
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| * aku juga manusia :)
![]()
Assalamualaikum dan selamat pagi di hari Isnin yang cukup indah ini.. boleh tak kita share something special di sini? oh semalam baca buku Ustazah Fatimah Syarha yang bertajuk 'Pemilik Cintaku setelah Allah & Rasul'. walaupun buku tu nipis jugak, tapi isi kandungannya cukup hebat.. menceritakan tentang kisah percintaan seorang remaja bernama Qani'ah... baginya cinta Allah adalah cinta abadi. tidak melayan lelaki yang menghantar Sms padanya mahupun yang hendak berkenalan.. dan akhirnya setelah dia tamat peperiksaan di peringkat Master, dia dirisik oleh seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya walaupun sebelum tu dia dah banyak kali dirisik dan dia menolak.. tetapi yang terakhir ini, dia tunaikan Istikharah, dan ternyata hatinya terpaut dengan agama yang dipertonjolkan oleh lelaki itu..
semalaman membaca buku tu sampai tertidur.. mungkin terlalu menghayati.. tapi aku membandingkan diri aku dengan Qani'ah... mungkin kami serupa sebab pernah terjebak dalam percintaan masa persekolahan.. tapi dia dapat hentikannya serta merta dan istiqamah terus dijalanNya.. tapi aku tak mampu.. aku tahu, Allah akan mempermudahkan jalan bagi hambanya yang ingin bertaubat.. huhu.. InsyaAllah aku akn mencuba untuk melupakan segala perkara yang melalaikan ini dan kembali ke pangkal jalan.. :)
untuk sahabatku, sememangnya manusia sering melakukan kesalahan.. nama pun manusia.. ada pasang surutnya.. tak ada manusia di atas muka bumi Allah ni yang sempurna akhlaknya, budi bahasanya.. kalian juga pasti sering melakukan kesilapan.. tapi kenapa setelah kesalahan yang dilakukan, aku diherdik dan dihina bagai? 'Bertopeng' .. oh sungguh indah budi bicaramu itu sahabat.. kalian tak pernah mengenal diri aku.. baru setahun jagung tapi sudah mahu menilai diri aku..
ya. aku ada khilafnya.. kenapa tak menegur? orang macam ini kah yang layak dipanggil sahabat? MasyaAllah.. aku sering khilaf kerana aku tak ditegur oleh kalian.. siapa sangat yang tegur aku kecuali beberapa orang sahabat yang menghampiri aku dengan mendalam.. jadi elok sangat ke nak hina manusia lain bagai atas sebab satu kesalahan? aku dah minta maaf jadi urusan aku dengan Allah dah selesai.. tinggal urusan kau dengan Allah.. yang aku tahu, masalah aku hanya dengan kamu SEORANG.. kenapa perlu kaitkan dengan hamba Allah yang lain?? ohh makin bertambah dosa kalian..
aku mungkin tak layak untuk berbicara mengenai dosa.. tapi aku juga mengenal mana baik dan buruk.. aku sudah meminta maaf.. aku mengaku tu salah aku.. aku tak cakap diri aku bagus bila buat salah terus minta maaf.. tak langsung.. tapi aku sedar itu semua salah aku.. dan kalau aku mati pada malam tu, perbuatan aku itu akan dihitungkan kelak.. sudahlah, ak redha seredha-redhanya dengan takdir Allah ini.. mungkin ini ujian untuk aku mengenali insan yang dapat dijadikan sahabat..
aku masih ingat tatkala kalian susah, kalian mencari diri yang kalian hina ini.. tetapi sekarang?? kalian fikir lah baik-baik.. aku tak mengungkit.. aku tak mengungkit langsung.. cuma Allah bagi kita akal fikiran untuk berfikirkan.. jadi fikir lah baik-baik wahai sahabat ku sekalian.. :) sekali kalian perlakukan aku begini persis orang yang tiada guna, ingat Allah Maha Adil.. Allah takkan lupa pada hambaNya.. kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan.. aku hanya akan mendoakan kebahagiaan kalian didunia hingga akhirat.. semoga ikatan persahabatan kalian kekal till jannah.. :) harap sahabat kalian tu tak ada lah sikapnya persis aku ya.. :)
p/s : kalau kamu rasa diri kamu baik, ada yang lebih baik dari kamu.. kalau kamu rasa diri kamu bagus, ada yang lagi bagus dari kamu.. kalau kamu rasa diri kamu pandai, ada yang lagi pandai dari kamu.. kalau kamu rasa diri kamu cantik, ada yang lagi cantik dari kamu... :) Cg Rosmawati Labels: all with the grace of God, ceritera sahabat, my life, my songs n soul |