik untuk duduk.. tapi bila dengar pengerusi tu cakap ada cabutan bertuah punya la pi busy body nak pi amik nombor.. tapi tak dapat pon sebab dah habis.. malu je.. lepas tu pegi pulak kat tempat acara sukan sedang berlangsung tu.. masa sampai tu acara bowling guna buah kelapa untuk kategori dewasa sedang dijalankan.. tak dapat sambutan mana la kan.. lepas tu baru kategori budak-budak.. aku dah macam pasukan sorak je duk suruh bebudak tu cepat.. CEPAT! CEPAT! NO 111.. haha..
and then duduk kat tempat ala-ala tengok perlawan bola sepak tu. duduk situ sambil makan bihun goreng + air sirap sambil melihat acara kat depan sana.. lepas tu adik-adik aku ada la yang libatkan diri dengan acara tu.. bawa bola ping pong dengan sudu.. lari dalam guni.. main tarik upih.. haha.. aku nak masuk acara tu tapi aku takot orang tak berapa nak larat bila tarik aku.. sebabnya kena tukar-tukar tarik. kalau tak tukar aku rela menarik orang.. cik Baiti pon aku boleh tarik punya.. body katang kang.. :D
lepas dah lama sangat menunggu and ada satu acara tu terbuka.. larian sehati sejiwa.. haha.. *kalau ada pasangan mesti lagi syok :P. tapi tak apa dengan cik Baiti pon jadi la kan.. hehe.. mula-mula tu segan gak sebab kena peluk segala bagai.. ye lah dah la kaki kena ikat dek tali lembu, lepas tu kena lari laju-laju.. yang hampehnya, hadiah yang disediakan hanyalah satu.. memang tak syok langsung la.. bila wisel mula dah bunyi, lari sekuat hati ni.. *baru perasan aku masih jaguh dalam acara berlari.. HAHA. :p ingat tak ada dah manusia kat belakang.. dan ingat aku dan cik Baiti la dapat no satu, ntah datang daripada mana budak kecik tu, tiba-tiba sampai dulu kat garisan penamat.. huhu.. tak ada rezeki la katakan.. tak apa.. sekurang-kuangnya kami bergembira sambil menghitung hari kami nak berpisah dari Pugk ni.. :(
last tu pi makan nasi air kat kuala besut sana.. sebelum pindah nak makan puas-puas nasi air yang ada letak kopeh, ikan bilis, sayur kangkung.. kat sana takkan jumpa dah melainkan aku nak niaga.. haha.. oh tidakk.. aku nak keja tapi keja benda lain.. maybe jadi cashier.. cehh.. :D
semalam, sambil menunggu detik 12.12.12 mesej la dengan manusia tu.. huhu.. boleh dia pi tidoq tinggal aku terkotak-katik tengah-tengah malam sorang-sorang.. ish.. memang tak munasabah lansung kan.. tak pe.. :) mesej pulak dengan Ji.. aku jenis yang tak boleh kalau hutang dengan orang dan aku tak bayar.. aku tetap akan ingat sampai bila-bila walaupun nilai tu hanya 10 sen.. aku sangat berkira .. tapi kalau orang hutang dengan aku, aku tak kisah.. sebab dalam hadis Nabi, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima kan.. jadi aku nak jadi seorang yang ikhlas ketika memberi :)
bila dah ganti balik topup Ji, dia marah aku balik.. huhu.. dia cakap, aku tak hargai pertolongan dia yang tak seberapa tu.. dia cakap, dia sedar dia tak dapat nak bagi yang mewah dan mahal-mahal.. ya Allah.. aku langsung tak pandang pada kemewahan.. tapi itu memang sifat aku.. jadi setelah aku mintak maaf dan pujuk dia elok-elok, akhirnya kami berbaik.. tapi tadi bila mama cakap dengan mak ngah, mama cakap time Ji pi bank nak masuk duit, topi keledar dia hilang.. :'( tengokk.. sebab aku lagi kan.. sebab dia nak pi masuk duit yang aku kena bayar sebab beli barang, helmet dia hilang.. padahal baru je sekejap dia masuk dalam bank tu.. hmm.. semoga Allah membayar apa yang telah 'pencuri' itu buat.. kesian Ji aku.. huhu.. :) harap-harap bila dah duduk dekat nanti kat Perak sana, senang la sikit aku nak pi Kedah tu.. lagipon Ji pon dah nak berhenti keja n nak sambung belajar.. tak apa.. ilmu itu penting kan.. :D
p/s : Jangan berubah kerana inginkan perhatian manusia. Berubahlah kerana Allah :') Labels: all with the grace of God, ceritera cinta, we always together |