
|
Class Wrap Here
Nak Intai Kat Sini Pon Boleh
Credits
| * journey along my life
Assalamualaikum wbt.. kembali bersua di laman blog ini yang kekal macam ni aje tanpa sebarang perubahan.. seriously,dah lama aku tak menaip 2-3 kali dalam sehari macam dulu.. walaupun beribu kisah yang aku kumpulkan untuk bercerita di sini, tapi aku tak dapat nak menaip kerana sibuk.. sibuk sehingga tak sempat nak datang mengadap komputer di sini.. :) sekarang nii musim mengundi.. alahai.. beribu-ribu macam gaya la orang akan buat untuk meraih undi yang tinggi.. walhal, entah benar atau tidak dan itu hanya Allah yang tahu urusan dari dalam hati mereka.. apa-apa pon jiwa aku tetap kepada parti Islam walaupun aku belum cukup umur untuk mengundi.. yang aku yakin nanti bila zaman aku mengundi nanti, pasti parti Islam akan semakin ramai dan meningkat pengikutnya.. InsyaAllah dengan izin dan redha Allah.. *semangat parti :P 8 April 2013 'Jom kita selesaikan masalah ni' aku pon mula menyelesaikan masalah aku dengan dia.. bila dah bawa berbincang dengan baik, akhirnya berdamai dan terima segala-galanya dengan redha dan baik :) alhamdulillah syukur pada Allah.. apa-apa pon dia tu ada ja waktu aku susah dan senang kan.. tak boleh nak lupa la.. kawan susah nak cari... musuh senang sahaja.. petik jari pon berpuluh orang sampai.. tak semua hati manusia ni jernih.. ada saja yang tak puas hati.. itulah manusia.. selagi boleh berbicara dia akan bicara sehingga tak berhenti.. 9 April 2013 Kerja malam macam biasa dengan armit.. sebelum tu ada heza, kak ira, regina n vinni.. so aku tak sunyi sebab ada geng yang sekepala dan ngam dengan aku iaitu heza and kak ira.. kami memang sekepala.. boleh pecah tempat kerja tu bila kitorang gelak.. tapi mujurlah semua kat situ perempuan kan.. kalau tak memang cover habis la gelak tawa aku.. mungkin la.. tapi aku tak nak jadi munafik atau hipokrit.. jadi diri sebenar dan orang akan terima kita seadanya.. kan ?? lepas tu semalam sebelum minah heza ni balik dia ajak aku teman dia p toilet.. p la.. and then ada lah satu mamat ni duk tepi surau dengan pakaian serba hitam dan mungkin awek dia kat tepi belakang sana.. aku dah gabra sebab laki tu sangat-sangat menakutkan.. mata dia, cara dia tengok kami.. masyaAllah.. sungguh aku takut sangat sampai aku kunci toilet tu ha.. bila keluar aje dari toilet ,mamat tu berdiri depan pintu toilet perempuan.. memang terkejut gila lah aku.. nasib mulut terkunci.. kalau tak segala bagai akan keluar laa.. huu *** abah suruh minta cuti sebab nak bawa aku pergi KL untuk selesaikan urusan aku yang nak pergi timur tengah ni.. insyaAllah segala usaha kami sekeluarga akan diberkati dan dirahmati oleh Allah juga nanti.. tak ada yang mustahil yang tak akan diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang sentisasa berusaha untuk menuntut ilmu.. bak kata-kata Husna Madiha di 5 Qayyim tahun lalu,
'tuntutlah ilmu hingga ke negeri China'
***
ada apa sebenarnya dengan cinta?? bagi aku ia tak akan seindah cinta selepas nikah kelak.. yaa. aku akui pernah terjerumus dalam kancah percintaan dahulu.. tapi aku tak pernah merasai segala nikmat bahagia dalam sesuatu hubungan.. mungkin untung sebab ada orang jaga dan sayang kita, tapi semua tu bagi aku dah lawan dengan takdir Allah, mungkin.. sebab ustaz azhar ada cakap, kalau couple sekarang sama dengan lawan takdir, bahawa jodoh itu telah ditetapkan Allah.. tak lama pon nak tunggu yang sebetulnya untuk kita kan.. nanti kita ni nak p merata tempat... mesti jumpa yang lain punya.. percayalah, bila kita setia, orang di sana adakah akan setia?? adakah kita mampu setia?? mungkin kita cakap kita mampu setia dan percaya bahawa dia dapat setia, tapi segala-galanya dah ditentukan oleh Allah.. tak sapa dapat lawan punya..
lagipon, masa sekarang semua kita lihat indah.. kelak bila kita dah mengenal sedalam-dalamnya hati budi dia barulah kita kenal siapa insan itu.. alangkah indah hamba Allah yang bercinta selepas nikah.. aku tertarik dengan perkahwinan antara Irma Hasmie dan suami dia.. cinta selepas nikah.. tak ada yang mustahil.. lagi baik apa yang Allah aturkan.. memang kita perlu merancang, tapi tak perlu sangat kot kita nak merancang benda-benda macam ni.. banyak lagi yang lebih penting dari ni kan .. :)
' Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang dapat mendoakan kebaikan orang lain ' Labels: all with the grace of God, ceritera cinta, my spirit |