Nadya Muhamad Nasarudin
Class Wrap Here




Nak Intai Kat Sini Pon Boleh


FACEBOOK : NADYA NASARUDIN

TWITTER : @NADYANMN_

INSTAGRAM : @_NADYANMN

EMAIL : NADYANMN@GMAIL.COM





Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Nadya
Others:   
+ coretan Februari

Assalamualaikum warahmatullah.. Bersyukur amat ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaanNya dapat lagi aku menulis di sebuah lembaran baru di sini.. untuk bulan Februaru ni aku sendiri tak tahu dah berapa banyak aku menulis. mungkin satu dan mungkin dua.. maklumlah aku tidak mempunyai masa yang agak cukup.. balik kerja rehat dan kemudian pergi pulak.. kebanyakan rutin harianku dihabiskan di tempat kerja sahaja.. dan kebetulan hari ni aku cuti jadi nak hang out untuk beberapa minit jap depan komputer ni.. huhu.. 

entah.. sebenarnya tak ada benda pon yang nak diceritakan tapi aku nak sangat menaip dekat sini.. oke first biarlah aku cerita pasal tempat kerja aku untuk bulan februari ni.. hehe.. dah 36 jam aku bersengkang mata tak tido malam.. sebabnya 3 hari aku kerja malam dengan kak Armit dan Heza... so, aku kena berkorban la jugak kan untuk dapatkan rezeki sikit.. huhu.. 2 hari kerja dengan kak Armit macam biasa jugak sebab kena tinggal sorang-sorang kat luar tu dan dia kira duit dekat dalam.. cuma hari selasa baru ni je kitorang rehat lewat sebab mencari duit rm100 yang shot entah kemana.. maybe ada dalam post kak Armit atau aku la.. tapi bila dah habis shift and off till rupa-rupanya maybe 100 tu ada dalam till kak Armit lah.. malam tadi kerja dengan Heza.. walaupun kitorang sebaya, tapi kurang 'ngam' sikit la.. huhu.. tapi tak apa.. bez kawan dengan orang yang cakap banyak ni.. sekurang-kurangnya tak la aku tersengguk dekat post tu tunggu customer macam kerja dengan Farah dulu.. malu kot dekat customer.. hehe.. tak apa.. pengalaman sahaja.. 

semalam, awal-awal lagi dah pergi beli nescafe white coffee sebab tak nak kasi ngantuk. sebelum ni minum old town coffee je.. tapi melihatkan ia tidak membantu saja la nak ubah selera sikit kan.. habis gak dalam dua tin.. huhu.. semalam pon tak ada banyak sangat aku buat dengan si Heza... sembang apa yang patut je dan cerita pengalaman masing-masing.. tapi dia kuat kerja lagi la daripada aku sebab pagi masuk dan malam pon masuk.. huhu.. time rajin aku buat la OT.. time malas datang pegang till pon aku tak nak.. rela nak buat F kat luar tu ha.. huhu.. 

oke tamat cerita kerja.. cerita benda lain pulak.. 

semalam ada on Fb yang dah bersarang burung murai kat sana.. huhu.. bila on ada satu status yang buat aku tertarik.. 

'wahai kaum Hawa, apabila Adam menjauhi dirimu percayalah bahawa dia sedang memulakanmu sebagai seorang muslimah'

dan kemudian aku berfikir, patut lah dia dah lama tak mesej aku.. rupanya dia nak jaga batas gurau senda kami.. akhirnya aku dah terima alasan itu kerana sebelum ni dia berdiam diri agak lama tanpa sebarang sebab..so, aku tak kisah sekarang kerana aku dah ada alasan dia,, hehe.. tapi mungkin blog dan Dia sahaja peneman untuk aku bercerita buat masa ini. :) 

untuk kesekian kalinya aku tersenyum dengan warna-warni kehidupan aku.. sekarang aku dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia dari pelbagai bangsa.. aku kerja dengan orang India, Sikh, dan Cina.. mereka pelbagai kerenah tetapi amat menyenangkan.. aku terkejut apabila aku dah mula mesra dengan Yi Ting perempuan cina yang baru berusia 16 tahun.. aku fikir dia 17 tahun kerana melihat kematangan dia yang agak tinggi sikit dari aku.. huhu.. aku ni kebudak-budakan sikit la.. :D

semalam, mesej dengan Ji sebab dia hantar mesej kan.. jadi balas lah sebab tak ada orang nak melayan aku tengok movie kat counter tu.. tengok kat enset je la.. nak tengok RVP dengan CR main pon tak boleh taw.. frust.. !! hahaha... tak apa lah, mesej dengan dia sampai aku jadi gila layan perangai dia yang jugak macam kebudak-budakan.. huhu.. tapi aku suka yang macam budak-budak.. sebab boleh masuk dengan aku la kan.. so sampai pukul tiga jugak la mesej dan aku rehat pukul 3.30.. masa aku rehat tu sempat layan Jozan punya komedi sat and entah macam mana aku boleh tertido.. dan terjaga pukul 4.41.. hehe.. lewat 11 minit.. dah tolak gaju singgit.. :P ada aku kesahh.. haha.. tak apa lah.. 

and then, awal pagi dah hujan lebat.. resah jugak nak balik ni even sampai sekarang pon hujan tak berhenti lagi ni.. rintik-rintik aje kan.. so, macam mana nak buat lagi kan.. hujan itu Rahmat dari Allah Yang Maha Esa.. :) jadi redah aje lah naik moto kan.. berhajat hari ni nak pegi test moto dan kereta yang berbaki lagi 2 jam.. tapi tak sempat sebab balik kerja lewat... jadi kena tangguh minggu depan la.. insyaAllah bulan tiga dah ada P.. :) boleh la jumpa orang tu dan makan mc donald.. 

haa.. sebut pasal burger kan, semalam ada sorang mama cina datang nak ejas kawan aku la.. dia dari anggota RELA.. so, kawan aku ni pancing la dia cakap yang dia lapar.. hehe.. suruh beli burger lagi.. and aku pon tumpang sekaki la.. burger special weii.. kau ado.?? aku ado jang,, hehe.. bez gak kawan dengan orang cina yang sporting macam tu.. yang takut diorang banyak geng and kalu dah ajak gaduh confirm datang.. tak kira tua atau muda.. semua ada dalam tu.. 

'wahai Adam, tatkala au berdiam diri dari kehidupanmu percayalah aku sedang berusaha untuk mengubah diri aku menjadi zaujahmu yang terbaik.. insyaAllah'



p/s: tak sabar tunggu bulan tiga sebab nak dapat result dah.. :) 
     : Adam, aku percaya aku mampu menjadi yang terbaik buatmu satu hari nanti... 
     : aku hamba yang sedang berusaha mendekati sang Pencipta-nya .. 



Labels: , ,



Older Post | Newer Post